Sunday 3 October 2021

Design Village Outlet Mall

Setelah beberapa bulan tak ke Design Village, tadi siang saya ke sini untuk mencari beberapa barang. Lokasi Design Village ni berdekatan dengan IKEA, tidaklah begitu jauh dari rumah saya.

[info] Design Village Outlet Mall yang terletak di Batu Kawan, Pulau Pinang merupakan satu-satunya outlet mall di wilayah utara. Ia mula dibuka pada November 2016. 

Pengurusan Design Village menetapkan hanya mereka yang sudah lengkap vaksinasi sahaja yang boleh masuk ke sini. Individu yang tidak mengambil vaksin, termasuk kanak-kanak yang datang bersama orang dewasa yang lengkap vaksinasi pun tak dibenarkan masuk. Tetapi mereka masih boleh membuat pembelian menerusi personal shopper (info lanjut di Facebook @designvillagepenang).

Design Village mula beroperasi pada pukul 11 pagi. Saya sampai sini menghampiri pukul 12 tengah hari. Masa ni orang tak ramai tapi tidaklah terlampau lengang disebabkan sekarang Pulau Pinang (PP) berada pada PPN (Pelan Pemulihan Negara) Fasa 2, sudah boleh merentas daerah. Saya pernah ke sini sewaktu sekatan rentas daerah, memang betul-betul lengang dan sunyi. Cuma dalam gambar-gambar yang saya ambil, sebolehnya saya ambil sewaktu tiada orang.

Kalau datang sini saya suka tengok landskapnya. Macam jalan-jalan dalam taman, tenang dan sedap mata memandang.

Landskap di sini bertemakan taman tropika. Untuk info, Design Village juga dikenali sebagai ‘the greenest mall in Malaysia’. Saya rasa betul juga, sebab saya belum pernah jumpa mall yang begini. Ala-ala mall dalam taman.

Kalau sebut outlet mall, kita mesti nak tahu berkenaan harga di sini. Disebabkan saya bukanlah kaki shopping dan tak rajin window shopping, saya kurang pasti bab harga. Cumanya saya nampak tadi rata-rata pengunjung memegang paper bag, maksudnya rata-rata outlet menawarkan potongan harga menarik. Saya masuk outlet Kitchen Shop dan Brooks, dapatlah membeli barang keperluan dengan harga diskaun 30% - 50%. Banyaklah tu kan…tapi yelah, bukan design terkini.

Kalau ada ke utara, bolehlah jalan-jalan ke Design Village ni. Boleh cuci mata dengan kehijauan landskapnya dan boleh cuci poket juga 😄


9 comments:

  1. Ya Allah kalau saya ralit tengok pokok, lanskap. Hehe. Rasanya lepak lama sini. Sambil jalan tengok pemandangan sambil tengok barang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ..sambil ambik gambar, memang boleh jadi lama kat sini 😁

      Delete
  2. seronok kalau pergi tak ramai orang kak... lega sikit jalan ke sana sini, kalau dah mula ramai orang memacam dirisaukan

    ReplyDelete
  3. suasana tak ramai orang mesti selesa je nak shoppingkan , landskap di design outlet ni memang cantik , penuh kehijauan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat selesa nak shopping, window shopping atau merehatkan mata. Ramai jugak yang bergambar dengan landskap cantik gini.

      Delete
  4. cantik landskap yg kehijauan..tenang je nak shopping..hihi..

    ReplyDelete
  5. Menariknya mall dipenuhi kehijauan ni. Sedap mata memandang. Sihat juga memandang kehijauan. Buat terapi mata selepas berpinar pinar shopping tengok harga. Sangat menarik. Seronok juga jalan bila tak sesak ramai orang.

    ReplyDelete
  6. seronok pi sana macam2 ada kan kak ujie..lagi2 masuk dalam outlet depa sejukk yaarabbi hahaaa

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****