Tuesday, 28 September 2021

Feri ‘Pulau Rimau’

Cerita hari Ahad lepas. Sebelum ke Queensbay Mall, saya dan suami sempat berjalan-jalan di sebuah taman awam berhampiran. Masa ni sekitar pukul 10 pagi, tak begitu ramai pengunjung.

Dua laluan disediakan - satu untuk aktiviti joging dan satu lagi untuk aktiviti berbasikal.

Taman awam ni terletak di pesisiran pantai dan bertentangan dengan Pulau Jerejak. Ni pandangan sebelah kiri, boleh nampak Jambatan Pulau Pinang. Juga ada sebuah feri ‘berlabuh’.

Ini pula pemandangan sebelah kanan, boleh nampak Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Feri ‘Pulau Rimau’
Feri yang kelihatan sedang berlabuh tadi, itulah feri Pulau Pinang dengan nama feri ‘Pulau Rimau’. Hairan juga kenapa ianya semacam tersadai di sini.

Feri ‘Pulau Rimau’
Selepas itu barulah saya tahu bahawa feri ini sudah dibeli oleh sebuah syarikat dan berkemungkinan bakal diubah menjadi restoran. Buat masa sekarang, di sinilah feri ini ‘berlabuh’. Entah apa pula kisahnya dengan feri-feri lain.

Untuk info - selepas 126 tahun menjadi pengangkutan tertua di Pulau Pinang, perkhidmatan feri sudah ditamatkan pada penghujung tahun 2020.

Memori Feri Pulau Pinang
Seumur hidup, cuma sekali saja saya berkesempatan merasai pengalaman menaiki feri Pulau Pinang iaitu sekitar 15 tahun lalu. Kebetulan masa tu suami ada kerja luar di Juru (bahagian tanah besar PP). Terus kami ambil peluang untuk merasa bawa kereta menaiki feri ke bahagian pulau PP. Memang teruja sungguh masa tu.

Sayangnya, bila dah berpindah ke PP ni tak sempat pulak merasa naik feri lagi. Tau-tau dah tamat perkhidmatan. Hmm…tiada rezeki. 



16 comments:

  1. wak pon dua kali je kot naik feri penang camni., nostalgia kannn., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadiklah kan..merasa jugak naik feri ikonik ni.

      Delete
  2. Alahai kasihan pula perkhidmatan feri ditamatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih jugak, tak sempat saya nak rasa naik lagi..

      Delete
  3. kalau dah jadi restoran, nanti kak ujie boleh review makanan dan suasana dine in dalam feri tu pula hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kalau laaa sempat jadi restoran sebelum akak balik NS 😄

      Delete
  4. sayangnya kak ferinya tu harapnya dijadikan restoren betul lah, jangan terbiar merebut kat situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...sayu pulak tengok terbiar kat situ.

      Delete
  5. Eh, dah takde dah ye Feri Pulau Pinang? Dah lama tak naik. Last naik waktu masih bersekolah dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sskarang dah ganti bot katamaran. Mujur sempat rasa naik jugak tu 😀

      Delete
  6. Seronoknya kalau berjogging atau jalan jalan kat sini. Dapat menikmati view pantai yang cantik. Sedih mengenangkan feri feri tu. Dulu pergi Penang naik feri lah paling excited sekali kan. Negeri lain tak ada. Sayangnya ditamatkan. Okay jugalah ada yang beli dan jadikan resto. Mujur ada juga kenangan naik feri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayang..tapi terpaksa akur situasi semasa. Dah ada dua buah jambatan, orang dah jarang naik feri. Tinggal kenangan...

      Delete
  7. Replies
    1. Tinggal kenangan, tak dapat nak mengulang dah.

      Delete
  8. last naik feri Penang tahun 2012..sesaja, menyeberang ke Butterworth kendian patah balik ke pulau..hehe..berkerumun kat bhg depan, tengok laut..

    ReplyDelete
  9. jarang saya lepak taman ni kak kalau pi pineng..haritu sebelm gerak balik naik jambatan PP tu..sempat bhenti jap amik angin...jap je..pastu masuk keta blk gerak balik taiping heheee

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****