Thursday 12 July 2012

Sijil HALAL Bagi Hotel/Resort

TAHUKAH ANDA?
  • Persijilan Halal bagi hotel/resort diberikan kepada bahagian DAPUR/PREMIS MAKANAN sahaja. 
  • Sebagai muslim, menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan tiap hidangan yang kita nikmati adalah halal (suci & bersih). Salah satu caranya dengan mengenalpasti sijil halal dipremis tersebut.
  • Semakan senarai hotel/resort yang mempunyai sijil halal diiktiraf boleh dibuat di Portal Rasmi Halal Malaysia

BAGAIMANA?


2. Pilih carian mengikut negeri atau pilih semua negeri.


3. Kemudian buat carian nama hotel mengikut abjad.



*Ramadhan kian menghampir, banyak hotel menganjurkan buffet berbuka puasa. Pastikan korang menikmati hidangan di hotel yang ada pengiktirafan HALAL sahaja. (tapi sebaiknya elakkan berbuka secara mewah, sebab kita berpuasa bukan untuk berpesta makan)

*Juga bagi kita yang bercuti & menginap di hotel yang menyediakan pakej sarapan pagi/makan malam, pastikan ia dari dapur HALAL.

-------------------------------------------------------------------------------

Nota
Di sebelah kanan blog ada banner Ramadhan Relief, kalau korang nak menderma boleh klik untuk ke pautan laman IRM (sebuah badan kebajikan). Sumbangan diterima sehingga minggu ketiga bulan Ramadhan. Lagi cepat lagi elok, mudah IRM nak agihkan kepada mereka yang memerlukan. Sesiapa nak tolong iklankan pun boleh, cuma letak banner & buat pautan ke IRM. Ni iklan khidmat sosial, tiada bayaran ya.

18 comments:

  1. Ouh, ni mst kes buffet ramadhan tp msk gune bhn tak halal. Mmm...tapi sy budget ciput nak pi mkn2 buffet hotel. Heheheh....

    ReplyDelete
  2. Tq Ujie kongsi info nak tahu hotel2 mana yg halal.

    ReplyDelete
  3. pernah sekali je buka kat hotel,tu pun company sponsor..nk pi sendri idak le kak ujie =D

    ReplyDelete
  4. info berguna ni ujie...terima kasih yer. nak share kat FB. mohon share yer..



    * dah share dulu baru minta hehehehe

    ReplyDelete
  5. FARA:
    saya pun tak penah..:-)

    NAZAYIENA:
    Sama2..sng le kalau nk g bercuti nnti.

    MUN:
    betul la..sendiri byr mmg tak sanggup kan..

    TP:
    Takde hal..tak ckp pun takpe. :-)

    ReplyDelete
  6. dah dekat nak ramadhan ni...
    tawaran buffet memang banyak..
    jadi kena hayi2 lah nak pilih yang mana halal dengan tak..

    ReplyDelete
  7. nk dkt ramadhan isu halal haram mmg popular.sesape yg rjn bbuka kt hotel mmg kena alert bnda2 snsitif ni..sy x pnh pn bbuka kt hotel,mcm mbazir je nk byr mhl2

    ReplyDelete
  8. mesti ambik tahukan... kalau dah belanja mahal kena tahu halal dan haram.. jadi darah daging..

    ReplyDelete
  9. betul2 ramadhan nanti msti ada yg wat majlis berbuka kt hotel.kena cek dulu la...

    ReplyDelete
  10. moon selalu kalo malas nak cari satu2.. moon suka hantar email je.. tanya terus..

    kalo tanya restoran atau hotel tu sendiri..ada sijil halal ke tak.. mereka akan jawab halal je...pastu tunjuk sijil palsu pon ada.. suka tipu customer.. (sbb pernah kena..huhu)

    ReplyDelete
  11. CMA:
    Tu rajin la jugak..kalo malas langsung tak cari tau pun. :-)

    Betul, sbb tu Jakim soh buat semakan sndiri dgn Jakim. Sbb mmg ada yg tipu.

    ReplyDelete
  12. tak sesuai kot buffet bulan ramadhan ni..lebih menjurus kepada pembaziran..nanti perut da terlebih muatan nak solat pun susah..

    ReplyDelete
  13. selalu bantai je . tak penah nak fikir ada sijil halal ke tak ke ape ke .


    tenz for sharing akak :)

    ReplyDelete
  14. Hai kak, lama tak mai sini...ada sihat?

    tadi masuk blog kak tiha pun dah lain, cantik. masuk blog kak ujie pun dah lain..pun cantik..pink lagi..

    ReplyDelete
  15. terima kasih utk info ini ujie :)

    ReplyDelete
  16. RAI:
    sgt setuju, tak menepati roh Ramadhan pun sebenarnya.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****