Sunday 5 September 2021

Anjung Indah, Balik Pulau

Nak menikmati suasana hutan, Taman Negara Pulau Pinang masih belum dibuka. Jadinya tadi pagi suami ajak pusing-pusing naik kereta ke bahagian pulau PP. Bila dah berbulan terperap dalam radius dibenarkan, tentulah seronok dapat melihat-lihat pemandangan yang berbeza. Suami tanya, nak ikut jambatan yang mana? Tentulah saya pilih Jambatan Kedua, sebab laluan lebih panjang bolehlah saya berlama-lama menikmati keindahan yang terbentang disepanjang perjalanan. Juga kurang kenderaan, lebih aman.

Cuaca panas terik hari ini di PP. Cantik gumpalan awan memutih berlatarkan langit biru.

Anjung Indah, Balik Pulau
Sebenarnya kami tak ada destinasi nak dituju. Sekadar nak jalan-jalan melihat PP. Tapi perlu jugalah memilih destinasi, jadinya saya ajak suami ke Anjung Indah di Balik Pulau. Kali pertama kami ke Balik Pulau sekitar September tahun lalu, catatannya DI SINI.

Anjung Indah terletak di laluan P14 Jalan Tun Sardon (dikenali sebagai Route P14), belum pun sampai bandar Balik Pulau. Saya ternampak tempat ni semasa kali pertama ke Balik Pulau tahun lalu. Disebabkan jalan di sini berbukit dan berliku-liku, tak dapatlah suka-suka nak berhenti berpatah balik.

Laluan berbukit dan berliku-liku. Kami gunakan aplikasi Google Maps supaya tak terlepas lokasi Anjung Indah di sebelah kanan jalan raya.

Alhamdulillah tiba di Anjung Indah. Banyak juga prop disediakan untuk yang gemar bergambar. Tapi sedih pulak nampak bendera koyak begitu dan jadi cacat pemandangan.

Anjung Indah - tempat di mana kita boleh melihat pemandangan dari kedudukan yang tinggi. Saya tak pasti berapa ketinggian di sini. Juga ada deretan kedai makan yang telah ditinggal sepi. Tentunya sebab pandemik, tak ramai lalu dan singgah di sini. Sebab tu juga bendera koyak pun tak ada siapa nak ganti.

Ni pandangan menghadap ke jalan raya. Nampak payung biru putih? Sedang elok kami nak membelok tadi, di situlah ada SJR (Sekatan Jalan Raya). Saya nampak sebahagian kedai yang terbiar di sini jadi tempat rehat para petugas. Jadinya taklah sunyi sangat, selain kami ada polis dan askar.

Menikmati pemandangan dari tempat tinggi memang mengasyikkan! Dalam gambar ni tak berapa jelas, tapi pemandangan di sini memang indah dilihat dengan mata sendiri. Lautan luas, pantai dan bangunan-bangunan di bawah sana menyajikan keindahan.

Leka saya memerhati, juga sibuk memotret keindahan yang ada. Walaupun mungkin tidaklah seindah mana, tapi cukuplah buat mengubat rindu saya pada hijau hutan. Mungkin sebab berada di tempat tinggi dan dikelilingi kehijauan, tempat ni tak terasa bahang dek terik mentari tengah hari.

Sudah puas hati memerhati sekitar, kami ambil keputusan berpatah balik saja. Tak teruskan ke bandar Balik Pulau. Sebelum menyeberangi jambatan untuk kembali ke Seberang Perai, kami singgah membeli makanan tengah hari di Medan Selera Seri Pantai. Beli bungkus dan makan dalam kereta sambil menghadap laut. Memang dah siap membekal air sejuk, air panas dan peralatan makan. Nak makan di medan selera tadi pun boleh juga, sebab berada di tempat terbuka dan boleh pilih meja dengan jarak sesuai. Tapi kami lebih selesa makan dalam kereta saja.

Beginilah jalan-jalan di musim pandemik. Alhamdulillah, dah cukup seronok. Oh ya, sepanjang perjalanan kali ni tak pulak disoal sewaktu melalui beberapa SJR. Memang berbeza bila melalui SJR di sempadan daerah SPS - SPT yang hampir setiap kali akan disoal. Nasib-nasiblah kan, yang penting kita memang tak buat salah.


15 comments:

  1. lama tak balik kampung Penang.. setahun lebih dah.. rindunyaaa :)

    ReplyDelete
  2. Musim pandemik ni dapat keluar rumah pergi beriadah, jalan-jalan sikit pun dah rasa syukur nikmat sgt dah. Huhu.

    ReplyDelete
  3. Kali terakhir ke Pulau Pinang kalau tak silap awal tahun 2020..

    ReplyDelete
  4. wahh sonoknyer mak dpt jalan2 balik pulau tuuh.,
    rasa nyaman je suasana atas bukit tgk pemandangan, sunyi sepi je kannn., ;p

    ReplyDelete
  5. Memang asyik tengok pemandangan bukit-bukau dan bangunan.
    Betul dapat keluar dari kebiasaan tengok kawasan belum pernah diterokai. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. cantik pemandangan dari situ kak, kalau tengok sendiri secara live mesti lagi cantik kan... sayang kan sana sini kedai makan terbiar, kesian pada peniaga yang terkesan dengan pandemik ni...

    ReplyDelete
  7. Saya tak pernah sampai Anjung Indah ni. Bagus kak Ujie beli dari penjual di medan selera tu. Boleh bantu mereka kembali aktif berniaga. Seronok dapat tengok hutan dan bukit-bakau. Exercise mata

    ReplyDelete
  8. Lama tak jejak kaki kat penang . Salah sstu view yang sangat cantik bila masuk ke jambatan pulau pinang . Cantik sangat

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi sampai sini. Menarik dapat tengok view dari atas bukit walaupun permandangan agak cacat sikit kurang terurus dan bendera koyak rabak. Kalau saya pun suka ikut jambatan kedua tu. Seronok dapat keluar menikmati permandangan yang lebih luas. Sekurang kurangnya mengubati rindu dah lama tak keluar rumah.

    ReplyDelete
  10. rindu masakan penang..mee goreng sotong pergh

    ReplyDelete
  11. Seronok dapat jalan-jalan melihat pemandangan alam.
    Saya dah tak ingat entah berapa lama terkurung tak boleh rentas daerah.

    ReplyDelete
  12. seronoknya..jalan2 tengok kehijauan, langit & laut biru..

    cantik view jambatan kedua..rindunya nak jalan2..

    ReplyDelete
  13. canggih tepon kak ujie..lawa lawa gambar haaa :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****