Monday, 11 October 2021

Jom Naik Funikular Bukit Bendera (Penang Hill)

Ahad | 10.10.2021

Bukit Bendera atau dikenali juga sebagai ‘Penang Hill’ merupakan antara tarikan utama pelancongan di Pulau Pinang (PP). Walaupun dah pernah ke PP suatu masa dulu, tapi saya dan suami belum pernah ke Bukit Bendera.

Perkhidmatan funikular atau dikenali juga sebagai keretapi Bukit Bendera telah pun beroperasi semula mulai 1 Oktober lalu. Tapi baru semalam (hari Ahad) saya dan suami berkesempatan naik ke Bukit Bendera buat kali pertama.

Kami memilih waktu awal pagi untuk ke Bukit Bendera. Jarak perjalanan dari rumah ke Stesen Bukit Bendera sekitar 45 minit.

Gambar ini diambil masa balik, waktu petang. Masa datang, tak sempat sebab berkejar nak beli tiket.
Dengan menggunakan aplikasi Google Maps, pilih lokasi ‘Penang Hill Lower Station (Stesen Bukit Bendera)’. Alhamdulillah terus sampai stesen tanpa tersesat. Cuma kami ada tersilap masuk satu lorong, maklum saja pertama kali ke sini dan tak biasa dengan jalan di PP. 

Gambar ini juga diambil masa balik, waktu petang.
Nak parkir di mana? Parkir di bangunan ini yang terletak berhampiran stesen tadi. Bahagian bawah terdapat deretan kedai makan, bahagian atas ruangan parkir. Kadar caj (Sabtu, Ahad & Cuti Umum) - RM3 untuk sejam pertama dan RM1 untuk setiap jam tambahan. 

Setelah melepasi pemeriksaan MySejahtera dan suhu, kami terus bergegas ke kaunter tiket. Lega tengok barisan tak panjang. Masa nak beli tiket, kita perlu serahkan kad pengenalan (untuk dapat harga bagi warganegara Malaysia) dan tunjuk MySejahtera (hanya pengunjung yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan naik ke Bukit Bendera).

Tadaaa…untung berpagian, kami cuma perlu bayar RM3/seorang untuk perjalanan pergi/balik. Kadar ‘Sunrise’ ini cuma boleh dapat jika kita beli tiket di kaunter mulai pukul 6.30 - 8.00 pagi sahaja. Kalau beli secara online di laman web penanghill, dapat harga normal iaitu RM12. Alhamdulillah jimat RM9/seorang. Bagaimanapun, kadar ‘Sunrise’ ni tidak terpakai pada musim cuti sekolah/musim perayaan.

Dah beli tiket, terus masuk ke ruang pelepasan. Menariknya di sepanjang laluan ada info bergambar. Tapi kami tak boleh nak tekun membelek dari satu ke satu info, sebab nak naik funikular pukul 8 pagi.

Tak lama beratur dan menunggu, funikular pun sampai. Begini rupanya funikular, pendek macam bas dan kecil ruangannya. Kedudukan bertingkat-tingkat. Yang depan tu lebih tinggi. Walaupun orang nampaknya tak begitu ramai, saya tak dapat tempat duduk pun. Ok juga berdiri, pemandangan lebih luas.

Tepat pukul 8 pagi, funikular bergerak. Pengalaman baru, naik keretapi yang memanjat bukit. Mula-mula terasa seram juga sebab nampak trek curam. Jarak trek funikular ni sejauh 1,996 meter, dengan perjalanan sekitar 4.5 minit tanpa henti dan sekitar 10 minit jika berhenti di sub-stesen (stesen tengah). 

Tiba di Stesen Atas Bukit Bendera. Rata-rata pengunjung waktu awal pagi ni berpakaian sukan. Sebab Bukit Bendera ni juga banyak laluan pendakian. Boleh rujuk di laman web penanghill untuk laluan pendakian. InsyaAllah ada kesempatan teringin juga saya nak mencuba.

Dalam perjalanan nak keluar dari stesen, akan nampak bangunan ni. Cantik berkabus. Teruja rasanya nak melihat apa yang ada di Bukit Bendera ni.

Apa yang ada di Bukit Bendera? Bersambung pada catatan seterusnya…

—————————————————-
Harga tiket pergi/balik (warganegara)
Kanak-kanak (4 - 12 tahun) : Normal Lane RM6, Fast Lane RM20
Dewasa (13 - 59 tahun) : Normal Lane RM12, Fast Lane RM40
Warga Emas (60 tahun & ke atas) : Normal Lane / Fast Lane RM6
Kadar Sunrise/Sunset : RM3

Info lanjut/terkini berkenaan masa perkhidmatan funikular dan kadar harga tiket, boleh terus rujuk DI SINI.




20 comments:

  1. aaaaa rinduuu nk ke sana lagi kak ujie..

    ReplyDelete
  2. Untung minat RM9 seorang. Haah selalu elok keluar awal pagi.
    Agaknya Puan Ujie dan suami ada hiking sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiking InsyaAllah lain kali. Tapi kali ni ada aktiviti bermesra dengan alam jugak 😁

      Delete
  3. wahhb sonoknyer naik bukit bendera .. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tak ramai, dapat tiket murah..seronok 😄

      Delete
  4. Bestnya, seronok naik bukit bendera, last pg hari tu rm10 seorg. Krtapi pun laju dh x mcm dulu2. Baru tau ada tiket murah pg2 hari. Selalu kalau tgh hari ramai sangat la org naik atas bukit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..dulu lain keretapi dia ya..

      Lepas ni kalau pegi lagi boleh la try dapatkan tiket murah sunrise/sunset.

      Delete
  5. untung nya kak murah... itulah orang tua kata kalau keluar awal pagi dapat banyak rezeki hehehe..

    ReplyDelete
  6. Banyak perubahan bukit bendera sekarang ni. Memang kena datang pagi pagi. Dulu pergi lewat sikit pun dah beratur panjang. Sentiasa dipenuhi orang. Suka tengok view dari atas. Bila sejuk pagi pagi memang bestlah ada kabus kabus macam tu.
    Last pergi tahun 2013.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh mengulang datang tu Fiza 😁

      Delete
    2. Entah bila lagi nak mengulang datang sana kak. Ada bajet dan masa lebih tu bolehlah nanti nanti plan :)

      Delete
  7. Akak kesana dlm 4,5 th lps..dh agak lama..banyak pembaharuan nampaknya

    ReplyDelete
  8. Dari dulu lag i selalu dengar nama Bukit Bendera, tapi belum pernah sampai.

    ReplyDelete
  9. dah pernah sampai bukit bendera , memang best sangat view kat atas , udara pun segar je

    ReplyDelete
  10. dah pernah sampai Bkt Bendera..best jg jalan2 diatas sana..ada owl cafe..tak tahu ada lg ke tak..

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita ^_^