Friday 28 June 2013

Floria 2013 : Magic of The Night

[Amaran: banyak gambar..]

Malam semalam berkesempatan ke Floria 2013 pada waktu malam. Bukan nak tengok dekorasi bunga, tapi tujuan datang malam sebab nak menyaksikan acara "Magic of The Night". Kalau ada yang nak datang, acara ni berlangsung setiap malam kira-kira jam 9 malam dan bakal berakhir pada hari Sabtu (esok). Kalau tak sempat, tahun depan pun ada lagi sebab Floria ni dah jadi acara tahunan.

Ini kali pertama buat saya, dan saya kongsikan gambar berikut untuk tatapan korang yang tak berkesempatan. 

1. Sampai dah 9.30 malam. Ingatkan tak ramai orang sebab hari bekerja, rupanya tetap meriah sampai susah jugak nak cari parking yang dekat.


2. Ngam-ngam sampai kat tepi tasik, acara baru nak bermula. Sempatlah...
Ni satu-satunya penyertaan dari luar negara...dari Suzhou, China. Cantik!


3. Perbadanan Putrajaya


4. Pahang


5. Terengganu...kalau tak silap.


6. Tourism Malaysia


7. Habis je perarakan bot tadi, kami segera beredar sebab esok suami nak bekerja.
Tetiba ada percikan bunga api pulak...stop jap. Bunyi memang kuat dan percikan bunga api pelbagai warna yang memang memukau pandangan.


8. Satu-satunya gambar percikan bunga api yang agak menjadik.


9. Yang lain...berterabur macam ni.


10. Ermm...asapnya macam menambah jerebu yang ada je..

Untuk perarakan bot tadi, tak semua negeri hantar penyertaan. Yang saya letak sini pun bukan semua. Pilih gambar yang boleh nampak je. Memang susah nak dapat gambar elok bila waktu malam ni. Bagi yang nak pemandangan dari sudut lain, boleh tengok acara ni dari atas Jambatan Seri Wawasan.

*entri FLORIA 2013 (siang), boleh tengok kat SINI.


p/s: Alhamdulillah...hari ni langit biru lebih cerah dari semalam. Tiada lagi jerebu menyelubungi.

19 comments:

  1. Bestnya Ujie. Kakak tak pernah berkunjung ke pesta bunga di sana. Masa Air Hitam dulu ada buat adalah kakak pergi.

    ReplyDelete
  2. Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

    ReplyDelete
  4. saya jauh sangat nak pi sana, dah berkurun tak turun KL.. nice picca :)

    ReplyDelete
  5. Nice try! Buat long exposure sikit utk gambar fireworks tu..:)

    ada 3 port yg saya tahu geng2 photographer selalu lepak nak shoot fireworks Floria:

    1- Dari atas Jambatan Seri Wawasan
    2- Dari Masjid Besi
    3- Dari Masjid Putra

    No 1 & 2 saya dah try...

    ReplyDelete
  6. DADDY Z:
    Ni kamera hp samsung je..
    esok2 kalau dah beli kamera ala2 bagus nak try la shoot dari tmpt yg doc list tu. :)

    ReplyDelete
  7. waa..best nyer...

    yang bot dari tganu tu kawan ita salah sorang tenaga keje...tapi tu lah rugi sebab tak dapat tengok....

    ReplyDelete
  8. cantik2.. lagi cantik kalau ai dapat join sekali kat sana.. ;)

    ReplyDelete
  9. untung dekat kak... malam pun boleh pegi. cantik2 semuanya...

    ReplyDelete
  10. ahaaaaaaaa dpt juga tgk yg pahang
    x cantik nyeee ehekkk ;)

    aduhaii bestnya kalau saya dpt ke sana .. bawa anak2 pasti mereka teruja huhuh

    ReplyDelete
  11. bestnya kalau dpt pg ni kak ujie..tiap2 tahun ada kan? sy tak pernah pergi lagi..sy suka bnda2 mcm ni..berseni sungguh

    ReplyDelete
  12. meriahnya malam... saya sempat pg semalam ptg hihihihi.. nnt up entry kalau sempat...

    ReplyDelete
  13. yg suk putrajaya mmg ntung...tgk bunga api kat tingkap umah je :-)

    ReplyDelete
  14. Subhanallah..cntik betul :)

    ReplyDelete
  15. ooo..ni la magic of the night tu...ada bace gak pasal ni...

    ReplyDelete
  16. tahun lepas pergi tgk bunga api dgn kawan2..tahun ni tak sempat sbb masing2 bz..termasuk empunya diri..haha

    ReplyDelete
  17. bestnya..suka sangat tengok bunga api..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****