Sabtu | 13.03.2021
...bersambung dari catatan sebelum ini DI SINI.
Bot yang kami naiki dari Teluk Aling tiba di lokasi D - pantai Teluk Duyung sekitar pukul 12.37 tengah hari. Di sini tiada jeti. Jadinya kami perlu menuruni anak tangga besi di bahagian sisi bot untuk ke daratan.
[Info] Pantai Teluk Duyung juga lebih dikenali sebagai Monkey Beach. Di pantai ini pengunjung dibenarkan berkhemah tanpa sebarang bayaran. Cara untuk ke sini, sama ada melalui rentis hutan sejauh kira-kira 3 km dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang atau melalui jalan laut (sewa bot pelancong). Rentis hutan dari Teluk Aling ke Teluk Duyung buat masa sekarang ditutup atas faktor keselamatan (board walk rosak). Jadinya, satu-satunya cara ke sini buat masa sekarang adalah dengan menyewa bot pelancong.
Masya Allah cantik sungguh pantai Teluk Duyung ni, sama macam pantai Teluk Aling. Pasir memutih, air laut hijau kebiruan. Sungguh memukau pandangan mata saya.
Pantai Teluk Duyung ni agak panjang. Mudahlah bagi pengunjung nak berkelah atau berkhemah. Menurut kata orang bot yang membawa kami tadi, pantai ni lengang sejak wabak COVID-19 melanda. Seperti yang kami saksikan hari ini, suasana tenang tanpa keriuhan pengunjung. Cuma ada beberapa kumpulan kecil sedang berkelah dan bermain-main di gigi air. Secara peribadi, memang ini yang saya suka. Tenang! Tapi kalau kita tengok dari sudut pandang orang-orang yang bergantung hasil daripada industri pelancongan di sini, tentulah ini perkara yang menyedihkan. Mereka kehilangan punca pendapatan.
Di sepanjang pantai ini terdapat deretan gerai yang terbiar sepi. Tak ada yang beroperasi. Nampak juga kemudahan tandas, tapi saya tak cuba masuk.
Tak pasti ni apa, nampak macam rumah kecil yang dah tak berpenghuni. Di pantai ni juga saya nampak ada beberapa chalet penginapan, semuanya terbiar sepi. Selain itu, ada juga kumpulan kecil yang nampaknya memang tinggal di sini. Bukan berkhemah suka-suka. Ada pondok kecil, khemah dan ruangan dapur terbuka.
Obor-obor ke ni? Saya jumpa beberapa seperti ni. Ni saiz besar dan ada yang saiz lebih kecil. Kalau ni obor-obor, maksudnya pantai ni tak sesuai untuk aktiviti mandi laut.
Berbalik kepada tujuan kedatangan kami ke Teluk Duyung ni, bukanlah nak berkelah di tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah. Tapi kami nak ke lokasi E - Rumah Api Muka Head. Orang bot bagitau kami, nampak pokok besar ni terus lagi sampai hujung akan jumpa jalan untuk ke rumah api tersebut.
Perjalanan diteruskan untuk ke lokasi terakhir trip kami kali ini. Sekali lagi kami akan masuk ke hutan dan mendaki untuk menjejak sejarah binaan 138 tahun lampau! Tongah haghi tongah paneh...memang pendakian yang menguji mental dan fizikal saya!
Tamat catatan pengalaman saya di pantai Teluk Duyung (Monkey Beach). Bersambung catatan lokasi seterusnya...
wahh chantek pantai duyung monkey beach nih., masih nmpk original., ;p
ReplyDeletecantik & bersih pantainya..
ReplyDeleteNampaknya memang dijaga baik pantai ni, ada pekerja bersihkan sepanjang pantai.
DeleteCantiknya pantai dah lama tak jalan-jalan pantai di pulau.
ReplyDeleteGambar macam lukisan subhanallah
mungkin sebelum ini ada penghuni tapi lepas tu takde lagi yang duduk sini atau dulu ramai pengunjung tapi bila takde orang datang semua lari... terbiarla sepi segala rumah yang ada... sayang nya kan
ReplyDeleteNampak terbiar pula pondok.
ReplyDeleteIni kira bermesra dengan alam. Sanggup hiking tengah panas.
Pantai Teluk Duyung cantik banget.
ReplyDeleteobor-obor kalau di Indonesi namanya ubur-ubur.
Indahnya pemandangan tepi laut :)
ReplyDeleteobor obor scary!!!!
ReplyDeleteobor2 bahaya, jangan pegang sebarangan hehe
ReplyDeletecantik lah.. boleh masuk dalam list ni :)
ReplyDeleteNyaman betul melihat pemandangan di tepi pantai. Redup jew bawah pokok tu....dapat bayangkan santai di situ sambil menikmati tiupan angin laut!
ReplyDeletenyaman bila tgk pantai..bila lg nk ke pulau pinang.. Inshaa Allah dah buka rentas negeri pineng kami serbu dulu :)
ReplyDeletePart binatang tu xsure pulak..obor2 ke tu? hurmmm
MashaAllah cantik pantai teluk duyung monkey beach ni. Tapi sayang juga ada yang tak terjaga. yelah kan, sejak covid ni banyak tempat kurang dikunjungi dan tak terjaga.
ReplyDelete