Tabung Haji (TH) menyarankan anda agar membuka Akaun Simpanan TH bagi anak anda seawal kelahiran dan seterusnya mendaftarkan haji untuk mereka setelah jumlah simpanan tersebut mencapai RM1,300 (*jumlah minimum syarat pendaftaran haji)
[fb TH : Official TH]
--------------------------------------------------------------------------------------
Saranan di atas membawa ingatan saya kepada allahyarham Bapak. Walaupun Bapak cuma bekerja sendiri (mengusahakan kedai makan kecil di tepi laut Bandar Pontian), tapi Bapak tak lupa membuatkan akaun TH untuk kami 9 beradik dan membuat simpanan untuk kami. Setiap bulan Bapak akan mengagihkan simpanan sekurang-kurangnya RM10 untuk anak-anak yang kecil dan RM20 untuk anak-anak yang lain-lainnya. Kenapa berbeza? Sebab masa bukak akaun untuk semua tu umur dah berbeza. Bapak saya buatkan simpanan untuk yang masih belajar je. Sebab tu anak-anak yang lebih besar dapat simpanan lebih. Pada penghujungnya, tiap-tiap orang akan dapat RM1,000 lebih hingga RM2,000.
Walaupun bukan sejak lahir dan dengan nilai yang tidak banyak, tapi sekurang-kurangnya Bapak dah berusaha memulakan simpanan menunaikan haji buat kami adik-beradik. Sekarang ni kalau tengok duit TH, mesti teringat Bapak yang memulakan simpanan buat saya.
Bila dikenang semula, bukanlah suatu yang mudah nak buat simpanan untuk anak seramai 9 orang ni. Sebab banyak lagi keperluan persekolahan kami yang perlu Bapak penuhi. Ada suatu ketika tu, Bapak perlu biayai 3 orang kakak yang berpeluang masuk ke asrama dalam masa yang sama. Alhamdulillah Bapak mampu melakukannya dan berpeluang menunaikan umrah, seterusnya haji bersama-sama Mak semasa hayatnya.
Insya Allah kalau saya berpeluang ada zuriat sendiri, saya pun berazam nak membuka akaun sebaik je mereka lahir. Dan setiap bulan mesti ada simpanan, walaupun RM10. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!
Nota hati : Nampak kecil pada nilai, namun besar impaknya. Ia juga bagai tanda kasih berpanjangan. Terima kasih Bapak!
Alhamdulillah... bapak yg celik tak sama Ujie. Syukur teramat sangat.
ReplyDeleteAnak kakak pun sebaik dapat surat kelahiran terus buka a/c dan daftar TH juga. Duit mengaji di RTM tiap bulan pun kami tak usik terus masuk TH juga. Mudahnya zakat dah dikeluarkan jadi kita tak perlu lagi nak mengira-ngira tiap tahun. Masa pergi umrah pun kami tak usik pun duit mereka. Kakak tak tahu masa akan dtg pembelajaran mereka macam mana. Kalau setahun anak kita boleh simpan 2-3K masuk usia 18 tahun lepas SPM kiralah sendiri - kalau boleh tak payah buat pinjaman masa belajar..
Alhamdulillah...tahniah kak! Untung mereka..
DeleteDgn jumlah gitu, rasanya nnti mereka tak perlu loan belajar. Bebas hutang!
Kalau nak tunaikan haji pun dah boleh dah tinggal tunggu masa utk dipanggil aje...
ReplyDeleteSyukur..tumpang gembira. Saya..tunggu masa panggil, tapi duit blm cukup pun. Hehehe
Deletealhamdulillah, sebak baca tulisan Ujie..besar jasa mak ayah kita..
ReplyDeleterasa teringin sangat2 nak tunaikan haji, moga sempat..
kakzakie alhamdulillah dah dapat :)..
Masa menulis ni, mmg rasa semacam...mcm layar..teringat masa lalu. Susah payah mak ayah cari rezeki dan besarkan kami yg ramai ni.
DeleteInsya allah..moga kita sihat & sempat buat haji.
insyallah kalau dimuarahkan rezeki nanti sy akan buka juga akaun ini...thanks for the sharing kak,..sy pun tak tau tabung haji dah ade akun untuk anak...
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
Bukak cepat2 azlan, dah ada rm1300 baru boleh daftar haji. Nanti Q makin sgt panjang. Akak ni pun dah tua2 esok baru sampai turn.
DeleteSy silap bukak SSPN utk anak. Rasanya nak ttp SSPN n bukak akaun TH utk Aydin. Boleh ke Uji?
ReplyDeletependapat saya..buka TH lebih elok Fara. Masih dpt menabung utk anak ke IPT..dapat jugak dorong anak utk tunaikan haji.
Deletesaya pun bukak akaun sspn utk anak.rugi.takde dapat apa pun.ada niat bukak TH untuk anak.moga niat termakbul..thanx sharing..
ReplyDeletealhamdulillah anak sy dah ade akaun tbg haji.. segala duit dia semua masuk situ.. termasuklah duit raya .. atau sedara mara bg...
ReplyDeleteAkak dah menyimpan utk mereka sewalnya ujie tapi tak sempat nak daftar haji lagi ni... nak pergi cepat ni...
ReplyDeleteada terfikir gak nak buat akaun ni, tpi still tak terbuat2 lagi. adoii.. setakat ni saya hanya beli emas dan simpan emas je utk Luth. Duit tak simpan. huhu. tabung haji kena simpan gak sebab nak register utk dia naik haji kan.
ReplyDeleteSaya juga buka akaun dlm TH utk semua anak2, ada potongan tetap dari saya dan isteri utk mereka. Duit raya mereka juga dimasukkan dlm TH. Nanti bila dah besar mereka boleh tambah sendiri...
ReplyDeletemalu..saya belum bukak acc tabung haji untuk anak anak lagi.. insya allah cuba diusahakan dalam jangka masa terdekat..
ReplyDeletetakpe Rai...takde istilah terlambat. :)
Deletealhamdulillahh., sebak gak wak membaca psl arwah bapak akak ujie tuuu yee..,
ReplyDeletepsst. dulu wak pon sukak lepak tepi pantai pontian pas mamam nasi goreng ayam kat warung tupon dh tutup skrg kanns.,
psst. arwah bapak tu dh g haji harapnye?
dah dirobohkan pun warung2 kat situ, sume pindah area Tambak.
DeleteAlhamdulillah wak..bapak dah sempat g haji masa hayatnya..dgn duit niaga tu lah.
alhamdulillahh.., syukurr
DeleteSangat berguna untuk masa depan anak2.
ReplyDeletemmg kena daftar seawal mungkin.
ReplyDeleteQ makin panjang.
Sikit2, lama2 jadi bukit
hari tu bukak akaun tabung haji untuk anak x dapat pulak tabung..habis stok katanya..hehe
ReplyDeleteNanti tuntut lagi kat TH, bkn apa..ada tabung tu bolehla bagi semangat kat anak utk menabung.
Deletesaya pun ada akaun tbg haji sejak kecik mak bukakan..cuma dok kuar msk je...hihi.dftr haji 2thn lps-dah thn 2045 glrn...
ReplyDeletehehe..sama la kita. Keluar masuk je duitnya...ikut keperluan hidup.
Deleteita plok baru buka dalam tahun 2008...
ReplyDeletesetiap sepasang baju yang siap ita cabut rm5 untuk tabung haji...
cukup duit terus daftar haji..kalau ada rezeki 2033 sampai lah giliran..harap2 lebih awal dari tu..
lama2 memang akan jadi bukit...
wah..bagusla ita! setiap pasang baju ada sumbangan utk g haji.
Deletealhamdulillah.. nina akan buat nanti akaun ni..
ReplyDeletebiar rm10, janji tetap tiap bln.
ReplyDeletebetul tu...kak lea pun dah bukak akaun TH untuk anak2.jika ada rezeki lebih,besarlah angka yang dimasukkan.janji duit simpanan anak bertingkek-tingkek..gitu he3...
ReplyDeleteSaya dah besar pun tak de akuan TH lagi .. sedih nyerrr huhuhuhuu...
ReplyDeleteek eh. thnx sbb bg idea. lepas ni nak daftar haji lah utk anak anak. rsnya duit dorang masing masing dah cukup RM1300 sorang. Kalau x cukup boleh la top up sikit. sy x simpan tiap tiap bulan pun. harap simpan duit raya je.
ReplyDeleteAlhamdulillah, anak2 memang dh buka TH..yg sulung dh dftr haji..yg baby ni je belum buat lagi...InshaAllah.. ! tq ilmu yg bermanfaat utk semua ibu bapa...
ReplyDeletebtw, nk ajak join this giveaway...
boleh pegi ke link ni
http://www.vitaminhouz.com/2014/11/giveaway-best-buat-mama-bayi.html