Monday 8 October 2012

Hari Ladang ARB 2012

Semalam saya ikut suami ke Kluang, Johor untuk ke Hari Ladang ARB.
Untuk info, ARB tu singkatan untuk 'Advanced Reproductive Biotechnology'. Ia sebuah projek oleh MARDI yang bertujuan untuk mengeluarkan BAKA ternakan lembu dan kambing berkualiti.


Kambing yang ada ni untuk dijual. 
Tapi bukan oleh pihak ARB, ni jualan syarikat ternakan tempatan.
Kambing no. 7 tu pakai tali bertulis 'POLICE' dan lepas bebas.


Ni pulak pameran di booth MPOB (Malaysian Palm Oil Board).
Gambar #1- Jenis-jenis sawit. Ada 6 jenis yang dipamerkan. Tapi sejenis je yang ditanam untuk komersial.
Gambar #2- Jenis ni biasanya digunakan untuk tujuan perubatan. Ditanam untuk penyelidikan.
Gambar #2- Jenis ni seakan buah kurma. Boleh digunakan untuk masakan seperti kerepek dan kuih. Isinya macam keledek. 
Rajin staf perempuan kat sini menerangkan pada saya. Banyak jugak info baru yang saya dapat.


Sawit jenis Bactris dalam gambar 3.
Staf yang baik hati tu bagi setangkai bawak balik.
Warna sebenar tengok gambar kat atas. Yang ni tak cukup cahaya.
Saya nak cuba buat kerepek macam yang dah diterangkan.
Kalau jadi, saya buat entri ya.


14 comments:

  1. patut kambing police tu kene tulis '007'. heheh~

    ReplyDelete
  2. Ohh... ada yg macam kurma berjuntai tak pernah kakak nampak.

    Lembu tu tak lama lagi kena korbanlah.

    ReplyDelete
  3. nape kambing 7 lpas bebas?dia polis ke?hhihihi

    ReplyDelete
  4. assalam ujie..boleh buat kerepek?
    tak pernah dengar pulak ujie

    ReplyDelete
  5. Owh boleh buat kerepek ye..baru tau..

    ReplyDelete
  6. sesekali tengok pameran macam ni seronok jugak...

    ReplyDelete
  7. macam menarik tapi sebab sy tak minat perladangan so sy pun tatau nak komen apa...hehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  8. menariknya...sawit boleh buat kerepek. nnti buat entrinya ye kak.

    ReplyDelete
  9. sebijik macam kurma..

    nasib baik tak sempat nak rasa...
    huhuhu

    ReplyDelete
  10. AYUT:
    yg jaga tu kata..saje2 je.

    ACIK, LILY & IZAN:
    boleh buat kerepak sbb isinya mcm keledek. bkn mcm isi sawit yg utk hasilkan minyak tu.

    ReplyDelete
  11. ada jugak jenis yg utk buat kerepek...baru saya tahu...

    ReplyDelete
  12. saya rasa saya pernah makan yang buah sawit mcm keledek tapi direbus, sepupu bagi tapi dah lama masa form 4..tak pasti sama atau beza sbb dah lama sgt :)

    ReplyDelete
  13. baru² ni saya makan cendol santan sawit sedapp jugak tau...

    ReplyDelete
  14. TIHARA:
    ntah2 sama..
    saya pulak penah mkn sawit biasa tu, pun direbus. tapi mcm tak sedap je.

    MASYA:
    penah nampak org jual tepi jln, blm try lagi. ada beza eh..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****