Wednesday, 15 January 2014

Umur

Cerita umur....
 
Umur mengikut tahun lahir.
Jaja : Berapa umur awak?
Jiji : Saya lahir tahun 1978. Jadinya tahun ni umur saya 36 tahun.
 
Umur mengikut psikologi.
"Aku rasa masih muda...macam umur 30. Aku lupa yang aku dah tua...dah dekat 50 tahun pun." kata Makcik Didi kepada kawannya sambil membetulkan kebaya ketatnya. Mereka kemudiannya sama-sama tertawa.
 
Umur mengikut kematangan fikiran.
Fahri, baru berumur 13 tahun. Sudah bijak berkata-kata dengan buah fikiran yang bernas. Bila berbicara dengannya seolah-olah kita berbicara dengan seorang lelaki dewasa.
 
 
Begitulah cerita umur. Umur mengikut tahun, hanyalah angka yang berubah setiap kali menjelangnya tahun baru. Umur mengikut psikologi akan memberi kesan kepada perasaan, keyakinan dan mungkin penampilan diri. Umur mengikut kematangan fikiran, ini yang perlu dijaga. Pemikiran harus sekurang-kurangnya seiring dengan umur sebenar. Pemikiran kita dapat 'dibaca' oleh orang lain menerusi perbualan, penulisan atau perbuatan kita.
 
 
Nota hati : kadang-kadang ada mereka yang sudah berusia, berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi, tapi bila berkata-kata sekadar sesedap rasa. Buah fikirannya setaraf budak muda yang tak punya apa-apa.
 

14 comments:

  1. Betul tu ujie..dari kata2 mengukur kematangan. fikiran, ada yg byk umur too tak matang juga...

    ReplyDelete
  2. Betul3x. Ada yg umur dah matang, tapi pemikiran tak matang².

    ReplyDelete
  3. ada yang rasa comel bila umur dah tua tapi perangai budak budak.. mintak simpang... T_T

    ReplyDelete
  4. Kalau tua sebaiknya biarlah matang, ingat mati semakin menghampiri walau tak semestinya yg tua mati dulu...

    ReplyDelete
  5. umur hanyalah angka...tapi yang pasti umur kita semakin meningkat..bukan semakin menurun kan..

    ReplyDelete
  6. sya baru masuk 30 tapi rasa macam baru masuk 20 plak..hahahaha

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. cepat kan masa berlalu..
    banyak peristiwa berlaku..
    umur kita sampai takat mana lah kan..
    moga dipanjangkan umur dalam kerahmatan..

    ReplyDelete
  8. Umur adalah angka anugerah Tuhan yg menunjukkan kita semakin hari semakin menghampiriNya....

    ReplyDelete
  9. masa cepat betol kejar kite....

    ReplyDelete
  10. masa cepat betol kejar kite....

    ReplyDelete
  11. mendalam maksudnya ni ... hihihihihi ...

    ReplyDelete
  12. alamak umur saya dah 30 tahun ni..(dah kenapa?)..he3

    ReplyDelete
  13. Umur itu patut bergerak sekali dengan cara kehidupan.. jgn sampai kdg2 org meluat tgk kita ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur kadang jadi suatu angka yg membuat kita takut pada diri hehehee :D

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****