Monday, 24 June 2013

Sekitar FLORIA 2013

[Amaran: Banyak gambar...]

Sabtu pagi lalu saya dan suami sempat pergi ke Floria 2013, Putrajaya. Cuaca kat kawasan rumah saya okey je hari tu, tak berapa jerebu. Tak sangka pulak bila tiba Putrajaya, sana berjerebu agak teruk. Lengkap dengan bau asap. Dah sampai, kita teruskan jugaklah. 

Saya letak gambar untuk perkongsian bagi yang tak berkesempatan ke Floria kali ni. Banyak yang mencuri perhatian sebenarnya, ni sebahagian je...

1. Pemandangan dari pintu masuk.


2. Replika rama-rama daripada barangan terbuang..botol plastik..


3. Perahu naga dipenuhi bunga. 
Kalau tak silap ni sebahagian deko milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang.


4. Suasana jerebu di Putrajaya. 
Bila tengok bunga cantik-cantik, terus lupa jerebu.


5. Orkid ni diletak terbalik. Idea yang menarik..


6. Cerah mata tengok bunga warna-warni.


7. Penggemar fotografi- ramai yang usung kamera besar kat sini.
Kami buat tak malu je, sibuk jugak nak ambik gambar dengan kamera kecik.


8. Antara spesis bunga yang tak pernah saya jumpa.


9. Dari jauh macam orang betul tau.


10. Lapar? Boleh makan kat food court ni. Banyak pilihan makanan dan tempat luas.
Saya beli kue teaw kerang tu...mahal tau RM5. Nasib sedap.

TIPS: 
- bawa air masak, haus tekak nak merayau tempat yang agak luas ni. 
- untuk ruang parking yang tak ramai orang, pilih kawasan yang dekat dengan menara macam pensil tu. Tapi kita akan masuk dari hujung tapak pesta ya. 
- datang awal supaya tak sesak dan mudahlah korang nak ambil gambar.
- disebabkan Putrajaya jerebu, seeloknya pakai mask.

Pada pendapat saya, FLORIA kali ni lebih best dari yang saya pergi dua tahun lepas (walaupun saya tak habis jelajah semua). Dekorasi pihak-pihak yang mengambil bahagian lebih kreatif. Contohnya: ada aliran sungai mini, ada yang sertakan audio bunyi gajah dan ada yang buat gua. Menarik bagi yang gemarkan alam semulajadi. Bagi yang nak pergi, pesta ni berakhir pada 30 Jun 2013. Malam pun bukak, tapi susahlah nak ambik gambar kan..

21 comments:

  1. tq dapat tumpang tengok gambar, angah tak berkesempatan pergi...

    ReplyDelete
  2. best ..walaupun hanya tengok gambo...

    agak2 nyer lah kalau bunga yang no 8 tu kita sangkut atas bahu boleh ke?...ala2 macam baju bulu...
    kihkihkih

    ReplyDelete
  3. tak tahulah dapat pg x?? jerebu ni nak keluar pikir bnyk kali kak.. anak pun x sihat...

    ReplyDelete
  4. oo time mcm ni pun dorang buat jgk ye..maybe sbb dah plan dari awal payah plak nak cancel kan..

    cantik2 orkid tu.tumpang tengok kat sini je la.nak pegi mmg tak dapek la

    ReplyDelete
  5. ANGAH:
    Takpe, every year ada.

    EITA:
    Akak dok membayangkan eita bergaya dgn bunga bulu tu..:D

    MASYA:
    Tgh jerebu ni, tak sesuai bwk budak ke luar. Sian amir nanti.

    ZIE:
    Tulah..terfikir gak. Kesian sume yg terlibat kat sana. Bernafas dlm jerebu lebih seminggu.

    ReplyDelete
  6. Saya nak pergi..nak menembak gambar macam tahun2 lepas...Tapi rasa rasanya utk Floria kali ni, saya tak mau ambil risk..jerebu teruk...

    ReplyDelete
  7. bestnye..
    cantik2 bunga2an kat situ.
    igtkan org betul kat celah2 bunga tu. hehe..

    gambar2 yg diambil pun cantik2..
    tq share :)

    ReplyDelete
  8. Ujie... kakak suka bunga orkid tu. Kalau dekat nak kakak pergi beli. Ujie tak beli ke?

    ReplyDelete
  9. Akak pun penggemar bunga... tq kongsi gambar... cantik2 gambar tu ujie :)

    ReplyDelete
  10. Assalam ujie..Acik pun rasanya tak berkesempatan nak pergi.bila tengok gambar2 ni nampak cantik sangat

    ReplyDelete
  11. Bestnye...Cantik2 semuanye...lily ingat pun tu orang betul...kreatifnya...

    ReplyDelete
  12. Assalam. .Masyallah. ..cantik2 nya kann..suka sgt..

    ReplyDelete
  13. nangis laju2.. tahun ni tak dapat nak join.. huwarkhhhh T.T

    ReplyDelete
  14. DADDY Z:
    Tunggu dan lihat...kot weekend ni dah tak berapa jerebu.

    IRA:
    Beria org tu tanam pokok kan..:D

    KAK ZAKIE:
    Hehe..ada beli sepokok orkid. Amik yg murah je, tak pernah bela takut mati..

    NUR HAYATI:
    Thanks...bunga buat kita rasa happy kan.

    ACIK:
    Saja share utk yg tak sempat mcm akak..

    LILY:
    Best..tapi jerebu mengganggu sikit la.

    AZIAN:
    Tulah..geram rasa nak snap sume bunga.

    HANAMIKO:
    Nangis byk2 ya...bagi ilang jerebu. :D

    ReplyDelete
  15. salam sis.2 thn lps memang pergi,yelah tgk foto2 kat sini macam tahun ni lagi best jer.anak2 tak mau keluar rumah sebab jerebu huhu..

    ReplyDelete
  16. Okay la jugak masih nampak awan wp jerebu. *gmbr pertama tu*

    . Syoknya tgk bunga. bunga yang bulu2 tu orkid jugak ke? Saya ni ntah bila la nak pegi event2 mcm ni. Selalu je plan nak gi tapi sampai ke sudah tak gi. Hot Air Balloons pun termasuk dlm senarai event yang teringin nak pegi.

    ReplyDelete
  17. Salam kenal tuan rumah..

    Cantik sguh bunga2 tu..stkt ni masih belom berkesempatan pergi tgk flora tu..best nmpk,warna warni je tgk bunga2..

    Jalan2,singgah sini & follow..
    X keberatan jomlah singgah rumah kita yea..tqvm

    ReplyDelete
  18. ALEA:
    Pegi thn dpn je...insya allah tak jerebu. :)

    LYD:
    Hot air baloon...tiap thn kunun nak pegi. Tapi masih blm berpeluang, asik ada hal je time tu.

    WANIE:
    Salam kenal...

    DIANA:
    Saya pulak terbayang mcm ulat bulu yg giant! :D

    ReplyDelete
  19. Wowww!! meriah, penuh dengan warna warni ;)

    ReplyDelete
  20. Bestnya..huhu
    alangkah bagusnya kalau dapat pegi..
    cantik bunga orkid tu

    ReplyDelete
  21. WOW.. MENARIK.. SANGAT MENARIK.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****