Sunday, 2 June 2013

Telur Ni Dah Basuh Ke Belum?


Pernah tak korang tanya, telur ayam yang peniaga guna tu dah basuh ke belum?
Korang nak order nasi goreng pattaya ke, roti canai telur ke..ada tanya tak?
Saya? Tak pernah dan tak berani tanya. Belum ada kekuatan.
Cuma bila nak order roti canai telur tu, perhatikan telurnya dalam bekas apa.
Kalau masih dalam tray kertas tu, rasanya memang tak basuh. Cancel.
Kenapa kena basuh? Sebab bimbang ada najis ayam kat kulit telur tu.
Kalau termakan...haram sebab najis dan pastinya ada kemudaratan.

Tapi...haritu masa makan sarapan dengan mak saya di Taiping,
Berani je mak saya tanya terus dengan pembuat roti canai tu.
Sebabnya mak saya teringin nak makan roti canai telur, tapi was-was.
Alhamdulillah...orang tu jawab, 'Dah basuh, kalau tak syubhah'.
Tersenyum saya...lega. Kalau jawapannya lain, abislah!

--------------------------------------------------------------------------

Jemput ke blogshop saya...sila klik banner ya. :)



15 comments:

  1. saya pun x pernah tanya...
    kalau kat rumah saya basuh dulu.....

    ReplyDelete
  2. assalam ujie..acik pun tak berni nak tanya..tapi kalau tengok dok dalam tapi tu..dan nampak kulitnya dah bersih macam yakin sikit la

    ReplyDelete
  3. Sekarang makin ramai peniaga yg sedar akan pentingnya telur ayam yg digunakan dibasuh dulu...

    ReplyDelete
  4. Kesedaran tu pada peniaga tempatan mungkin sudah ada. Yang risau kalau kat restoran mamak tu sbb pekerjanya pun diimport...

    ReplyDelete
  5. saya pun tak pernah tanya, harap2 basuh lah..bagus mak ujie tanya dulu dan org tu pn bg jawapan yang baik..buatnye dia buat muka,aduss laa

    ReplyDelete
  6. Tu la saya pon tak berani tanya. Tapi sepatutnya peniaga ada tanggungjawab jaga kebersihan. Mencuci telur sebelum guna ni memang takde pendedahan langsung..

    ReplyDelete
  7. baguslah kalau peniaga tu dah basuh telur tu. tentu senang hati bila nak datang makan lagi kan

    ReplyDelete
  8. pernah tengok mamak buat roti canai telur. dia da pecahkan telurnya, dia tonyoh pulak kulit telur kat roti tu nak ratakan telur atas roti.. sejak tu kami mmg tak makan roti canai telur. was was.. hihi..

    ReplyDelete
  9. Assalam, sy xpnh pn tya..in.shaa.Allah lepas ni sy akan tya :) trima ksih atas perkongsian ni.

    ReplyDelete
  10. kak ujie, ni salah 1 sbb family saya, terutamanye mak saya tak suke mkn kt luar..sbb risau bnde2 mcm ni la..huhu

    ReplyDelete
  11. bolleh caya ke bila tag macam ni?sbb ada la penjual murtabak ni, letak tag telur dibasuh tapi telur still dalam tray tu..tak kan dah basuh dia letak balik dalam tray tu?entah la..

    ReplyDelete
  12. izan pun mcm akak, takde kekuatan nak tanya. tapi kalau kami mkn roti canai kat sri gading tu mmg telurnya dok dlm besen. dia pun bagitau semua telurnya dah dibasuh bersih.

    ReplyDelete
  13. saya kan fobia nak order roti telur sbb inilah ..

    sayakan fobia nak makan mee goreng mamak.. sbb inilah ...

    sy takda keberanian nak tanya...

    sudahnya saya takkan order menu mcm ni kat kedia..

    tp amir suka sgt makan sizling dgn telur.. kdg tu terpaksalah jugak tanya org jual u.. kalau basuh oklah.. kalau tak basuh mcm berat hati jer..

    ReplyDelete
  14. biasanya jumpa kat kedai2 mamak singboard begini

    ReplyDelete
  15. sama....xberani tanya...tapi mmg kotor la kalau betul xbasuh...

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****