Wednesday, 21 August 2019

Terapi Alam

Ahad | 18.08.2019

Kunjungan kali ketiga ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan untuk tahun 2019. Saya dan suami tak bosan ke sini sebab ada beberapa pilihan tempat menarik dan pilihan laluan hutan.

Untuk kali ini, tujuan kami adalah ke Bukit Batu Putih. Kami memilih masuk melalui laluan hutan yang sedikit sukar dan keluar melalui laluan yang lebih mudah. Maksudnya pergi dan balik melalui laluan berbeza.

jalan tar ➡ hutan ➡ pantai (Monkey Bay) ➡ hutan ➡ BUKIT BATU PUTIH ➡ hutan ➡ jalan tar



TERAPI ALAM

Berjalan di dalam hutan membuatkan saya rasa tenang dan bahagia. Saya suka memerhati kepelbagaian jenis tumbuhan di sekeliling, bagaikan suatu terapi yang memberikan rasa gembira.

Walaupun terkadang rasa terseksa bila perlu mendaki laluan sebegini, berulang kali berkata dalam hati 'Cukuplah! Ni last masuk hutan...tak larat manjat'. Berjalan dengan langkah pendek, sambil mengatur nafas (ambil nafas dari hidung dan hembus di mulut). 

Setibanya di kawasan puncak Bukit Batu Putih, perlu panjat batu ni jika nak berada di puncak bukit. Tapi untuk kunjungan kali ni, kami memilih untuk teruskan perjalanan ke satu lagi tempat menarik di hutan ni. Selepas batu ni, ada satu laluan hutan. Teruskan berjalan kira-kira 10 minit.

Sampai tempat dituju. Terasa hilang kepenatan berjalan di dalam hutan bila memandang keindahan begini. Ini adalah kali kedua kami tiba di sini, kali pertama pada tahun 2018 saya tak catatkan di blog.

Mata menikmati keindahan lautan luas, telinga melayan irama ombak yang menghempas, sesekali angin bertiup memberi rasa nyaman. Begitu melekakan, indah dan tenang. Allah menciptakan alam begitu sempurna untuk kita syukuri dan nikmati. Alhamdulillah!


Tumbuhan
Antara tumbuhan yang menarik perhatian saya kali ini :

Rupa seakan buah Rambai, biji berwarna seakan purple. Cantik! Nampak macam dah dimakan (mungkin tupai atau monyet).

Pokok bunga dicelah batu. Permukaan batu pun unik.

Rumpai Laut yang terdapat di pesisir pantai 'Monkey Bay'. Tumbuhan akuatik yang tumbuh di kawasan perairan yang bersih - terutamanya di kawasan terumbu karang dan pantai yang terlindung.

--------------------------------------------------------

[info] Terapi hutan merupakan salah satu kaedah yang dipraktikkan di negara maju seperti Jepun dalam membantu mengurangkan masalah tekanan mental. (sumber : upm.edu.my )

Kehidupan hari ini banyak perkara yang membuatkan kita rasa tertekan, dan alam menyediakan terapi yang tersendiri. Tak perlu masuk ke dalam hutan, menghabiskan masa di taman-taman rekreasi juga memadai. Terapi alam - terapi yang murah dan mudah!

7 comments:

  1. cantik tempatnya kak... seronok tgk kehijauan alam

    aah mmg sama sebijik mcm buah rambai lah kak, cuma isi nya warna ungu..
    rumpai tu dh mcm anggur dh comei sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb comei sgt...akak main picit2 dia tau. geram.. :D

      Delete
  2. klu tgk kat peta tu, blue lagoon dah pernah sampai..tanjung tuan ni belum lagi

    ReplyDelete
  3. View menarik sgt.. suka bila bab2 melibatkan alam sekitar ni termasuk hutan.. mmg 1 terapi :)

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...