Friday 30 April 2021

Ramadan Yang Berbeza


Rembulan 14 Ramadan 1442, pukul 5.12 pagi.
“Dia menyingsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirehat, dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk dijadikan perhitungan waktu. Itulah ketentuan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” [Surah Al-An’am, ayat 96]

——————————————————

Ramadan kali ini terasa berbeza bagi saya. Kadang-kala terasa sedikit sayu. Kali pertama melalui Ramadan di utara tanah air, jauh meninggalkan rumah sendiri di Negeri Sembilan. Jauh dari jiran-jiran yang dah lama kenal mesra, jauh dari keluarga dan semakin jauh dari kampung di Johor.

Jauh dari suasana kejiranan yang mesra - meriah menulis senarai nama di grup WhatsApp untuk membeli juadah berbuka atau persediaan hidangan hari raya, menerima sedekah berbuka dari jiran yang tak mahu diketahui (dihantar oleh penghantar makanan) dan saling memberi juadah berbuka dengan jiran berdekatan. Alhamdulillah...kejiranan yang menyenangkan itu satu nikmat dari Allah.

Jauh dari keluarga - di rumah NS saya ada seorang adik yang tinggal berdekatan dan seorang kakak yang juga tinggal tak terlalu jauh dari rumah saya. Teringat kakak saya yang rajin menghidupkan budaya ‘munjung’. Di hujung Ramadan rajin dia masak-masak dan menghantar ke rumah kami adik-adiknya. Tapi itu semua sebelum wabak melanda. Tahun lepas semuanya berubah, dah tak boleh merentas daerah/negeri. Mujur saya dan adik berada di kawasan sama, masih boleh bertemu pada 1 Syawal.

Biasanya setiap kali Ramadan, kami suami isteri akan balik kampung kami di Johor untuk berbuka serta solat tarawih bersama mak kami. Dapat 1 malam di kampung saya dan 1 malam di kampung suami, jadiklah. Nampaknya sejak tahun lepas, semua itu tinggal kenangan disebabkan wabak. Tambahan lagi sekarang kami dah makin jauh ke utara, kalau pun tiada wabak memang agak susah jugak nak atur masa untuk balik berbuka dan tarawih bersama.

Ramadan yang berbeza. Membuat saya lebih insaf bahawa masa yang berlalu tak akan berulang, maka gunakanlah setiap detik dengan sebaiknya. Buat sebanyak mungkin perkara baik dan cipta sebanyak mungkin memori indah bersama keluarga dan orang sekeliling kita.

Apa pun, saya bersyukur kepada Allah yang masih memberi peluang sehingga detik ini 18 Ramadan 1442 untuk bernafas dan menikmati hidup. Semoga saya dan kita semua berpeluang lakukan sebanyak mungkin perkara baik dan mencipta sebanyak mungkin memori indah.

Bagaimana dengan Ramadan sahabat semua? Mesti ada cerita tersendiri jugak kan.



11 comments:

  1. Tahun demi tahun pasti kita akan rasa Ramadan yang berbeza. Saya sendiri sudah 3 tahun kehilangan abah.. 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu terbayang-bayang saat abah masih ada..:(

      Delete
  2. Indahnya view. Sedih bila berjauhan dengan keluarga. Bila tak boleh rentas ni lagi jauh terasa sebab tak boleh balik macam biasa. Aktiviti bersama keluarga pun semakin kurang. Alhamdulillah berjiran dengan jiran jiran yang baik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..semakin jauh dek jarak dan wabak.

      Delete
  3. Syawal pun berbeza nanti sebab tak boleh rentas negeri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...raya berdua je lah kali ni, takde keluarga/saudara kat sini.

      Delete
  4. Haah beza tahun ini. Sahur hari-hari, kalau tidak ada babas sahur tahun lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga takde rekod terbabas untuk Ramadan kali ni..hehe

      Delete
  5. Kadang memang ada rasa sayu juga. Kenang arwah mak yang dah takde. Tentang covid yang tak habis-habis. Syukur je la, apa ada sekarang. Sihat, boleh buat kerja dan riadah. Alhamdulillah. Cantik gambar bulan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nur, syukur kita masih sihat dan boleh jalani hidup seharian.

      Cantik ciptaan Allah kan. Saya suka merenung bulan :)

      Delete
  6. Subhanallah, cantiknya bulan mengambang..

    jiran yg baik itu rezeki, seronok suasana bulan puasa & hari raya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****