Balik kampung raya haji kali ni saya berpeluang melihat bunga Orkid Harimau yang sudah mulai kembang di laman rumah mertua. Ini bukanlah kali pertama saya bercerita mengenai orkid hutan di blog saya, sudah beberapa kali dengan catatan terakhir mengenainya adalah pada tahun 2013. Setelah 6 tahun, saya catatkan lagi sebagai rujukan/rekod.
Teringat pulak pada kata-kata guide sewaktu lawatan saya ke Taman Pertanian Sabah, mengenai tuah - ada kepercayaan yang percaya bahawa mereka yang dapat melihat bunga Orkid Harimau mempunyai tuah. Hehe...memanglah bertuah dapat tengok bunganya, sebab Orkid Harimau jarang-jarang mengeluarkan bunga!
Saya suka lihat pokok Orkid Harimau sebab ia bersaiz besar dan rupa bunga yang menarik. Pokok yang unik. Tapi ini pun belum cukup besar, ada orang tanam jadi lebih tinggi setinggi orang dewasa.
Rupa bunga yang sudah kembang. Bunganya berwarna kuning dengan tompokan / berbintik seakan warna merah tua. Bukan sahaja rupa bunganya cantik, ia juga berbau wangi.
Ni pulak rupa bunga yang masih belum kembang sepenuhnya.
-------------------------------------------------------
Rupa-rupanya dah ada yang menjual Orkid Harimau jenis hybrid - pokok kecil dan mudah berbunga. Bunganya pun kecil, tapi tak pasti samada ia berbau wangi sama macam Orkid Harimau dari hutan. Boleh la jadi alternatif untuk yang teringin nak tanam Orkid Harimau tapi tiada ruang yang luas dan nak cepat-cepat tengok bunganya.
Assalamualaikum.. 1st time dtg sini.. done follow blog. ada masa jemput singgah dan follow back ye... (cANTIK orkid harimau ni... tompok gitu nmpk unik.. suka) =D
ReplyDeletewa alaikum salam, terima kasih atas kunjungan Siti ^_^
DeleteAllahyarhamah ibu mertua pun suka tanam pokok orkid dan memang menjadi tapi sejak dia dah tiada..dah terbiar jer kat kg tu..
ReplyDeletetinggal kenangan...:(
Deletecantiknya kak.... mmg bertuah akak ya, agak2 berapa kali dia berbunga dlm masa setahun ya kak
ReplyDeletenak berbunga setahun sekali pun susah Dana :D
Deletejenis ni berbunga beberapa tahun sekali, ada yang dah tunggu berbelas tahun baru berbunga.
Orkid harimau mmg cantik..ayah saya pun ada tanam..masa saya kecik dpt tengok orkid harimau ni berbunga. Bole saya pinjam bbrp gmbr orkid harimau ni
ReplyDeleteBoleh je :)
DeleteAs salam Puan, blh ke bagi tahu saya cara nk tanam pokok orkid harimau ni..blh tanam guna tanah ke. Rumah saya ada peninggalan arwah ayah...smlm saya cangkul pokok ni sama dgn akar2 utk replant dan ubah ke dlm pasu. Tp saya tak pernah tnam orkid, so jadi blur mcm mana nk replant dan jugak semai. Boleh ke buat teknik cantas dam mcm mana nk semai batang yg di cantas..sapa2 di sini yg ada ilmu blh share?Tq
ReplyDeleteWa alaikum salam Nina,
DeleteCara tanam sama seperti tanaman orkid lain, elok guna medium cocopeat/sabut. Tanam sekali dengan akar2. Gunakan bekas pasu yang besar sebab orkid ni akan banyak akar untuk membesar.
Untuk semaian menerusi batang, saya tak pasti. Saya tanam terus dari anak pokok.
Harap info ni membantu Nina :)