Thursday, 23 May 2013

Cerita Rojak (Bukan Makanan)

Ini entri kedua untuk minggu ini. Minggu yang tidak produktif untuk blog saya. Sebabnya saya perlu menyelesaikan beberapa hal peribadi, keluarga dan bisnes online. Semuanya datang serentak, emosi pun bercampur-campur dengan reaksi yang diterima dalam proses menguruskan hal-hal terbabit. Lagi ramai orang kita berurusan, lagi banyak karenah yang menguji kesabaran. Saya ni selalu hilang sabar jugak. Ya, saya kena lebih berusaha tingkatkan tahap kesabaran!

Sabtu (lusa) nanti ada majlis kahwin adik saya, sebelah pihak lelaki pulak. Lokasinya di Perak, yang bersempadan dengan P.Pinang/Kedah. Memang jauh untuk kami yang bertolak dari Johor. Kalau ikut Google Maps tu perjalanan kira-kira 8 jam (rasanya lebih lagi). Dan sebenarnya ahli keluarga saya tak biasa jalan jauh, masing-masing kahwin pun dengan orang Johor jugak (seorang Melaka). Yang bongsu nilah yang paling jauh, dapat orang Perak. 

Dah alang-alang jalan jauh, eloklah berjalan-jalan sekitar Perak. Sibuklah saya buat carian kat internet....tempat menarik, bayaran, lokasi, penginapan. Rombongan ramai, banyak benda kena fikir. Antara yang masuk senarai...Kellie's Castle, Kuala Woh, Zoo Taiping. Tapi ada satu kerisauan, virus KENCING TIKUS! Tempat-tempat macam sungai dan zoo memang terdedah dengan virus ni (berdasarkan pembacaan). Tapi tempat ginilah sesuai untuk aktiviti keluarga. Serba salah...

Gambar dari entri terdahulu - Kuala Woh.

Malam ni lepas suami balik kerja, kami bertolak ke Johor. Nak ambil beberapa ahli keluarga lain. Esok lepas Subuh dah mula perjalanan ke destinasi. Semoga kami semua selamat dalam perjalanan dan dipermudahkan oleh-Nya. Begitu juga dengan korang yang nak ke mana-mana, moga selamat dan jangan lupa baca Ayat Kursi untuk memulakan perjalanan. Jangan baca laju-laju tau, nanti 'jampinya' tak menjadik! :)

16 comments:

  1. assalam ujie..semoga selamat perjalanan ujie dan keluarga

    ReplyDelete
  2. semoga perjalanan ujie dipermudah ... selamat pg.. selamat blk rumah.. hati²..

    ReplyDelete
  3. Kenapa tak tunggu aje kat rumah Ujie baru bertolak. Penat jugalah Ujie/suami sebab kena turun selatan naik balik ke utara. Jalan agak jem juga tau sebab dah bermula cuti sekolah ni..

    Moga semuanya selamat...

    ReplyDelete
  4. ACIK & MASYA:
    Wa salam, terima kasih.

    KAK ZAKIE:
    Ikut plan asal gitulah, tapi tak cukup kenderaan pulak...kenalah balik johor dulu.

    ReplyDelete
  5. saya ada terbaca jika kita mengamalkan membaca ayat kursi 17 kali sepanjang perjalanan kita insya Allah,perjalanan kita selamat....perkara yang baik eloklah kita ikut kan...

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti!!!

    Ke utara tu, jalan jalan sekitar Taiping pun menarik....Zoo Taiping, Taman Tasik taiping, mee udang kuala sepetang...;)

    By the way, risiko utk dpt jangkitan kencing tikus kalau pergi zoo amat rendah, kalau nak compare dgn pergi waterfall.

    ReplyDelete
  7. cahayacinta.com
    klu saya mmg tka berani tanggung risiko mmg le ajal maut tu tgn Tuhan tpi kita blg cuba elakkan.. apa kata pergi zoo taiping ok gak hee..atau bukit merah water park :)

    ReplyDelete
  8. semoga selamat sampai ke destinasi..
    selamat bercuti :)

    ReplyDelete
  9. ujie,
    saya pun nak ke arah utara. tapi bertolak malam ni..adik ipar nak bernikah esok pagi..

    semoga perjalanan kita selamat ya.. hati2 memandu..

    ReplyDelete
  10. kg mak saya kat perak, kg gunung semanggol ..
    makanan kat perak best2..
    moga selamat dlm perjalanan ujie sekeluarga, insha Allah..

    ReplyDelete
  11. semoga selamat perjalanan pergi n balik....

    ReplyDelete
  12. assalam,
    InsyaAllah..dan semoga perjalanan ujie selamat...

    Klau tak gi zoo(ada night safari jgk)singgahlah Lake Garden Taiping dan jamu selera kat medan selera belakang bomba tau...

    ReplyDelete
  13. Berhati2 memandu, biar lambat asal selamat...

    ReplyDelete
  14. Owh.. selamat pengantin baru utk adik akak tuh .. jalan jem sebb cuti sekolah nih .. hati2 ye kak

    ReplyDelete
  15. Selamat bercuti-cuti Malaysia seluruh negara.

    ReplyDelete
  16. aah hati2 kak ..
    risau juga bila sebut pasal kencing tikus tuuu

    selamat bercuti akak ;)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****