Tuesday, 21 January 2014

Warkah Daripada Anak Murid

Akhir-akhir ni saya agak sibuk...
Mengemas segala barang untuk berpindah.
Insya Allah saya dan suami akan masuk rumah baru pada 1 Februari ni.
 
Terkadang kerja mengemas jadi lebih lama...
Bila terjumpa gambar-gambar lama dan surat-surat lama.
Tersenyum sendirian bila mengimbau detik-detik yang ditinggalkan.
 
Antara surat yang masih ada dalam simpanan saya...
 
Daripada seorang anak murid saya, diserahkan pada hari-hari terakhir saya menjadi Guru Ganti di sebuah sekolah rendah di Lenggeng, N. Sembilan. Surat ni siap masa, hari dan tarikh (7.30 malam, Rabu, 13.8.2003). Lebih 10 tahun saya menyimpannya!
 
Antara isi surat, ada lagi di bahagian muka belakang. Juga hadiah yang kecil pada saiz, tapi besar nilainya di hati saya. Cuma saya sedikit sebak, pada ayat-ayat terakhir yang menyebut 'cahaya mata'. Sesuatu yang saya masih belum dikurnia. Opss..ni bukan catatan sedih. Tapi catatan kenangan lalu yang memang indah untuk dikenang. Sengaja saya abadikan di blog, sebab agak sukar untuk saya menyimpan semua surat/kad untuk selama-lamanya.
 
Nota hati : Kalau diikutkan hati, semua gambar/surat/kad ingin disimpan selama mungkin. Tapi lebih praktikal kalau cuma memilih mana yang perlu untuk dikekalkan.
 


33 comments:

  1. Tentu ujie ni cikgu kesayangan kan... dah balas surat tu ke ehe :)

    ReplyDelete
  2. terharunya kalau dapat surat macam ni drpd anak murid. nampak la yg dia menghargai kehadiran ujie. Ujie, saya ada instinct yg ujie akan dapat rezeki cahaya mata tu selepas dah selesai pindah rumah. :). Allah knows best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg terharu sgt..ada anak murid yg bagi pen, pensil, air vitagen pun ada! :D

      Harap2 menjadik la instinct Lyd tu. Moga thn ni ada rezeki buat saya..

      Delete
  3. ada masa, hari % tarikh. agak teknikal jugak budak ni. harap dia terbaca entri ni satu hari nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg ni umur dia dah 20an..harap dia tak marah tengok surat dia kena tayang kat blog. :)

      Delete
  4. budak² ... klu blh mmg nak hargai cikgu mcm² cara dia org buat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walau simple...tetap rasa seronok kita terima. :)

      Delete
  5. asslam ujie..in syaa allah..masanya akan tiba nanti..
    lama ujie simpan surat tu kan..kenangan jadi cik gu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi boleh, saya simpan. Kenangan kali pertama...dan mungkin terakhir jadi cikgu.

      Delete
  6. Ya Allah... terkesan pulak hati kakak bila membacanya Ujie..
    Kalaulah dia blogger sekarang dan terjumpa N3 ini alangkah bagusnya. Tahulah dia bekas cikgunya masih menyimpan surat tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah takdir, suatu hari nanti mungkin dia akan terjumpa entri ni kak...insya Allah!

      Delete
  7. owh..akak pun dah nak start pindah umah baru ke??hopefully environment kat umah baru ini akan bertambah baik daripada umah yang lama...hehe..menabung ikea sini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. Simpan sebagai kenangan terindah dr mereka

    ReplyDelete
  9. " cikgu boleh tolong simpankan surat ni sampailah ke akhir hidup" :)

    Selamat masuk rumah baru..
    Saya doakan, awak berdua murah rezeki cahaya mata tahun ini, Insya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la pasal...dah siap pesanan.

      Insya Allah..thanks!

      Delete
  10. Saya masih simpan surat2 cinta isteri mengikut susunan tarikhnya. Kalau kadang2 hati tersinggung dengan pasangan, baca surat2 lama itu rasa terhibur juga hati...Zaman itu belum ada henset, semuanya terakam dalam kertas. Kalau ada henset macam sekarang pasti semua sms yang berpuluh tahun tidak akan disimpan lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...siap ikut tarikh lagi!
      Betul tu, surat lebih kekal utk dibelek ditelek..bagus jugak kan takde henpon.

      Delete
  11. Bkn baik, tapi tak reti marah dan main sama dgn budak.. :D

    ReplyDelete
  12. Waaahhh.. Terharunyee... Tu yg best jadi cikgu kan... Ade orang yang sentiasa mengingati ^_^

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...wah tiba2 kak lea pulak touching sobsob....


    so sweet....semua tu memori indah sebagai guru,kan.yelah mesti sis ni guru yang penyayang..amin untuk doa2 mereka :)

    selamat berpindah ke rumah baru..semoga dipermudahkan Allah menerima zuriat dalam kehidupan...amin..amin..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam...terima kasih byk atas doanya ya. :)

      Delete
  14. oh sentimentalnya rasa bila membaca surat-surat lama...

    ReplyDelete
  15. saya pun suka simpan surat2 n bryg kenangan.tp sekarang xblh nk smpan semua la...barang makin bertambah...hehee mujur blh amek gamba,blh lg tgk n kenangkan..:)

    ReplyDelete
  16. saya masih simpan surat cinta yg dah berusia hampir 20 tahun..

    ReplyDelete
  17. sweetnya anak murid dia,
    moga makbul doanya, insha Allah
    rumah baru nanti pasti diserikan dengan baby comel :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah...moga sama2 kita beroleh rezeki tersebut.

      Delete
  18. teringat pula kat cigu saya yang baru je pindah tmpat mengajar. rinduu

    ReplyDelete
  19. bile ingat kenangan lama tu rasa syahdu je kan..rasa macam nak kembali blik zaman tu

    ReplyDelete
  20. Sentimental value.. saya sekarang ni amik gambar dan pastu buang huhu.. kalau tak nanti sampai bila nak menyimpan nyer huhu.. but setiap org ada cara tersendiri :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****