Nota luahan rasa, salah satu cara untuk memperbaiki sesebuah hubungan. Kadang-kala bila kita nyatakan secara terus ketidakpuasan hati kita di hadapan pasangan, dia mungkin sukar untuk terima. Luahan rasa tentang hal kecil mungkin boleh jadi satu pertengkaran besar pulak.
Maka caranya, ambil masa untuk duduk bersama dan masing-masing mulalah menulis sebuah nota luahan rasa terhadap pasangan. Syarat utama, keduanya mesti bersikap terbuka menerima teguran dan sedia bertolak ansur untuk mencapai matlamat kebahagiaan bersama. Dalam nota tersebut senaraikan apa yang buat kita tak puas hati terhadap pasangan. Dan nyatakan apa yang kita inginkan. Selesai menulis, bolehlah saling bertukar nota luahan rasa tadi. Baca dan berbincang untuk mencari titik persetujuan bersama. Akhir sekali berusahalah untuk melakukan apa yang dah dipersetujui.
--------------------------------------------------------------------------
Masa tinggal di rumah sewa dengan kawan-kawan universiti dulu, kami pernah buat cara begini untuk memperbaiki hubungan. Sebabnya ahli rumah ada 10 orang, dari pelbagai kursus, tidak sebaya dan tentunya dengan pelbagai ragam yang kadang-kala buat kawan lain kurang selesa. Kami duduk bersama dan mula menulis di atas kertas luahan rasa masing-masing. Alhamdulillah lepas tu kami jadi saling memahami kehendak kawan yang lain. Contohnya kak A tak suka ada bunyi radio masa dia study, jadinya bila dia duduk kat meja study kenalah saya off radio. Bila saling memahami dan bertolak ansur, hubungan jadi baik dan hidup rasa bahagia.
kalau nak tegur secara direct kena pandai olah bahasa kak ujie.kalau tersilap cakap boleh jadi lain maksudnya..
ReplyDeletealhamdulillah buat masa ni memang xde masalah kalau zi nak tegur pasangan n dia pun boleh terima..cuma kadang2 zi yang suka merajuk bila dia tegur kikikiki merajuk2 manja
cara ini la jugak kakain selalu buat pada anak yg sulung...tp hasilnya mmg tak menduka cita...dgn ada nota dia dpt baca berulangkali dan disimpan dgn baik...
ReplyDeletebagus jugak cara ni...dulu ujie duduk area mana?..kami duduk serdang jaya kejap..masa tu geng rumah semua jenis outspoken..tak sempat nak luah rasa..heheh :)
ReplyDeleteLuahan secara direct, ada baik, ada buruknya, begitu juga dgn menulis sebegini.
ReplyDeleteYg bagus kalau luah direct, kita boleh main dgn intonasi suara, suaoaya mesej tercapai dgn berhemah. Yg tak bagus kalau menulis, kadang kala penerimaan bila di baca, boleh salah.
assalam,
ReplyDeletekalau orang yang faham betul perangai pasangannya, tak kira direct atau tak dia akan faham...dan cepat respon..
pernah buat dgn seseorg..tp tak sempat dpat pn buku tuk saya tu..dan rase nye insan tersebut takde tulis ape2 pn sbb tak penting pn tuk die.. :')
ReplyDeleteacik muda2 dulu rajin juga tulis nota2 ni..lepas tu bagi kawan sekolah baca
ReplyDeleteTIHARA:
ReplyDeletesaya 2 thn kat sri serdang. Betul2 blkg kedai Taikaly (kalau tiha tau la..). Geng serumah sume senior. Saya paling muda dan sorang je amik BBA.
Salah satu isu dlm kem motivasi hal ini ada diterapkan utk kita mengetahui sejauh mana diri kita tidak menepati kehendak teman/rakan dan bagaimana utk disayangi teman/rakan... renungan yg baik Ujie.
ReplyDeletepsst: kakak dapat kad undangan Ujie tau tapi masa kakak dah balik - tarikh itu pun kakak masih di sana lagi.
mesti aman dan damai rumah tangga kalu buat cm ni
ReplyDeleteYg penting hati kita kena ikhlas...sebab ada yg suka mengkritik tapi sangat sensitif bila dirinya dikritik....Lain padang lain belalang...
ReplyDeletehmm... :)
ReplyDeleteCara begini berapa peratusan utk jaya? Adakah 50-50
ReplyDeletetiada guna juga kalau berckp dgn org ego.. tulis nota pun tak pernah nk berubah
ReplyDeleteduk sorang2 ..xde sapa nak yulis nota..
ReplyDeleteTulisan dengan percakapan tu intonasinya berbeza walaupun maksudnya sama. Mungkin dari nota bahasanya sikit lembut kalau nak dibandingkan dengan bercakap terus...
ReplyDeleteAda baiknya juga cara ini...
Memang bergunakan nota nie klu teguran x dpt diluah dgn kata2.
ReplyDeleteTP:
ReplyDeletekadar kejayaan teknik ni bergantung penuh pada individu yg terlibat. Berdasarkan pengalaman lalu, ia mmg BERJAYA. Masing2 lebih memahami, tahu bertolak ansur dan berfikiran lebih terbuka.
pernah buat sekali masa ada krisis dgn suami..tp dh lama dh..la ni alhamdulillah jarang ada krisis dh..
ReplyDeleteFIEDA:
ReplyDeletedah makin lama kawin, dah makin faham..kurangla krisis kan..
komunikasi 2 hala mg berkesan.. kalau x sampai bila asyik nak memndam rasa jerkan.. luahkan itulah yg terbaik...
ReplyDelete