Monday, 10 June 2013

Gua Tempurung, Perak

[entri tertangguh...]

Destinasi terakhir saya dan keluarga...GUA TEMPURUNG. Lokasinya di Gopeng, Perak. Saya dan suami dah pernah ke sini beberapa tahun lalu, dan kali ni nak bawak ahli keluarga yang lain pulak. CARA KE SANA? Jika dari lebuhraya PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng. Kemudian belok ke kiri, teruskan memandu kira-kira 2km sehingga jumpa laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri jalan. Lepas tu teruskan pemanduan sampailah jumpa Gua Tempurung. Jangan risau, tak jauh pun dari susur keluar tadi.



BAYARAN? Ada 4 jenis lawatan, baca kat gambar atas ni. Harga, jangkamasa dan waktu terakhir lawatan juga berbeza. Kami sekeluarga pilih No. 1 je atas faktor ni pengalaman pertama caving untuk ahli keluarga lain. Lagi pulak masa tak cukup, masa untuk lawatan terakhir adalah jam 4.30 petang dan kami tiba dah pukul 4 lebih pun. Nasib sempat masuk lagi...rezeki. Peringatan: kanak-kanak bawah 6 tahun tak dibenarkan masuk atas faktor keselamatan. 

Bagi yang nak lebih mencabar, sila pilih No. 3 & 4. Tapi kenalah plan awal sebab lawatan mengambil masa yang lebih lama. Juga perlu bawak persalinan baju sebab memang akan basah (ada sungai dalam gua ni). Untuk lebih info dan pertanyaan, korang boleh KLIK SINI.


Ni baru masuk pintu gua. Memulakan lawatan.
Ada laluan disediakan. Kat bawah tu aliran sungai ya.
Ada jurupandu yang akan bawa kita dan beri penerangan. Antaranya dia akan cerita pasal bentuk stalaktit/stalakmit, juga sedikit tentang komunis yang mendiami gua ni. 

Ni laluan awal - Golden Flowstone.
Semakin mendaki...kena hati-hati sebab curam dan tak semua tempat ada lampu.
Lubang dari bahagian atas gua yang memberi cahaya semulajadi ke dalam gua.

Zaman dulu, ada aktiviti perlombongan bijih timah. Dan inilah kesan tinggalannya.

Nampak anak tangga tu? Jauh jugak nak mendaki dan curam. Bila dah kat atas tu tak berapa berani pandang bawah, gayat!

Jurupandu ada tunjukkan dinding gua yang mengandungi bijih timah. Warnanya sedikit berkilauan. Bila saya sentuh/gosok, macam sentuh batu biasa je. Untuk jenis lawatan NO. 1 ni, kita akan berhenti kat satu check point dan berpatah balik. Masa yang diambil adalah lebih kurang 45 minit. Kalau No.4 (Grand Tour) akan pergi jauh lagi dan baliknya melalui sungai kat bawah. Insya Allah nak cuba satu hari nanti. Sekarang ni takde geng, berdua je tak syok pulak. Info: Kalau datang masa musim hujan, Insya Allah dapat tengok mini air terjun kat dalam gua ni. Cantik pastinya!

29 comments:

  1. liya ni walaupun org perak sampai skrng tk pernah lagi masuk gua tempurung nie hehe... bila agaknya nak masuk sini yerk.. hehe

    ReplyDelete
  2. LIYA:
    Sementara muda amiklah peluang..pemandangan yg berbeza.

    Tapi kalau foreigner tu, dah nenek2 pun masuk jugak.

    ReplyDelete
  3. acik pun jenis tak berani dah jelajah alam gua macam ni..dapat tengok gambar pun dah syukur

    ReplyDelete
  4. acik pun jenis tak berani dah jelajah alam gua macam ni..dapat tengok gambar pun dah syukur

    ReplyDelete
  5. Menarik ni. Tapi aimy masih kecil lg, kene tggu dia da besar sket. Seronok jgk msk tempat2 adventure mcm ni. :)

    ReplyDelete
  6. kakcik pun macam Liya. Nama je orang Perak dan selalu lalu kat GT tu, tapi tak pernah cuba meneroka. :)

    ReplyDelete
  7. dok ulang alik balik kampung tp tak pernah sampai jugak lg..huhu

    ReplyDelete
  8. Huii!!.. kira adventurous jugalah Ujie. Tempat pun ala-ala macam dalam movie. Kakak tak pernah sampai sana itu yg nampak bestnya...

    ReplyDelete
  9. salam sis ujie.owh tiap kali lalu masa nak balik taiping,selalu terpegun tengok gua tempurung.tunggulah tahun depan bolehlah berani bawa budak2 masuk.bagus boleh belajar sejarah dan tambahkan ilmu diorang..nice sharing...

    ReplyDelete
  10. wow..!! menarikss.. cikda ni penakut gelap sikit..hehhehe.. tapi cantik rupanya dalam gua tu ye?

    ReplyDelete
  11. Amboi....tingginya. Sy ni lak jenis gayat. Tp seronok gak join aktiviti mcm ni. Teringat kecik2 dulu pnh gak jln2 dlm gua kelam.

    ReplyDelete
  12. Dulu masa setiap minggu berulang alik dari tempat kerja di KL ke rumah di Alor Setar mata selalu terpandang Gua Tempurung. Tapi hati tak pernah terdetik utk ke sana. Tak tau pula ada keindahan dan pengalaman menarik tersembunyi di dalamnya....

    ReplyDelete
  13. Selalu berangan nak ke sini, tapi tak sampai2...

    ReplyDelete
  14. Dah lama saya teringin nak masuk dlm gua ni....dlm tempoh 2-3 tahun ni kalau nak masuk, mmg kena tinggalkan anak anak kecik saya la nampaknya

    ReplyDelete
  15. sy x pernah sampai gua tempurung ni.. selalu baca org review jer...

    ReplyDelete
  16. DADDY Z:
    Aritu ada gak chinese ni bwk anak kecik, dia dukunglah. Anak dia pun ok je tak meragam walau gelap & panas dlm gua tu.Kira pihak pengurusan boleh toleransi, tapi risiko sendiri tanggunglah.

    ReplyDelete
  17. saya pernah dgr , tapi x pernah masuk .. dulu x der koot ahaha atau saya x pernah pergi ..

    banyak tinggalan sejarah dlm gua nie .. menarik ;)

    ReplyDelete
  18. tingat kecik2 dulu kalau blk kampung mak mesti nampak gua tempurung ni..dulu pernah sekali ada tanah runtuh kat situ..

    ReplyDelete
  19. 45 minit masuk gua tu kira dah cukup lama dah tu. Saya masuk gua 10 minit pun dah rasa lemas. Mmg spesis lembik saya ni. Kekeke.

    ReplyDelete
  20. LYD:
    Lyd bkn lembik...cuma tak minat je tu..
    tapi tak terasa pun 45 minit sbb kita sibuk perhati sekeliling dan dengar penerangan guider.

    ReplyDelete
  21. angah pernah pergi sekali tahun 1994 dulu. la ni dah ada laluan ye, masa angah pergi dulu, merangkak meniarap, menyusup baru boleh sampai sebelah sana

    ReplyDelete
  22. wow...beznye!
    yumida x pnh lg melawat ke gua
    aah pic yg satu tu..tinggi nyer
    yumida pun gayat gak klo tengok kat bwh..

    ReplyDelete
  23. mesti best kan..

    tak pernah masuk dalam gua..

    dalam keluarga ita sorang je yang suka aktiviti masuk hutan..masuk gua..
    langsung takde member...

    diorang lebih suka pergi shopping...

    ReplyDelete
  24. wah... nampak macam best gak masuk sini... belum pernah sampai lagi sini

    ReplyDelete
  25. saya dah pergi gua tempurungg ni, tapi ikut rombongan sekolah.. masa tu form 5,, tak tau pulak cikgu pilih yang mana satu.. yang pasti lepas keluar dari gua tu basah lencun,, yang paling best bila ada cerun yang kita kena gelongsor.. best!! :))

    rasa nak pergi lagi je,, memandangkan study pun dekat perak :D

    ReplyDelete
  26. sangat menarik...banyak tempat kat perak saya xpernah sampai walaupun orang perak....

    ReplyDelete
  27. hmmm
    there were times when I was fascinated, amazed when visiting a blog or website
    because that will add insight and knowledge I course. thanks for nice post

    ReplyDelete
  28. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  29. frust betul semalam pergi Gua Tempurung under renovation pulok sampai bulan April 2016 nasib dapat masuk Gua Kandu. merasalah merangkak jalan itik dan berpaut pada tali.. best sangat pengalaman ni.. laluan yang sungguh mencabar..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****