Wednesday, 4 July 2012

Kerajaan Diri

Kita adalah raja...

Kita adalah raja,
Yang memerintah sebuah kerajaan diri,
Mata, mulut, kaki, tangan, hati...
Dan seluruh anggota tubuh,
Adalah rakyat jelata.

Jadilah kita raja yang bertanggungjawab,
Membawa rakyat ke arah kebaikan,
Memandu rakyat mentaati Allah,
Kerana tiap perbuatan rakyat nantinya,
Kita jua yang bakal disoal di akhirat sana.

Jika kita gagal memimpin,
Bermakna kita gagal menjalankan amanah.
Kerana rakyat adalah amanah buat rajanya.

Duhai raja kepada diri,
Lawanlah syaitan dan nafsu...
Yang menjadi musuh kerajaan diri!

17 comments:

  1. sajak yang terkesan...tepat sekali sebagai peringatan :)

    ReplyDelete
  2. kadang kadang jadi raja.. ada jugak yg jadi hamba bila nafsu yang beraja..

    ReplyDelete
  3. RAI:
    byk yg jd hamba..moga kita dijauhkn.

    ReplyDelete
  4. Fuh! Kuat betul musuh kita, setan ngan nafsu tu kan?

    ReplyDelete
  5. berperang dengan diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. Bila pemerintah beraja di mata
    akibatnya kerajaan diri lesu
    memburu ke sana-sini
    iman dan taqwa tergadai layu
    syaitan bertepuk-gembira
    menyesat umat sejagat
    sumpahan selagi belum kiamat

    ReplyDelete
  7. FARA:
    setan & nafsu..kuat bila diri lemah. Ia lemah bila diri kuat.

    PRETTYWRITE:
    Tulah yg paling sukar sbnrnya.

    KAKZAKIE:
    indahnya kata2..

    ReplyDelete
  8. xnk jd mcm tu...tp selalu terleka.terima kasih selalu ingatkan...;)

    ReplyDelete
  9. nice...betul juga tu mohon share di FB yer Ujie. boleh?

    ReplyDelete
  10. TP:
    silakan..moga ada manfaat.

    ReplyDelete
  11. moga kita dipimpin oleh pemimpin yang mampu memimpin kita..hehehe..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****