Sunday 2 December 2012

MAHA: D.C

Semalam (Sabtu) pergi MAHA. Sebenarnya tak suka ke tempat sesak macam ni. Tapi sebab suka dan nak beli pelbagai makanan IKS tempatan, saya rajinkan diri jugak. Yang penting ada perancangan bila nak ke MAHA ni, jangan main redah je. Cari/dapatkan peta MAHA dan tentukan tujuan kita sebab kawasan ni amatlah luas. Saya dan suami sepakat untuk ke bahagian AgroBazaar sahaja, yang terletak paling hujung di antara blok-blok pameran. Untuk mudah keluar, kami pilih kawasan parking yang terakhir. Untuk entri ni saya cerita pasal DURIAN CREPE (D.C), sebab ia makanan popular sekarang.

Booth ni menjual Durian Crepe yang dihasilkan di situ. Dapatlah saya tengok macamana buatnya. Macam senang je tau. Amik yang macam kulit popia tu, letak durian dan krim, lipat-lipat..dah siap! Tapi rasanya yang leceh nak hasilkan 'kulit' tu kot. 

Bila dah tengok, saya pun belilah satu bekas ni. Lagi pun memang tak pernah makan atau jumpa orang jual. Harganya RM8 untuk 6 biji saiz kecil. Kalau saiz besar RM8 untuk 4 biji. Menurut si penjual, harga ni khas untuk MAHA je. Entahla kan, pertama kali beli.

Balik tu saya masukkan dalam peti ais dulu. Lepas beberapa jam baru makan. Rasanya? Sedap jugak. Tapi macam makan durian letak krim jelah. Takde la sedap sangat-sangat sampai teringat-ingat. Kami sama-sama lebih suka makan durian macam biasa tu. Itu pendapat saya dan suami.

*nak resepinya? INI.

21 comments:

  1. ha, kalau nak tau ni sorang lagi hantu durian. tak pernah tolak apa2 yang berkaitan dengan durian... (termasuk la pernah makan durian orang tanpa izin! - dah taubat)

    ReplyDelete
  2. JR tak suka durian. Kadang2 kena serang migrain kalau bau nya yg terlalu keras itu menusuk hidung...perit!!!

    ReplyDelete
  3. saya pun pg MAHA ari sabtu...mmg xlarat la nk pegi semua tempat.luas sgt.
    tertanya2 mcm mana le rasa crepe durian tu,ramai yg hantu crepe durian.tgk mcm best jugak,tp xjmpa(ke saya yg xperasan) lg nak beli n try mkn ..

    ReplyDelete
  4. SM:
    tu mesti masa zaman bdk2 kan? saya pun penah ikut kwn curi buah, abis kena kejar keliling rumah. ^__^

    JR:
    la..gitu pulak ya. hilang satu nikmat mkn2.

    AISHAH:
    yg ni kena pegi kat bhg. Agrobazaar. Bayangkan mkn durian dgn krim..tu je.

    ReplyDelete
  5. saya pernah ke MAHA tahun 2010...tu aja la..malas nakgi lagi..sebab sesak, jem teruk, nak cari parking susah..hihihihih..

    durian crepe mmg fenomena..
    tapi saya sendiri belum try makan

    ReplyDelete
  6. Tak penah pegi MAHA.lgpun sy lebih kurang macam kak ujie tak suka tempat sesak..

    betul la kot harga special untuk maha.slalu tgk org jual 6 bji 10ringgit.saya pun tak penah rasa lagi

    ReplyDelete
  7. femes sgt durian crepe ni skrg. bila ntah saya nak merasa :(

    ReplyDelete
  8. Alaaa Ujie.. Ko dah kawen! Au baru nak ngorat ko..


    Aku bertahun2 dok area serdang tu tiap2 tahun juga nak ke MAHA..
    Maha karya taknye aku sempat pergi :(

    Ko dah kawen, khai pun dah kawen.. Eh korang kawen satu sama lainkah..?

    ReplyDelete
  9. eh..eh...mak sy pon ke sana smlm tgk org buat durian crepe...hehe...sedapkan?

    ReplyDelete
  10. Skrg ni tgh femes ngan durian crepe..nampak sedap..tapi lily tak makan durian...

    ReplyDelete
  11. saya punyela excited nk cuba buat durian crepe ni..tetibe de kwn ckp mcm kueh ketayap inti durian je..terus tak jd buat..dr kecik mak saya dh buat..tp pgl kueh ketayap la..haha

    ReplyDelete
  12. Ida tak sempat ke MAHA, hubby takmo... sedih!

    ReplyDelete
  13. TEA:
    kau kan tea, mana boleh ngorat org!

    kita dah lama kawin..khai tu pulak masih honeymoon lagi. wife dia pun blogger gak tau.

    SITI NADIRA:
    sedap..tapi takle sdp sgt2.

    LILY:
    sorang lagi tak mkn durian..

    CK:
    la.. ye ke fadh! akak kuih ketayap pun tak kenal. nak g cari tau lah.

    EIDA:
    jgn sedih2 ya..bkn rezeki la tu. pujuk dia lagi 2thn. :)


    ReplyDelete
  14. hantu durian juga..!!!

    rasanya tapai goreng lagi best kot..hehehehe~

    ReplyDelete
  15. hari tu sy beli rm10... la ni dah rm8 plak... uish2...

    ReplyDelete
  16. CIK MUDA:
    tapai goreng..baru jugak buat entri pasal tu. :)

    KHAI:
    mmg dia ada ckp, biasa jual RM10..kali ni dia bg RM8. dah masuk hari2 akhir..

    ReplyDelete
  17. Hahahah...durian crepe ni dah lama. Ms bujang dulu, sy selalu beli kat Midvalley. Ms tu dlm thn 2008. Tak sangka lak, thn ni famous die semacam ni. Hehehehe...

    ReplyDelete
  18. wak pon X sempat nk gi Maha 2012 jugakkk.. Uhuuu

    ReplyDelete
  19. Durian crepe!smlm ayut pegi MAHA..AB ni tmpt 1st pegi..tp plan mmg tak mahu ke sini nk g tmpt binatang2x..hihihi... :)

    ReplyDelete
  20. FARA:
    gitu ya? Saya mmg tak tau. Mcm mana skrg baru femes...sbb musim durian kot. :)

    WAK:
    pegi lg 2 tahun..insya Allah!

    AYUT:
    2thn lps akak dah pegi tmpt binatang..best jugak. Thn ni tobat sbb letih, pegi satu je ni..dok borong segala pes mskn. ^__^

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****