Tuesday, 30 April 2013

Ceramah Politik

(Sebuah catatan lalu...)

Kali pertama saya menghadiri ceramah politik adalah semasa saya masih belajar di universiti. Sekitar tahun 1999, masa tu saya di tahun akhir. Masih belum cukup umur untuk mengundi, tapi jiwa muda saya bangkit disebabkan kes penyingkiran Anwar Ibrahim. Disebabkan saya menyewa di luar kampus, saya terdedah kepada suasana pilihanraya yang hangat ketika itu. Hangat kerana buat pertama kalinya sebuah parti campuran pembangkang telah ditubuhkan bagi menentang Barisan Nasional (BN). Parti campuran PAS, DAP dan Parti Keadilan telah membentuk Barisan Alternatif (BA). 

Pada suatu malam dengan ditemani seorang rakan, saya hadir dalam satu ceramah oleh Parti Keadilan. Lokasinya tak jauh dari rumah sewa, cuma perlu berjalan kaki je. Ceramah dibuat di luar rumah seorang calon yang bertanding. Rumahnya terletak di corner lot dan berhampiran jalan besar. Setelah ditumbangkan pagar dawai tu, mampu memuatkan hadirin yang ramai. Tapi sebab saya ni perempuan dan tak sesuai bersesak, saya berdiri agak jauh dari kelompok ramai untuk mendengar ceramah yang disampaikan. Isi ceramah? Saya pun dah lupa!

Dan kemudiannya, baru saya tahu bahawa calon tersebut merupakan sepupu kepada nenek saya. Pangkat datuk saudara dengan saya. Yang juga berasal dari Pontian, Johor. 


P/s: sekarang tak payah susah pegi ceramah, banyak info boleh dapat menerusi internet. Tapi saya dan suami masih berhasrat nak hadiri ceramah politik secara langsung untuk PRU kali ni. Kalau dapat nak hadir untuk kedua belah pihak -BN dan PR. 



14 comments:

  1. KAT KG BARU² ADA BUAT MB SELANGOR TURUN PASAL DIAKAN WAKIL DUN PELABUHAN KLG, HUBBY SAJA PG.. ELOK PULAK CERAMAH² TU SEBELAH BN SEBELAH PKR BERLAWAN² SPEAKER.. ADEHH.. SY YG DUDUK KAT RUMAH JAUH PUN BLH DGR.. TAK PAYAH PG DEKAT TAPAK CERAMAH.. KIKIKIKI ....

    ReplyDelete
  2. Jujurnya, walaupun minat politik...saya tak pernah hadiri mana mana ceramah politik...dengar di Youtube pun jarang...hehehehe..Saya lebih gemar membaca pelbagai sumber...

    Zaman Anwar Ibrahim disingkirkan...huuhhhh.,masa tu kita semua( saya andaikan umur awak & saya tak jauh beza)mmg semangat meluap luapkan...:)

    Atuk saudara tu berjaya tak menang PRU masa tu?

    ReplyDelete
  3. tak pernah pegi mana2 ceramah.. tengok kat yutiub pun boleh kira ngan jari. tapi suka baca dari mcm2 sumber..

    ReplyDelete
  4. MASYA:
    Mmg bingit la kalau dh sebelah menyebelah..

    DADDY Z:
    Tok sedara kalah dgn calon BN.
    Kalo tak silap, kita sebaya.

    RAI:
    Yup, kena bca sume sumber. Tapi lepas tu pening..sume ada salah..haha

    ReplyDelete
  5. Kakak dulu rajin mengikuti ceramah Ujie - masih muda kan tapi sekarang dah malas, dah tua. Tapi abang masih rajin ikut bahkan dah jadi macam org kuat tau hihi...

    ReplyDelete
  6. saya 1st time gi masa kat kerdau baru2 ni, Ya Allah meriahnya hijo,hihu..
    kalau gi ceramah satu lagi dan saya muntoh hijo dulu..

    ReplyDelete
  7. KAKZAKIE:
    Org kuat mana tuu? Hehe..

    TIHARA:
    Hahaa..jangan pegi, nnti muntah hijau susah plok.

    ReplyDelete
  8. sekarang angah duduk depan pc ngadap youtube kalo nak dengor ceramah...tak payah berpanas hujan bagai..

    *tahun 1999 memang hevock, bebudak univ. yang grad 1998 kebanyakannya side anwar

    ReplyDelete
  9. 1999 zi tingkatan 3..tak berapa tau pasal politik.tak pernah bercerita pasal politik.tapi pasal kes anwar tu ada jugak la disebut2..

    zi tak pernah pergi mana2 ceramah politik.tak minat.

    ReplyDelete
  10. kalau pergi ceramah, dia punya feel tu lain macam. tak sama macam baca kat internet.

    jumaat lepas memang kebetulan aku solat kat masjid besi, dapat tau tuan guru pun turut ada. aku pun ikut la berasak2 sama. cuma tinggal beberapa tapak je lagi nak menghampiri beliau. tapi sayang, aku terpaksa mengalah sebab jemaah yang mengerumuni beliau terlalu padat. sampaikan lantai tempat berpijak pun jadi melekit.

    itu la pengalaman aku yang paling hampir dengan tuan guru. terasa semacam ja auranya...

    ReplyDelete
  11. ANGAH:
    Dgn teknologi internet, sume jd lebih mudah!

    ZIE:
    Akak timbul minat disebabkan ketidakpuasan ati...

    SM:
    BEtul, sbb tu rasa nk gak pegi yg live.

    Mmg jumaat lepas TGNA ada kat putrajaya. Auranya mesti buat SM bersemangat kann..

    ReplyDelete
  12. Baca berita internet dan benar2 berada dalam berita internet tak sama. Malam ini jika cuaca baik (sekarang musim hujan malam di Alor Setar) mungkin saya akan hadiri ceramah Mat Taib bekas MB Selangor, Azmin dll di Taman Wira, Alor Setar.

    ReplyDelete
  13. seumur hidup ita sekali je gi dengar ceramah....

    baru2 ni masa kat paka..anwar ibrahim datang ceramoh

    ReplyDelete
  14. elok jugak pergi ceramah politik.. bkn nak memburukkan parti tp mendengar apa yg nk disampaikan :)

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****