Lama dah tak update blog ni, yang terakhir Isnin minggu lepas. Saya diduga dengan demam berpanjangan. Paling lama rasanya dalam sejarah hidup saya, demam dekat seminggu. Hilang berat badan sebanyak 4kg. Alhamdulillah, kelmarin demam dah baik, tinggal penyakit serangkai dengan demam yang masih bersisa - sakit kepala, batuk dan selsema.
Malam tadi lepas Maghrib, ajak suami jalan-jalan melihat kehidupan malam di Putrajaya. Kononnya boleh lupakan sakit kepala saya ni. Memang cantik Putrajaya sebab kaya dengan limpahan lampu berwarna-warni. Tapi tempat yang saya rasa betul-betul cantik, kat Jambatan Seri Wawasan ni. Rekabentuk memang dah siap cantik. Lagi menarik bila warnanya bertukar-tukar, ikut warna lampu yang dipancarkan.
Banyak kenderaan berhenti kat jambatan ni. Ada yang duduk saja, ada yang sibuk ambil gambar. |
Warnanya sentiasa bertukar dan memang cantik. Tapi dalam gambar saya ni tak berapa cantik, faktor kemampuan kamera. |
Pemandangan dari atas jambatan ni memang cantik. Yelah, bangunan kat Putrajaya ni banyak dan semua berlampu. Cuma tak mampu kamera saya nak merakamnya. Angin pun sepoi-sepoi bahasa, memang rileks je lepak kat sini. Rasa muda sekejap...
Jambatan ni dah macam produk pelancongan pulak, sebab meriah dengan gelagat orang ramai. Tapi perlu diingat, sebenarnya ada papan notis larangan parking atas jambatan ni atas faktor keselamatan.
p/s: Terima kasih kepada blogger Eita, membuat kejutan disaat terjaga dari tidur dengan SMS ucapan dan doa buat saya. Hari ini usia saya di dunia kian berkurang...
waktu petang, kadang tu ada orang shoot gambar. kat bawah jambatan (ada landskap) pernah tengok orang shoot filem tamil...
ReplyDeleteSelamat hari jadi ujie. Demam ke. Patut le senyap je. Saya pun sedang dibersihkan daripada dosa2 kecil ni. Batul dan selsema. Demam on and off. Tak makan ubat gitu le gaya.
ReplyDeleteJambatan ni selalu cite yusuf haslam shooting kat situ. Heheh..
selamat bertambah usia kak ujie..
ReplyDeletesemoga dgn pertambahan usia, bertambah juga tahap ketaqwaan, semakin matang, serta cemerlang di dunia dan akhirat.. :)
tak pernah stop dekat jambatan tu lg..
Happy belated bday! Hehehehe...
ReplyDeleteSy dah lama tak jejak kaki kat Putrajaya. Huhuhuhu....
namun tetap cantik dari lensa ujie..
ReplyDeletemoga sembuh sepenuhnya di hari yang bermakna ini sahabat...selamat hari lahir ^_^ :)
memang comel ambik gambo kt atas jambatan ni...masa g dulu ada adaptasi jmbatan ni dlm kamera...
ReplyDeletetp wana jmbtan akak lg cmel dri yg ita ambik...tkde plok bertukar wana dulu...
semlm buat ot lebih...sampai kul 2 tu yg tbe2 teringat kt akak...
selamat hr lahir kak...
SM:
ReplyDeleteMmg tmpt yg sesuai utk shooting...
LYD:
Thanks.
Itulah...semoga sakit ni jd penghapus dosa saya yg byk tu. moga lyd cpt sembuh ya.
CK:
Thanks doakan akak.
Sesekali try stop malam hari, bwk kamera canggih tu sekali.
FARA:
Blm belated lagi..:) anyway, thanks ya.
TIHARA:
Thanks...ni sakit org nak tambah umur.
EITA:
ReplyDeleteAkak pun tak taula sejak bila bertuko warna, ni baru 1st time dtg malam.
Kencang bisnes eita ya...smpai ot. Thanks lagi..terharu tau. :)
Oooo.... kiranya malam tadi jenjalan sempena ulangtahun jugalah ye. Happy birthday Ujie. Moga terus dilimpahi kebahagiaan..
ReplyDeleteSanah helwah ujie..
ReplyDeleteCantik sungguh pencahayaan lampu tu..
hari ni hari lahir ujie ker?? kiranya.. ni demam beralih tahun ke apa ni hihihihihi...
ReplyDeletesaya selalu nak berhenti atas jambatan tu kak tapi bila baca notis tak boleh parking...terus lupakan hasrat nak berhenti tu
ReplyDeleteSelamat Hari Lahir ujie..
ReplyDeletecantik gambar2 yang ujie sertakan
selamat hari lahir kak ujie...
ReplyDeletebestnya jalan2 kat situ waktu malam. untunglah dok dekat kan. kami sblm ni jalan2 juga situ tapi waktu siang je.
happy belated birthday ujie..
ReplyDeletetak pernah jalan2 kat putrajaya.. pergi sebab ada urusan.. tak tengok pemandangan terus balik..haha..
alhamdulillah kak ujie dah sihat..
ReplyDeletecantik pemandangan kat situ malam-malam.. :)
Alhamdulillah dah semakin baik.. ;)
ReplyDeleteSelamat hari lahir.. moga sentiasa dalam keadaan sihat dalam menjalani kehidupan seharian.. ;)
happy belated birthday yg ke..?
ReplyDeletejambatan ni memang cantik cuma cikda x berani nak berhenti..
moga cepat sembuh ya..
cantik pemandangan sini.
ReplyDeleteda lama x lalu jambatan ni. :)
selamat hari lahir.. smga cepat sembuh :)
eppy belated bday kak .
ReplyDeletecantikk permandangan bila mlm kan .. ;)