Wednesday, 8 January 2014

Daun Bidara Untuk Rawatan Gangguan Jin

Catatan pertama saya untuk tahun 2014, nak cerita mengenai DAUN BIDARA. Biasa dengar dalam pantun...nasi lemak, buah bidara tu. Tapi langsung tak tahu rupa dan khasiatnya. Sehinggalah mak saya mengalami sakit selama lebih 2 minggu. Asalnya demam, tapi dah baik. Walau dah baik demam tapi masih rasa tak sihat (kadang sampai tak mampu bangun) dan perasaan jadi gelisah. Juga kerap didatangi mimpi buruk.
 
Dah jumpa doktor, tapi takde bagi ubat sangat sebab memang tak demam. Cuma belum sampai tahap buat pemeriksaan lebih terperincilah. Melihat kepada simptom yang ada, saya dan kakak berpendapat kemungkinan adanya gangguan jin pada mak kami (pandai-pandai je kan!). Saya buat carian internet untuk herba rawatan berkaitan dan hasilnya menemukan info daun bidara ni.
  • digunakan untuk merawat penyakit bersifat rohani - gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus / sihir.
  • bersumberkan amalan para ulama' terdahulu.
Bacaan lebih terperinci DI SINI.
 
Terus saya minta seorang kakak saya carikan daun bidara. Kena cari cepat sebab lusanya saya nak bawa balik kampung di Johor. Hasilnya...
 
 Nama umum : Pokok Bidara atau 'Indian Plum'
Nama dalam al-Quran : Sidr
Nama saintifik : Ziziphus mauritiana
Surah dan ayat al-Quran berkaitan : (34,16), (56,28)
(sumber : darussyifa.org)
 
Kakak saya mintak daun ni dari sebuah rumah yang dia tak kenal pun tuannya. Tapi demi mak kami, dia tebalkan jugak muka tanya pasal pokok bidara. Pokoknya besar macam pokok rambutan, rupa daun macam daun sireh tapi kecil. Menurut tuan rumah tu, dengan izin Allah dia pun dah pulih dari gangguan jin lepas buat rawatan dengan daun bidara ni. Dan dia sengaja biar pokok tu tak bertebang untuk tolong orang lain yang memerlukan daun ni. Alhamdulillah senang cari!
 
Macam mana cara rawatannya? Perlu 21 helai daun bidara. Gunakan 7 helai setiap hari selama 3 hari. Dilakukan waktu petang, lepas Asar.
Ambil  7 helai tadi dan tumbuk guna lesung. Kemudian campurkan daun yang dah ditumbuk ke dalam segelas air kosong yang telah dibacakan dengan *ayat-ayat doa. Minum sedikit atau 3 teguk. Selebihnya campurkan dalam baldi berisi air untuk dibuat bilasan mandi. Lepas mandi dengan air ni, jangan terus lap. Biarkan seketika.
 
*ayat-ayat doa : seperti Ayatul Kursi dan 3 Qul.
 
------------------------------------------------------------------------------
 
Alhamdulillah...sekarang mak saya dah kembali sihat. Suara yang dulu lemah dah kembali ceria. Tapi bukanlah semata buat rawatan daun bidara ni. Kenalah jugak rajin baca/dengar ayat suci atau sekurang-kurangnya sentiasa berzikir. Bagi yang mencari pokok bidara ni, khabarnya ada ditanam di masjid UPM dan Darul Syifa' Bangi. Ni berdasarkan carian internet ya, saya tak pasti kebenarannya.
 
 
p/s: Rasa macam jadi tok bomoh pulak aritu, dok menumbuk daun herba pastu suruh mak minum & mandi. Padahal yang baca ayat doanya orang lain. :D



37 comments:

  1. saya tak pernah jumpe pokoknya.. bgs jgk ni ilmu baru ... klu berkesan alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. first time tau.. mungkin boleh dimanfaatkan oleh orang lain juga.. cuma rasanya zaman sekarang ni mungkin susah nak jumpa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesetengah tmpt mudah dpt, sbb diorang guna utk mandikan jenazah.

      Delete
  3. Alhamdullilah...dah sihat
    Nak next, selain ikhtiar cara alternatif, make sure buat betul2 pemeriksaan perubatan ya...ada beberapa jenis jangkitan yg mulanya demam, lepas tu boleh menyebabkan rasa letih, penat, ngantuk, tak berselera selama berminggu minggu...

    ReplyDelete
  4. Mmg pokok dia besar, yg dlm gamba atas ni amik sikit je.. :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah mak uji dah sihat...

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih kongsi info ini.. Berkenaan ika puyu boleh elak gangguan jin tu ada dengar tak?? hehehe.. saje bertanya kot2 tahu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dengar, tapi tak pernah dgr dari sumber yg boleh dipercayai. :)

      Delete
  7. Rumah mentua saya ada pokok bidara ni. Buahnya macam buah epal, tapi saiznya kecik sikit. Tak tau pula daunnya boleh mengubati gangguan jin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..mmg yg saya dgr org kata buahnya mcm epal kecik. Boleh makan ke?

      Delete
    2. Ada 2 jenis bidara...satu berduri dan satu x...yg berduri tu yg utk tujuan berubat...yg x berduri tu org panggil epal vietnam...buahnya blh makan

      Delete
    3. Betul tu. Saya pun baru2 ni je tau ada 2 jenis. Semasa entry ni ditulis, mmg tak tau langsung.

      Terima kasih atas komen yg berinformasi ni ya.

      Delete
    4. Betul tu. Saya pun baru2 ni je tau ada 2 jenis. Semasa entry ni ditulis, mmg tak tau langsung.

      Terima kasih atas komen yg berinformasi ni ya.

      Delete
  8. Selalunya, di mana2 darus syifa' memang ada pokok nie sebab mereka guna untuk perubatan. Kena mandi dengan air sejuk, bukan air suam atau panas. Se eloknya, campurkan 2-3 ketul air batu yang biasa dalam gelas minuman tu dalam sebaldi mandian. Syaitan ni sifatnya panas, so bila ada air yang biasa bercampur ayat suci, dia pasti menggigil kesejukan, walhal kita orang biasa ni, rasa nyaman jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aritu guna air paip biasa je, tak tau psl air sejuk ni.

      Delete
  9. Kakak tak kenallah Ujie. Tengok pun masih tak dapat tangkap. Kalau boleh tanam kakak nak tanam kat rumah kampung. Nak cuba cari di nursery mungkin ada kan.

    Syukurlah mak dah jumpa penawarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya Allah ada kak zakie. Kakak saya baru je beli...rm18 sepokok.

      Delete
  10. salam sis,wah terima kasih singgah tau.lama tak sembang2 :)

    owh 1st time tgk daun bidara.nanti nak suruh mak pergilah kat masjid upm/darul syifa bangi,sebab family mak sekarang ni ada orang 'menghantar'.ayah orang bisnes...dah berubat dan 2 orang ustaz pun cakap benda yang sama,ada itu ini 'dihantar'..kesannya terkena pada adik pompuan yang tengah sibuk praktikal doktor.dia tiba2 jadi panas-baran lain macam.padahal orangnya lemah-lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elokla try, tak rugi.
      Moga berhasil usahanya sis. Insya Allah!

      Delete
  11. buah bidara cemana rupa dia? Mujarab juga la guna daun ni. Sbb mak ujie dah sembuh skrg. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm epal kecik...kata JR. hehe..
      Alhamdulillah...usaha je.

      Delete
  12. saya pernah dengar pasal orang kata daun bidara nie tapi tak pernah plak tengok rupa daun tu..hehehehe

    Regards,
    Strider

    ReplyDelete
  13. salam akakku syg..dua tiga hari yang lepas...kerap kena gangguan makhluk halus..entah kenapa kena ganggu..dah lah cik abg tak de..pjj..huhu..tak sangka akk buat entry pasal ni..nasib ade juga rujukan..terima kasih kak uji atas ucapan dan penerangan tentang daun bidara ni..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa salam adikku syg..
      Alahai...ciannya roros! Takpe pjj...bercinta secara halal. :)
      Ros try la daun bidara ni, kot membantu. Akak doakan semoga cpt pulih ya.

      Delete
  14. alhamdulillah serasi..
    dulu mak sy pergi juga berubat macam ni..
    ok sekejap..
    bila cek darah kt sepital rupanya ada penyakit lain..
    mmg elok buat kedua2 rawatan, ikhtiar kn..
    moga mak ujie sentiasa diberi kesihatan yang baik.
    insha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada cerita lain yg saya tak share di sini (yelah, tak sume benda boleh cerita umum). Berdasarkan 'cerita' itulah kami cenderung utk try daun bidara ni. Sebelum tu dah jumpa doc 2x. Plan kalau guna bidara ni gagal, mmg nak mintak doc buat ujian darah pulak.

      Delete
  15. salam ujie..lamanya tak jenguk ujie...say tak pernah tgk lagi daun tu sblm ni

    ReplyDelete
  16. blog kak ujie sentiasa penuh dengan info kan.. ahha.. mmg terbaik!!

    ReplyDelete
  17. Baru tau rupa daun bidara nie dan kegunaannya juga,tq Ujie.

    ReplyDelete
  18. saya tak tahu pasal ni sebelum ni..terima kasih kak..

    ReplyDelete
  19. untuk maklumat lanjut boleh layari blog Darussyifa Bandar Baru Salak Tinggi
    www.darussyifabbst.blogspot.com

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah terbaca sesuatu yang perlu dicuba...terima kasih perkongsian ni..

    ReplyDelete
  21. Saya ada tanam sepokok tepi rumah, ada jg rancangan nak tebang sbb pokoknya semakin besar dan banyak tebuan mendatangi bunganya tapi selepas ramai yang datang meminta daunnya utk tujuan rawatan maka saya batalkan sahaja niat tu. Rumah saya di Peramu Jaya, Pekan kpd yg memerlukan daunnya datangla ambil secara percuma shj.Lawati blog saya di kebuntepipagar.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...terima kasih tuan! Moga boleh membantu mereka yang memerlukan.

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. baru ciktom tau daun bidara boleh ubat gangguan..patutla ada tengok produk utk patahkan sihir guna daun bidara..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****