Friday 26 April 2013

Solat Subuh Tanpa Qunut


Korang pernah dengar tak ada pendapat kata melakukan qunut dalam solat Subuh tu satu bida'ah? Tak boleh buat. Ada pulak yang menganggap macam wajib. Mesti nak buat. Jadi, apa hukum melakukan qunut Subuh ni sebenarnya?

Sebenarnya memang ada perbezaan mengikut pendapat ulama yang berlainan. Tapi kita jangan pening-pening, disebabkan kita mengikut Mazhab Syafie maka hukumnya adalah SUNAT MUAKKAD (sunat yang dituntut/disuruh).  Maksudnya, sebaik-sebaiknya kita lakukan. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan qunut, solat Subuh tadi tetap SAH. Tapi selepas tu sunat kita melakukan Sujud Sahwi. Kalau tak buat jugak Sujud Sahwi? Takpe, solat tetap sah sebab hukum asal melakukan qunut adalah sunat.  

Jadinya, janganlah keliru atau berpecah kerana hal ni. Kalau kita buat, jangan anggap orang yang tak buat tu sesat. Kalau kita tak buat, jangan anggap orang yang buat tu melakukan perkara bida'ah. Wallahu a'lam.

(sumber: majalah al-Ustaz)


*ni cuma jawapan ringkas untuk memudahkan pemahaman bersama.




22 comments:

  1. yup.. simple je... sunat je baca qunut.. kalau buat dapat pahala, tak buat tak berdosa..

    ReplyDelete
  2. haah, selalu sangat jadi percanggahan pendapat tentang ni..nice sharing :)

    ReplyDelete
  3. pernah dengar ceramah pasal qunut ni. kalau imam tu mcm kat mekah tak qunut. dia akan berhenti lepas takbir bangun dari ruku' tu lama utk bagi peluang yg baca qunut. tapi dia tak baca la. mazhab lain.

    ReplyDelete
  4. salam ujie,

    menurut ustazah yg kak ati belajar
    jika bersolat di mekah pun selalu
    jadi keliru sebegini..wallahualam

    ReplyDelete
  5. nice info.. ada jugak org yg akan keliru kalau tak dibagi tahu

    ReplyDelete
  6. Kakak nak inform di sini bahawa solat subuh di Mekah dan Madinah tidak ada qunut. Sebab itu bila nak tunaikan haji atau umrah kita diajar qunut pendik. Sebab imam memang tak baca qunut. Sah solat tanpa qunut. Tapi sebab kita mazhab syafie bacalah yg pendik, tak baca pun tak apa.

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  7. assalam ujie..memang selalu dengar tentang ni bila ada soal jawab agama

    ReplyDelete
  8. KAKZAKIE:
    thanks kongsi pengalaman dan info kat sini..:)

    ReplyDelete
  9. ramai juga kawan-kawan baru tahu hal ni sebab masa saya solat subuh , saya tak baca doa qunut tu :D

    so , tak ada alasan tak solat subuh kan?

    ReplyDelete
  10. Tak payah pergi Mekah atau Madinah, kalau sempat solat di Perlis keadaannya juga sama: di sana tak ada qunut. Kalau solat jemaah, imam juga tak baca bismillah dan di akhir solat juga imam tak berdoa dan makmum mengaminkannya seperti di negeri2 lain. Ini kerana Perlis tak mengikut Mazhab Shafie, mereka mengikut pendapat majoriti Ahli Sunnah...

    ReplyDelete
  11. ada orang tu siap mayam semula sebab trelupa baca qunut..

    ReplyDelete
  12. masa kat perlis dulu,solat subuh mmg xde qunut...

    ReplyDelete
  13. dulu masa sek agama mmg ustaz ada cakap yang penting ikut rukun solat..tapi setakat nak baca doa qunut bukannya susah pun kan.sunat yang sangat dituntut..nice sharing kak ujie

    ReplyDelete
  14. sunat jer....kalu nak cari banyak pahala...eloklah buat...jangan pening2kan kepala...islam itu indah..

    ReplyDelete
  15. Islam itu mudah, xyh pening2 kan. Nice info sis. Alhamdulillah dpat tau time tuan guru mengaji time kocik2 dulu. hehe
    Salam perkenalan & Done follow sini #525
    Jemput singgah : Tieysmilez@blogspot.com

    ReplyDelete
  16. owh baru tahu, pernah tanya jgk pd seseorg dia ckp bnda 2 sunat jer tapi kalu boleh bacalah.... tq sis atas perkongsian...

    ReplyDelete
  17. Mcm mana cara solat subuh tanpa qunut dah sjud sahwi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, kurang faham soalan.
      jika maksud soalan 'cara solat subuh tanpa qunut DAN sujud sahwi', caranya, buat seperti solat biasa (lepas ruku'-i'tidal-terus sujud). Tiada bacaan qunut.

      Delete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****