Saturday 9 May 2020

Masak Tak Jadi Pun Nak Tunjuk Jugak?

Beberapa hari lepas...
Saya gigih mencuba buat kuih Kole Kacang.

Kuih kegemaran saya dan suami.
Nak beli, tak jumpa pulak orang menjual.

Elok dah beli tepung kacang hijau bagai,
eh...muncul pulak orang menjual.

Bahan semua dah ada,
kenalah teruskan projek buat Kole Kacang.
Buat carian resepi di internet.
Pilih resepi sukatan guna cawan.
.
.
.

Tahi minyak atau kerak santan ni terhasil daripada 1 cawan santan pekat. Dekat 30 minit jugak exercise tangan kacau santan sampai jadi gini. Bau sedap kemain!

Ringkaskan cerita...tadaaa...siap! Rupa kira jadiklah, rasa ok tak manis sangat, TAPI Kole Kacang ni masuk kategori masakan tak jadi sebab tak lembut 😭


Masak tak jadi pun nak tunjuk jugak?
Memang kena tunjuk kat blog sebagai kenangan.
Pernah la jugak saya cuba buat kuih Kole Kacang ni kan...haha!
Entah bila nak sampai seru untuk mencuba lagi.


12 comments:

  1. Kena cuba lg...rupa paras dh ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ada kerajinan..haha
      lenguh tangan nak buat kole kacang, mcm kacau dodol.

      Delete
  2. Dah lama tak jumpa tahi minyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya wak dah lama tak makan kole kacang :)

      Delete
  3. Rupa paras dah ada tinggal teksture je ye kak... kira jadi jugak tu kalau xjadi yg rupa pun takde

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..tekstur agak keras. Tak mcm mkn kole kacang lembut sedap..haha

      Delete
  4. Tahi minyak! Sedapnya tu... pernah juga buat kole kacang, tapi 1/2 tahi minyak masuk mulut dulu...kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tu rahsia kenapa kole kacang kedekut tahi minyak! Dah kena ngap dgn chef :D

      Delete
  5. Kerak santan enak nih buat camilan.
    Aku juga suka, kak :)

    ReplyDelete
  6. kena ambik mood lain kan kalau nak buat lagi. hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****