Thursday 2 May 2013

Menjejak Laluan Bukit Putus Lama

Cuti Hari Pekerja semalam, saya dan suami menuju ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pergi ikut laluan baru Bukit Putus (lebuhraya) yang biasa dilalui orang ramai. Dan baliknya suami tanya "Nak try ikut jalan lama tak?". Saya cepat je setuju, memang dah lama teringin nak lalu tapi macam tak berani dan menyusahkan suami yang memandu pulak. Lebuhraya lurus ada, susah-susah nak lalu jalan bengkang bengkok dan turun naik tu.

Tujuan kami cuma nak merasai kembali jalan yang biasa kami lalu suatu ketika dahulu. Masa tu kami tinggal di Kuala Pilah. Kira menjejak kenanganlah ni. Untuk info: laluan baru telah dibuka pada 19 Oktober 2009. Dan sejak itu laluan lama ini bukan lagi pilihan bagi para pemandu.

Gambar-gambar berikut saya ambil dari dalam kereta je, tak berani berhenti dan memang takde ruang sesuai untuk berhenti pun. Jadinya ada bayang-bayang sikit kat gambar. Kereta kami bergerak perlahan dan tingkap di buka untuk menikmati 'aroma' dan nyanyian hutan. Itu yang paling saya suka dan rindu!


1- Melepasi signboard 'Bukit Putus' je, kami disambut dengan pokok tumbang ni.
Tiada kenderaan lain yang kelihatan. Masa ni kira-kira jam 3.30 ptg. Langit suram.


2- Kelihatan beberapa buah motor kat kawasan 'Hutan Simpan Kekal'.
Cari apalah agaknya...kalau ikutkan tak boleh masuk tanpa izin.


3- Antara selekoh tajam dan berbahaya di laluan ni. Dikatakan ada lebih 30 selekoh!
Sebelum tu ada nampak sekumpulan lelaki berjalan kaki, nampak macam orang Orang Asli.


4- Banyak dedaun kering yang hampir menutupi laluan. 
Nampaknya dah lama tak diselenggara jalan ni.


5- Dari sini dah boleh nampak lebuhraya, laluan Bukit Putus yang baru.


6- Selepas lebih 10 minit, kami sampai ke penghujung jalan. 
Masuk laluan baru. Masa ni baru jumpa kereta lain kat depan.

Selain sunyi tanpa pengguna jalan raya, laluan lama ni juga sunyi tanpa kehadiran kumpulan monyet. Dulu, setiap kali lalu jalan ni mesti ada kumpulan monyet kat tepi-tepi jalan dan yang sibuk bergayut kat pokok. Mungkin mereka dah 'lari' masa pembinaan laluan baru dijalankan. 

Bukit Putus juga sering dikaitkan dengan perkara mistik, tapi sepanjang saya guna jalan ni dulu belum pernah alami apa-apa. Cuma memang rasa takut kalau lalu lewat malam, sebab bentuk muka buminya yang berbahaya untuk pemanduan dan tanpa lampu jalan. Apapun, jalan Bukit Putus lama ini telah berkhidmat selama lebih 40 tahun!


23 comments:

  1. jalan ni memang famous. sebut je, hampir semua orang tau. aku pun pernah layan lap kat sini. tapi bila baca berita pasal kemalangan kat sini, rasa menyesal pulak...

    ReplyDelete
  2. Sambil lalu sambil mengimbau kenangan lama ye Ujie. Tapi jalannya nampak cantik taklah lubang sana-sini..

    ReplyDelete
  3. penunggang motor tu berhenti untuk membuang kot..ejekkeke..tapi tak kan semua kot..entah2 ada pondok judi...
    muahah,a.

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..acik pun dah tak pernah lalu jalan lama tu sejak dah ada yang baru

    ReplyDelete
  5. Saya ke situ sekali je pergi tunang Kawan satu kolej, masa majlis perkahwiannya tak dpt dtg, Memang menakutkan saya waktu itu, hanya berzikir je dlm hati....

    ReplyDelete
  6. 1st time saya lalu laluan lama ni dulu( gi rumah sedara wife)...sampai rumah saudara tu, saya muntah!

    ReplyDelete
  7. SM:
    Sib baik tak jd sebahagian dari statistik...

    KAKZAKIE:
    Kalau ikutkn dulu, jln ni mmg sentiasa dibaiki dan dibersihkn sbb ni mmg jln yg sibuk (k.pilah-seremban). Dgn lori/treler yg byk mmg bahaya kalau tak buat maintenance.

    DIANA:
    Tulah...mcm2 aktiviti boleh jd kat tmpt tersorok gini..

    ACIK:
    wassalam, saya ni pun mybe yg last. Takut sbb sunyi.

    CH:
    Kalau 1st time lalu mmg takut, jln sempit. Sblh bukit sblh jurang.

    DADDY Z:
    Sampai muntah...betul2 jd kenangan tu.

    ReplyDelete
  8. 1st time saya lalu laluan lama ni dulu( gi rumah sedara wife)...sampai rumah saudara tu, saya muntah!

    ReplyDelete
  9. Dulu, kami merasa gak lalu jalan bukit putus ni sbb klu nak blk palong, mmg kene ikut sini pun....

    ReplyDelete
  10. Saya suka memandu di laluan lama sebab tak sempat nak mengantuk, asyik memutar stereng...hehe

    ReplyDelete
  11. Saya selalu dengar nama Bukit Putus.. tapi tak pernah lalu sebab takder saudara mara atau kenalan yang duduk belah sana

    ReplyDelete
  12. salam..dah lama sy xlalu jalan ni, dlu bleh dikatakn sllu guna jalan 2, agk seram jlan dia sbb bnyak slekoh tajam, ble pndang bawh je nmpak gaung..tp syg, cam dah xterjga je..

    ReplyDelete
  13. waaaa....walaupun nampak sunyi....
    tetap rasa nak gi...
    ita paling suka hutan...
    nyaman je kan

    ReplyDelete
  14. Kalau bawa kereta ikut jalan ni pukul 2 atau 3 pagi tentu menyeronokkan...hehhehe..

    ReplyDelete
  15. FARA:
    yup, sememangnya ini laluan yg ada. Tu yg sesak manjang.

    MIE:
    Sesekali ok la layan..

    MP:
    Ada masa boleh try, ikut jln baru lalu jambatan kedua tertinggi di malaysia. :)

    SKA:
    Wassalam...Lagi seram kalau time tu bertembung dgn lori treler..jln lak sempit.

    EITA:
    Minat kita sama...best kalau dpt masuk hutan sesama nih. ^_~

    JR:
    Hehee...seronokla sgt!

    ReplyDelete
  16. dh 2thn ciktom keje kuala pilah tp xpenah lalu jln bkt putus..sbb byk dgr cite mistik..pastu jlnnye bahaya kan..

    ReplyDelete
  17. budak-budak drift suka jalan macam ni. hehe..

    ReplyDelete
  18. den kalau dari pilah ke lekas...mmg ikut bkt putus.....cuma masa ke pilah jerk ikut jalan baru...ahakz

    ReplyDelete
  19. saya dah lama tak ikut jalan lama nih sebab aritu ada kes org kena samun di sana.

    ReplyDelete
  20. kampung kat situ ke ujie

    jalan ni kalau malam2 ramai dah tak
    berani nak lalukan

    ReplyDelete
  21. C.TOM:
    kena try sekali, bukit putus lama tu jd sejarah. tapi kena ada geng lelaki la.

    HAZMIN:
    kalo tak silap mmg ada penganjur penah buat kat situ. mmg sesuai.

    JEBATEJA:
    oh..dah biasala kalo gitu.

    EIELA:
    mmg terdedah kpd bahaya walau siang, sbb tu saya tak berani berhenti langsung.

    ATI:
    takle, saja jalan sana.

    ReplyDelete
  22. bru je beberapa hari lepas saya terfikir nk pergi test drive dekat bukit putus..akak mcm tau2 je..hehe

    ReplyDelete
  23. takde yg lama takde yg baru..hihihi :) tp mmg nmpk lama jln ye tak dilau sape2x....

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****