Lusa 5 Mei 2013, ada lakaran sejarah bakal tercipta lagi. Ada yang tak ambil peduli, 'siapa pun yang memerintah, aku tetap begini'. Ada yang terlalu bersemangat, lagaknya bagai ini perjuangan hidup mati.
Dan saya sendiri, memilih untuk ambil peduli. Keliru? Memang keliru untuk memilih, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) masing-masing punya kelemahan dan kekuatan. Sebagai pengundi yang tidak menganggotai mana-mana parti, saya bebas memilih dan bertukar pilihan pada bila-bila masa saja. Saya mahu memilih berdasarkan situasi semasa, bukan bersandarkan sejarah lalu. Kerana semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan!
Untuk PRU 13 ini, saya memilih blok Pakatan Rakyat (PR). Kenapa saya pilih dia (PR)? Ini sebab-sebabnya;
- Saya suka perjuangan PAS. Perjuangan menegakkan agama, bukan perjuangan kaum. Saya melihat pemimpin utamanya MAMPU memimpin keluarga menurut syariat Islam. Maka saya yakin orang yang mampu memimpin keluarga berkebolehan memimpin masyarakat. Dan PAS berada dalam PR, maka saya sokong PR. Saya yakin PAS telah 'berfikir' semasaknya untuk berada dalam PR.
- Tokoh-tokoh yang saya hormati kerana ketinggian ilmu dan pemikiran mereka, ketika ini menyokong blok PR. Mereka tidak terlibat secara langsung dengan dunia politik, tapi hanya menyokong. Maka saya percaya apa yang mereka sokong itu adalah yang terbaik.
- Prinsip yang saya setuju dan sematkan dalam diri - "Jika tidak arif memilih mana yang benar, tolak sahaja mana yang nyata batil. Jika bertembung dua yang mudarat, pilih sahaja yang kurang mudarat." (Ustaz Pahrol Mohamad Juoi).
Ini adalah pendapat saya sendiri, hanya terpakai pada PRU 13 sahaja. Pendapat dan sokongan saya boleh saja berubah pada PRU seterusnya. Tidak wujud istilah SETIA dalam memilih pucuk pimpinan. Setia hanya pada Allah Maha Esa, setia pada pemimpin yang tidak berkualiti adalah suatu kesilapan.
*untuk membaca perutusan IKRAM, sila klik SINI.
'SELAMAT MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB MENGUNDI!'
p/s: Mohon maaf jika sokongan dan pendapat kita berbeza. Takde masalah dengan perbezaan ini, cuma untuk PRU 13 je.
terima kasih dan tahniah sebab mempunyai pendapat yang kukuh dan berdasarkan suatu yang jelas. pada aku pulak:
ReplyDelete1. mengundi pada 5 mei nanti adalah berdasarkan apa yang aku rasa dan alami sepanjang 5 tahun ni. kecewa dengan keadaan semasa, marah dengan sesuatu polisi yang menekan orang kebanyakan, atau berpuas hati dengan pencapaian semasa. bukan atas apa yang berlaku sepanjang tempoh berkempen.
2. kalau aku pilih dia bukan sebab dia jauh lebih baik berbanding lawannya, tapi sebab lawannya itu jauh lebih buruk berbanding dia pada perkiraan aku.
*ini sekadar pendapat, mungkin betul pada aku tapi salah pada orang lain...
sy muak gila gila mengadap tv skrg. jadi akak tau la kot yg mana sy pilih :p
ReplyDeletebetul ujie..pilihan ditangan kita.
ReplyDeleteSM:
ReplyDeleteTerima kasih kembali.
Saya setuju dgn pendapat SM...terutamanya yg no. 1 tu.
MUN:
Hehe..tau sgt!
Mmg muak, ketidakadilan media yg melampau...
ACIK:
Pilih...asal jangan tak memilih langsung sbb keliru. ^_^
saya dah mengundi..saya pilih UBAH. Walaupun ada kwn2 yg memandang jelik dgn pilihan saya..tp pada saya itu yg terbaik.
ReplyDeleteselamat mengundi, pilihlah yang terbaik untuk agama bangsa dan negara
ReplyDeleteTahniah kerana mempunyai pandangan yang matang & tegas.
ReplyDeleteSecara peribadi, saya sependapat dengan point2 awak.
Cuma di kawasan Parlimen saya, memang saya kena buat pilihan yang saya rasakan, perlu saya buat. Namun di DUN, Insya Allah, lain ceritanya.
Selamat Mengundi :)
Syabas!! Kalau Ujie nak tahu Air Hitam calon Pas dia bangsa Cina. Johor kini ada calon Pas yg berbangsa Cina dan India. Satu yg memberangsangkan...
ReplyDeleteKakak mengundi di sek. keb Penerok.
MASANYA TELAH TIBA!!!
ReplyDelete"INI KALI LAH!" atau "LAIN KALI LAH!", mana satu yang anda pilih???
Buat pilihan cepat di sini.
btw done follow u :)
Buatlah pilihan sendiri dan bebas memilih,slmt mengundi.
ReplyDeletekena fikir sebaik mungkin sebelom sampai hari nyer
ReplyDeleteSaya tak pernah nak isytiharkan saya sokong pihak mana. Tapi jika org lihat gaya penulisan saya dlm blog agaknya org boleh teka...
ReplyDeleteApapun utk selingan, tanpa bermaksud apa2, tadi saya nampak dlm satu blog tulis begini:
"Bila nak Raya tengok BULAN
Bila nak bersalin tunggu BULAN
Bila gaji tunggu hujung BULAN
Oh BULAN...
Jika tak nampak bulan naik ROKET ke bulan
Jika tak nampak juga tukar cermin MATA
Saya suka dengan kata2 itu...
undi rahsia--INI KALILAH...wakaka :)
ReplyDeleteharini lah masa ye untuk mengundi :)
ReplyDeleteakak saya tag akak er..
http://akuayut.blogspot.com/2013/05/1st-ga-by-hijab-valley.html