Thursday 4 March 2021

Ku Sangka Dah Daftar, Rupanya...

Kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer telah tiba di Malaysia pada 21 Februari lalu. Dengan rasa bersemangat nak mendaftar (dek pengaruh kawan-kawan di grup WhatsApp sekolah), saya buka aplikasi MySejahtera. Update aplikasi terlebih dahulu, barulah muncul simbol picagari tertera ‘COVID-19 Vaccination’. Klik simbol picagari tersebut, klik pada nama dan jawab soalan serta pengesahan info peribadi. Selesai buat pada 23 Februari.

Muncul begini di skrin. Bila ‘click here’, ulang jawab soalan dan kemudian akan kembali kepada paparan begini semula. Kawan-kawan pun sama, oklah memang begini agaknya. Lega...dah daftar.
.
.
.
.
.
Tapi, sebenarnya kena sampai keluar paparan lain (seperti gambar di bawah). Beberapa kali buat masih gagal, penat jawab soalan tau. Semak aplikasi, oh...kena update lagi. Baiklah.

Yeah...akhirnya keluar paparan begini. Punya lega, yelah dah terpapar ‘Thank you for registering’. Dah daftar la tu kan? Selesai pada 2 Mac.
.
.
.
Malam tadi, kawan bagitau...eh, kena keluar sampai paparan (seperti gambar di bawah). Saya pun buatlah lagi. ‘Click Here’, jawab soalan lagi dan lagi...masih keluar seperti paparan gambar pertama kat atas tu. Location? Ya, dah on. Kawan suruh cuba pulak taip kawasan (walaupun location on dan pin bertanda pada kawasan tempat tinggal kita).

Yeayyy...berjaya! Muncul paparan begini. Maka rekod daftar saya adalah pada 3 Mac. Meriahlah grup WhatsApp malam tadi dengan screenshot kejayaan masing-masing. Eh, ingat senang ke? Berapa kali ntah jawab soalan sama, berapa kali update aplikasi dan berapa kali cuba itu ini semata-mata nak mendaftar tau. Haha...

Bukan nak bebel, tapi geram la jugak dengan sistem yang dibuat ni. Tak mesra pengguna, tak nyatakan arahan dengan jelas sampai kena buat berkali-kali. Lepas tu keluar berita jumlah pendaftaran vaksin COVID-19 masih rendah! Tepuk dahi.


11 comments:

  1. Susah ya hendak daftar. Gigih pasti kan berjaya.
    Saya belum buat lagi.

    ReplyDelete
  2. ohhhhh dana daftar hari tu kuar macam yang atas tu kak... rupanya kene buat lagi yek... sebab dana buat di pejabat. on location apa semua , kene buat lagi nanti rupanya

    ReplyDelete
  3. lepas dana baca blog akak ni cepat2 dana cek balik my sejahtera dana... rupanya dah keluar mcm yang kat gambar bawah tu. sebab masa semalam dia keluar yang thank you je... tapi cek semula pagi ini dah ada gambar macam bawah tu. KOt dia otomatik kot kak hehehhe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah..takyah isi semula, dah ada. Hehe..

      App tu pening kot, lain2 cara.

      Delete
  4. Saya pun dah buat first, then second buat sekali lagi sampai keluar paparan details tu :)

    ReplyDelete
  5. Shida dgn husben pn dah buat dan dah keluar juga paparan mcm tu :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****