Tuesday 22 October 2019

Mercu Tanda Terkini Terengganu | Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Drawbridge)

Mercu tanda dan tarikan terkini di Terengganu tentulah Jambatan Angkat. Semasa saya berjalan di Pasar Payang 2 pun dah nampak ramai penjual menjual t-shirt dengan gambar jambatan ini.

Pemandangan Jambatan Angkat dari kawasan parkir Pasar Payang 2. Kiranya dari Pasar Payang 2 kita boleh terus ke depan sedikit untuk berfoto dengan latar Jambatan Angkat. Dalam gambar ni, ada dua benda yang menarik - Jambatan Angkat dan bas dengan rekaan tradisional Terengganu.

Inilah rupa Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Kuala Terengganu Drawbridge). Kelihatan megah dan cantik. Jambatan bernilai RM248 juta ini menghubungkan antara Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Ia mula dibina pada Ogos 2014.

Tadi tengok dari jauh je kan...sekarang jom kita lalu atas jambatan. Jambatan Angkat sepanjang 638 meter ini mula dibuka pada 1 Ogos 2019 yang lalu. Tak dibenarkan berhenti di atas jambatan, menurut info ada parkir disediakan di bawah jambatan dan pengunjung nanti boleh naik ke ruang komersil dengan menaiki lif. Tapi buat masa sekarang ruang komersil tersebut masih belum dibuka untuk orang awam.

Sambil lalu saya meneliti 'daun jambatan' (bascule) di bahagian tengah jambatan. Daun jambatan membolehkan jambatan diangkat untuk laluan kapal. Hmm...teringin jugak nak tengok masa daun jambatan ni diangkat.

Seronok ke Kuala Terengganu ni, macam-macam tarikan ada! Makanan, membeli-belah, alam semulajadi, budaya tradisi dan terkini ada Jambatan Angkat.

10 comments:

  1. cantiknya kak... dana tak dapat lalu pun... dapat ambil gambar dari jauh je hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadik la tu kan..
      Lain kali dtg boleh lalu pulak 😁

      Delete
  2. Entah bila nak gi terengganu lagi ni... teringin nak pergi gerai ikan celup tepung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg dah sampai Tganu ni pun takde rezeki mkn kat Pok Nong tu Yan 🤣

      Delete
  3. MasyaAllah cantiknya.. moga jambatan ni terjaga dgn baik.. Last ke KT mgkin tahun 2000 lalu..lama sgt dah..insyaAllah suatu hari ntti ke KT lg nak juga lalu jambatan ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah...ada rezeki boleh ke KT lagi. 😊

      Delete
  4. aha..baru tahu kenapa di panggil jambatan angkat..ingatkan jambatan angkat ni anak angkat jambatan mana? hihhih

    ReplyDelete
  5. cantik gambar...mesti ada ambik kursus photprafhy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kepada teknologi 😄
      Takde kursus apa JM. Subjek cantik, cuaca cerah, edit sikit..siap!

      Delete
  6. teringin jugak nak pi ni. kena tunggu cuti sekolah pulak la. hehe

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****