Monday 25 February 2013

TAMAN NEGARA : Merealisasi Impian!

(Sebuah catatan untuk perkongsian pengalaman dan panduan korang)

23 Feb. 2013 (Sabtu)

Seawal jam 7.25pagi saya dan suami bergerak menuju destinasi - TAMAN NEGARA, KUALA TAHAN, PAHANG. Sebagai penggemar alam semulajadi, Taman Negara (hutan hujan terbesar dan tertua di dunia) sememangnya antara destinasi impian saya sekian lama. Persiapan mencari info dan membeli beberapa keperluan dah pun dibuat lebih awal. Termasuklah memerhatikan ramalan cuaca untuk Kuala Tahan. 

Sebenarnya kalau ikut ramalan cuaca, ini bukanlah masa terbaik. Tapi atas faktor lain yang perlu diambil kira, kami teruskan juga rancangan untuk ke sana pada 23 & 24 Februari 2013. Kesannya, ada aktiviti yang tak dapat kami lakukan (akan diceritakan dalam entri akan datang). Dalam perjalanan ke Kuala Tahan, kami singgah ke Gua Kota Gelanggi untuk mendapatkan info. Ikut plan kami akan ke sini untuk aktiviti caving selepas balik dari Taman Negara.

CARA KE SANA? Kami melalui Lebuhraya Karak, masuk Lebuhraya Pantai Timur dan kemudian pilih susur keluar Temerloh. Dari plaza tol Temerloh, ambil ke kanan (ada signboard ke Taman Negara). Perjalanan dari situ ke destinasi mengambil masa sekitar 1jam 50minit (berdasarkan pemanduan kami sendiri). Perjalanan agak mencabar bermula dari laluan felda sehingga ke Taman Negara, atas faktor bentuk muka buminya (berselekoh tajam, berbukit-bukit) dan jalannya yang kecil. Kena berhati-hati juga kerana kadangkala ada jalan yang rosak (berlubang, tak rata).


Kalau dah nampak lampu jalan yang cantik tu, tandanya kita dah hampir dengan kawasan Taman Negara. Kami tiba dah pun tengahari. Perkara pertama kami lakukan adalah mencari tempat penginapan. 


MAHSEER CHALET
Disebabkan kami ke sana dengan bajet rendah, kami memilih Mahseer Chalet untuk penginapan satu malam di Kuala Tahan ni. Chalet ni saya pilih setelah membaca review para pelancong lain. Kami memilih chalet berharga RM90 (harga sebenar dipaparkan RM100). 



Inilah bilik penginapan kami. Staf yang bertugas siap offer kami tengok bilik dulu sebelum bersetuju. Bersih dan dengan kemudahan minima. Ada air-cond dan water heater. Tapi tiada TV di sini ya. Untuk info, chalet ni dulunya dikenali sebagai Aki Chalet. Dan sejak hujung tahun 2012 ia berada di bawah pengurusan baru. Sebab itu kami dapat katil, tilam dan bantal baru. Luasnya pun okey, masih muat untuk kita solat. Satu-satunya perkara yang tak menyenangkan adalah air di bilik airnya yang berbau tak sedap (tapi air masih berwarna jernih). Kalau nak basuh muka tu memang kena tahan nafas sikitlah. Untuk berkumur saya guna bekalan air masak yang dibawa. 

Kelebihan tinggal di sini, lokasinya yang sangat dekat dengan jeti Kuala Tahan. Cuma perlu berjalan kaki 2-3 minit sahaja melalui celah-celah rumah penduduk dan sekolah. Untuk laluan kereta, lain jalannya tau. Bagi yang berminat nak tinggal kat sini, chalet ni terletak di belakang sekolah rendah. Untuk kereta, masuk ikut jalan tadika KEMAS. Mahseer Chalet boleh dihubungi melalui Fb atau 019-383 2633.

Kalau nak yang paling selesa (paling mahal tentunya), korang boleh pilih Mutiara Taman Negara. Satu-satunya resort yang beroperasi di dalam Taman Negara. Yang lain-lain ni beroperasi di Kg. Kuala Tahan. Ada banyak pilihan, dengan pelbagai harga dan lokasi. Cuma kena rajin buat carian kat internet dan baca review orang lain yang mungkin berguna.

............bersambung.............
 

25 comments:

  1. tak pernah sampai kak, nant review tau.. mana tau ada rezeki kesana...

    ReplyDelete
  2. Nice entry..saya mmg dah lama simpan impian nak ke sini..tunggu anak anak saya besar sedikit, nak bawa mereka explore Tmn Negara...teruskan bercerita ya...hihihih

    ReplyDelete
  3. assalam ujie..acik pun tak pernah sampai kesini

    ReplyDelete
  4. Teringin nak bawa Qis jalan2 ke sini..In Sha ALLAH satu hari nanti..^^

    ReplyDelete
  5. Kalau dapat tempat bersih dgn layanan baik pasti membuat hati kita pun senang. TV pada kakak tak penting tapi kalau anak-anak biasa mesti nak TV. SO kalau macam Ujie tak perlu kan sebab tujuan kesana bukan kan tonton tv:)

    ReplyDelete
  6. as salam kak ...

    Liya tak pernah samapai sini lagi... mesti bestkan.. tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya hehe

    ReplyDelete
  7. JR pernah ke Taman Negara kira2 10 tahun lalu. Tinggal di sana selama seminggu atas urusan kerja. Masa tu belum ada jalan darat, ikut jalan sungai dari Kuala Tembeling ke Taman Negara yg sangat adventurous, mana kan tidak, terpaksa melalui jeram dan bot kami terbalik...

    ReplyDelete
  8. Haa.. part ni kita berbeza skit. Saya ni plak jenis tak minat masuk utan. Sebab jenis tak lasak dan pemalas. Kuheh2.

    ReplyDelete
  9. Masya:
    Review kali ni agak panjang, sbb mcm2 ada kat situ.

    Daddy Z:
    Yelah, mmg tmpt ni tak sesuai utk anak yg kecik sgt sbb semua melibatkan naik bot.

    Acik:
    Wassalam...tmptnya agak jauh. Kalau tak beriya mmg tak sampai.

    Lily:
    Insya allah...psg niat dulu.

    Kak Zakie:
    Mmg pun..balik bilik time nak tido atau solat. Selebihnya beraktiviti atau lepak kat area jeti.

    Liya:
    Ada best..dan ada yg kurang best. Nnti akan diceritakan..:)

    JR:
    Bot terbaik? Hehe..syok jugak pglmn tu.
    Saya insya Allah utk trip akan dtg nak try ikut Kuala Tembeling gak..ikut jln air pulak.

    ReplyDelete
  10. Lyd:
    Yelah..kali ni kita tak sama.
    Lyd bkn pemalas, cuma rajin bab lain..jait menjait. Saya mmg minat hutan, masa kat U pun agak aktif mendaki/camping.

    ReplyDelete
  11. laa pi gunung tahan ka..tak sangka, tu dah dekat dengan tempat bloger kak salmi..saya takmo gi dah, pening kepala..hehe :)

    ReplyDelete
  12. Tihara:
    Kuala tahan je...mana la larat nak ke gunung Tahan skrg ni. Stamina dah takde..naik bukit Teresek pun mencungap.

    ReplyDelete
  13. mcm menarik jer kak ujie..
    hahaha...
    teringin lak nak g

    ReplyDelete
  14. besnyer dpt jalan2 ...ok da tu 90 ..sve bajet :D

    ReplyDelete
  15. Peh! Adventure di Taman Negara. Sy suke!

    ReplyDelete
  16. hutan hujan kat pahang memang terbaik ..bagus laaa banyak kemudahan yg dah disediakan kat sane .. :)

    ReplyDelete
  17. HANAMIKO:
    ye la kot..suami akak pun kata tu bau tanah.

    LIA:
    pegi la muda2 ni, akak dah tua baru nak pegi..mmg sakit.

    CTK:
    nak murah lagi pun byk..cuma lagi tak selesa la.

    FARA:
    boleh la plan ke sana bwk Aydin, tapi kena tunggu dia besar sikit lagi.

    SHAZRINA:
    skrg kemudahan mmg ok, nampak mcm baru buat. cuma papan info agak kurang.

    ReplyDelete
  18. saya tak pernah lagi sampai taman negara nie..tapi not bad laa chalet akak tu..nmpak simple..siapa perlukan kehidupan yang mewah time2 bercuti macam nie kan kak???hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  19. baru plan nak gi...
    tapi tak tau lah jadi ke tak....
    seronok kan masuk hutan...

    nape air tu berbau ye

    ReplyDelete
  20. Azlan:
    Kalau bajet besar teringin gak nk stay kat Mutiara tu..satu2nya resort terletak dlm tmn negara.

    Eita:
    Seronok sgt..hutan tmn negara mmg ada kelainannya.
    Air tu mybe dia amik dari bukit atau bwh tanah..tu yg berbau.

    ReplyDelete
  21. ayut tak pernah smpi sna lg...4tahun kat pahang tak ke sna pon.hihihihi...transport takdok :))

    ReplyDelete
  22. taman negara penang pun tak pernah jejak apatah lagi taman negara pahang...menarik2.letak gambo byk2 kak ujie

    ReplyDelete
  23. Thanks for sharing. Alhamdullilah, saya sbg pemilik Mahseer Chalet amat berterima kasih di atas komen anda. Diharap perkongsian itu akan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami.

    Untuk Info, chalet kami menggunakan sepenuhnya air bukit. Sebab itu bila hujan air akan keruh sedikit. Kalau berkesempatan datang kesini lagi kita boleh sembang panjang.
    :)

    Have a nice day,
    ♥ SMS | WhatsApp : 019-3832633 (Nasiron)
    ♥ FB : Mahseer Chalet

    ReplyDelete
  24. NASIRON:
    sama-sama..:)
    tak sangka pulak pemilik chalet boleh sampai sini. Apapun, saya suka staff perempuan tersebut (kalau tak silap lina namanya), mesra pelanggan.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****