Sunday, 5 May 2013

Oh, Hari Ini...

Pagi - mengundi di Pontian, Johor.
Tak seperti PRU sebelumnya, kali ni lebih ramai...meriah.


Menjelang tengahari - bergerak ke Batu Pahat pulak.
Ke tempat mengundi suami. Tapi hujan lebat sangat hampir disepanjang jalan.
Siap berhenti di satu R&R sebab nak tunggu hujan reda...nak teruskan bahaya sebab hampir tak nampak jalan/kenderaan lain.


Petang - balik Selangor. Ada kemalangan ngeri kat Ayer Keroh.
Saya kira-kira lebih 10 kenderaan terlibat. Kebanyakkan remuk teruk.
Yang dalam gambar ni kira tak berapa teruk. Memang seram..
Akibatnya jalan jam, dekat sejam jugaklah kereta bergerak merangkak-rangkak.


p/s: cerita mengundi dalam entri esok. Ada yang saya tak puas hati...

7 comments:

  1. t/jawab dah dilaksanakan...skrang ni berdebar tnggu kputusan...

    ReplyDelete
  2. Keputusan dah keluar. Dgn bekalan letrik putuslah, lambat betul entahlah... redhalah atas apa yg telah Allah tuliskan. Andai ada yg tidak betul tunggulah pengadilan di akhirat kelak...

    ReplyDelete
  3. Kuciwa. Itu je yg saya mampu katakan. Ramai yg rela ditipu dalam terang. Apa lagi kalau gelap.

    ReplyDelete
  4. syukur alhamdulillah, selangor masih kekal bwh pr.. :)

    ReplyDelete
  5. Syukur Alhamdulillah dengan ujian sebesar ini Ya Allah..hanya Allah tempat kita mengadu dan meminta petunjuk dan perlindungan dari segala penipuan dan penindasan.

    ReplyDelete
  6. MP:
    mula2 berdebar, pastu jadi geram sbb lambat sgt.

    KAK ZAKIE:
    betul sgt...neraca keadilan ada menanti.

    RAI:
    berdasarkan pemerhatian, ramai yg masih samar. hasil momokan pihak terbabit.

    CK:
    itu yg buat sejuk hati kan..majoriti PAS pulak tu. mmg syukur sgt.

    TIHARA:
    Allah jua sebaik tmpt mengadu, bila hati dah tak tertanggung rasa..sedih tak dpt dielakkan lagi. dan Allah jua sebaik2 pengatur.

    ReplyDelete
  7. dah selesai pun kan....


    sadis sangat kalau tengok kemalangan..seriau je

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****