Saturday, 11 September 2021

Catatan 11.9

 Catatan hari ini…

Lepas beli barang dapur, terus ke kedai Mee Kuah Ketam To’kun untuk membeli makanan tengah hari. Tapi rupa-rupanya kedai masih belum beroperasi. Mujur boleh beli bungkus (perlu ke lokasi premis untuk servis penghantaran makanannya di tempat lain, tak jauh dari lokasi kedai makan). Mee Kuah Ketam pilihan suami, set nasi ayam kicap (nasi putih, ayam masak kicap, kuah kari, sayur kobis) pilihan saya.

Sebelum ni saya dah sejuk bekukan daun limau purut, daun pandan, daun kunyit dan bunga kantan. Buat pertama kali, saya akan sejuk bekukan pula daun kari. Beli sebungkus daun kari 15 gram. Dalam gambar ni daun kari dan bunga kantan yang sedang ditos. Boleh baca DI SINI bagi yang nak tahu cara simpan daun-daun herba guna teknik pembekuan (freezing). Bunga kantan tu je cara berbeza sikit, lepas tos, belah empat sebab saiz besar, terus masukkan dalam bekas penyimpanan dan simpan di peti sejuk beku.

Maha Suci Allah yang menjadikan keindahan langit senja, bertukar-tukar warnanya dalam sekejapan masa. Gambar ni saya ambil pada pukul 7.30 malam. Belum pernah jemu mata saya memerhati warna langit senja, ada satu perasaan yang menenangkan bila memandangnya.

Sengaja saya abadikan perkara-perkara sekecil di atas sebagai satu memori sepanjang menetap di PP. Tiba suatu masa, catatan ini akan jadi pengubat rasa jika saya merindui detik-detik hari ini. Bagus juga kalau kita tahu tempoh masa kita untuk sesuatu, kita jadi lebih menghargai setiap detik waktu yang berjalan. 

Bagi yang belum tahu, saya menetap di PP cuma untuk tempoh dua tahun dan insyaAllah akan kembali ke rumah sendiri di NS pada pertengahan tahun hadapan.



29 comments:

  1. Ambik gambar dari atas bukit ka Kak?

    ReplyDelete
  2. Warna jingga lembayung senja membuatkan suasana nampak hening.

    ReplyDelete
  3. Cantik gambar langit senja. Pandemik covid dan PKP banyak mengajar saya menghargai setiap perkara terutama kebebasan, kesiahatan dan keluarga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Sal. Hikmah covid bagi yang mahu berfikir tentang kehidupan.

      Delete
  4. Mi kuah ketam ... wow.. mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap bagi peminatnya. Suami akak memang tak tukar menu lain, ulang itu aje 😀

      Delete
  5. akak suka frozenkan daun limau purut. tapi jangan basuhkan. cantik lagi daunnya segar bila nak dipakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni saya basuh, pastu lap kasi kering supaya tak jadi ais kat daun. Memang hijau segar.

      Delete
  6. tertarik saya nak tahu cara pembekuan bahan masak tu kak ujie..nnt saya baca entri tersebut :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai untuk yang takde pokok sendiri tapi nak daun segar.

      Delete
  7. Replies
    1. Kalau tengok dengan mata, memang lebih memukau.

      Delete
  8. Kedai tak buka tapi boleh pickup dengan tempat servis pernghantaran okay lagilah kan dari tak dapat makan. Kecewa kalau tak dapat. Bagus akak guna teknik freezing tu. Tahan lama.
    MasyaAllah..cantik view layung evening glow :)
    Selamat kembali ke NS tahun depan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekejap je rasa, dah nak habis dua tahun 😅

      Delete
  9. Sedap sangat mi kuah ketam Tok'un itu ya.
    Betul itu hargai apa dinikmati. Nanti mengenang semula. Saya pun suka begitu coret perkara kecil yang menggembirakan di jurnal. Mungkin patut letak 1-2 di blog. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..nak bahagia, kena tau hargai sekecil-kecil perkara.
      Rajin Na tulis jurnal 👍

      Delete
  10. kena tgk amik pakai camera phone apa juga..kalau pakai phone saya terus jadi x menarik view nya :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu macam saya cuba ambil gambar bulan. Cantik dipandang mata, diambil gambar..tak cantik pun 😅

      Delete
  11. kalo dua tahun tinggal pemastautin kat sesebuah negara sudah boleh dapat status PR .., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin jugak nak tinggal di luar negara beberapa tahun, belum ada rezeki 😀

      Delete
  12. Subhanallah cntik sgt kak uji.. srnk.tgk permandangan begini.. semoga dipermudahkn urusan kak uji selama.tinggal di PP.. 😊

    ReplyDelete
  13. cantiknya pemandangan kak... subhanallah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah masih dapat menikmati indah ciptaan-Nya.

      Delete
  14. memang sangat cantik pemandangan langit senja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuasa Allah yang menjadikan pertukaran siang malam begitu cantik.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****