Wednesday, 10 March 2021

Pak Man Mee Kuah Ketam To’kun, Bukit Mertajam

Semalam masa balik dari klinik gigi di Permatang Pauh, saya dan suami singgah untuk makan tengahari di kedai Pak Man Mee Kuah Ketam To’kun. Kedai ni terletak di Jalan Kulim, betul-betul di simpang jalan menuju ke Taman Rimba Bukit Mertajam.

Ini bukanlah kali pertama saya dan suami makan di sini, dah beberapa kali jugaklah. Selain tu, agak kerap jugak kami guna servis penghantaran makanan mereka pada hari hujung minggu. Duduk di rumah je tunggu makanan sampai. Sekarang makin maju, sejak penghujung tahun 2020 mereka dah ada premis  khas untuk urusan servis penghantaran makanan saja. Premis tersebut terletak cuma di seberang jalan kedai ni.

Kalau makan di sini, memang inilah minuman kami - jus oren double kosong.

Jus daripada dua biji buah oren, tanpa tambahan gula. Rasanya taklah masam sangat walaupun tanpa gula. Sedap tau.

Inilah rupa Mee Kuah Ketam, boleh pilih nak mi/bihun/kuetiau. Juga boleh pilih nak tambah sotong/daging/udang/gear box.

Mee Kuah Ketam memang menu kegemaran suami, kali ni mintak dengan tambahan daging sebab sotong/udang/gear box semua tak ada. Sedap sangat la tu, suami makan sampai hampir licin mangkuk...haha. Saya cukuplah merasa kuah sesudu je, kurang berminat.

Pilihan saya, kuetiau goreng dengan tambahan daging. Sedap dan saya suka sebab ada campur cucur udang, cuma rasanya agak pedas bagi saya. Tak mampu habiskan, suami la kena tolong perabis...hehe.

Siap tapau pasembor dengan tambahan daging, tapi tak mau taugeh, hirisan timun dan hirisan sengkuang. Bukan tak makan pun semua tu, cuma kali ni rasa tak mau pulak. Nak menikmati lebih rasa cucur udang, kentang, tauhu dan telur rebus bersama kuah pasembor yang sedap pekat tu.

Kalau sesiapa ada kesempatan ke Cherok To’kun ni boleh la cuba makan di sini, atau lagi senang guna je servis penghantaran yang disediakan. Tempat makannya tak begitu luas dan ruang parkir pun tak banyak kat kedai ni. 

Kalau nak ke sini, buat je carian di Google Maps ‘Pak Man Mee Kuah Ketam To’kun’. Untuk servis penghantaran, boleh WhatsApp 014-601 6713.




11 comments:

  1. Terliur.
    Tidak nampak ketamnya. M
    Isi masuk dalam kuah ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya NA, kuah tu yang rasa ketam. Ketamnya tak ada..hehe

      Delete
  2. WAHH x lokek daging nih., ;p

    ReplyDelete
  3. Sedap tu mee kuah. Makanan di Penang memang sedap sedap. Hujung hujung sem kat UiTM Penang dulu saya bantai berselera makan makanan penang. Sekarang dah jauh susah nak kesana, rindu pulak.

    ReplyDelete
  4. sedapnya..meleleh ailio tengok..byk ramuannya..

    ReplyDelete
  5. fuh fresh orange yang mengancam!

    ReplyDelete
  6. juadah semua sedap..alahai kenapa jauh sgt lokasinya hahha

    ReplyDelete
  7. daging dia tu nampakkkkk sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  8. seriuslah kak ujie..sedap2 belaka semua ni..dugaaan betul tgk memalam ni hahaa ^_^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****