Friday 8 May 2020

Setelah 45 Hari...

Jumaat, 1 Mei 2020
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membuat jasad berkurung.
Dunia seharian hanya ruang di sekitar rumah.
Bilik tidur, bilik air, dapur, ruang tamu.
Sesekali keluar mengurus jemuran, juga sedikit pasu tanaman.

Tiada lagi acara jalan-jalan di hujung minggu.
Tiada lagi makan-makan di kedai bagi menghilang bosan masakan sendiri.
Atau aktiviti merentas hutan di Tanjung Tuan sebagai terapi jiwa.
Semuanya terhenti begitu sahaja.

Setelah 45 hari dengan pemandangan sama,
Akhirnya saya keluar seketika melihat dunia luar dari rumah.
Menyaksikan jalanan lengang bebas kesibukan.
Melihat kedai Semangkuk dan lain-lainnya sepi tanpa manusia.
Kehidupan tidak berjalan seperti biasa.

Begitu mudah Allah mengubah segala,
Tak perlu tempoh masa.
.
.
.
Kadangkala kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita,
Sehingga kita diuji dan terpaksa melaluinya dengan berserah diri kepada Allah.
45 hari berkurung, inilah rekod paling lama buat saya.


Nota : Mulai 30 April 2020 (PKP fasa 4), kerajaan mengumumkan membenarkan dua orang bergerak dalam satu kenderaan dengan syarat kedua-duanya dari rumah yang sama.

5 comments:

  1. Saya dah start ke pejabat dari hari Rabu, 29/4..syok sbb jln tak sesak...

    betul, bila diuji, sebnrnya kita mampu lakukan..rasa tenang je ddk rmh..

    ReplyDelete
  2. barulah tahu nikmat kebebasan :-)

    ReplyDelete
  3. Ya...terus berubah hidup kita umpama putaran roda...Allah Maha Besar

    ReplyDelete
  4. Lama-lama duduk di rumah macam seronok pula! Banyak habuk dan sawang terkumpul...kihkihkih! Maklumlah baru ada masa untuk mengemas habis-habisan luar dan dalam rumah.

    ReplyDelete
  5. It's always refreshing to go out once in a while.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****