Friday, 27 July 2012

KUIZ RAMADHAN 2012 (1)

Kuiz ni bertujuan untuk meningkatkan kefahaman agama kita, sebab bila kita cari jawapan maka kita dapat tambah ilmu. Syarat, hadiah dan soalan seperti berikut:

SYARAT:
- sesiapa pun boleh jawab.
- jawab diruangan komen ini sekali sahaja. cubaan kedua tak dikira.
- orang pertama yang beri jawapan tepat dikira pemenang.

HADIAH:
1 orang x top-up kredit bernilai RM10 atau tunai RM10 (CIMB/BSN sahaja)

SOALAN:
1) Apakah hukum tayang makanan atau gambar makanan di hadapan orang yang berpuasa?
2) Jika ada ahli keluarga yang telah meninggal tetapi masih ada puasanya yang belum diganti, apa yang perlu kita buat?
3) Jika seseorang itu berpuasa tetapi tidak menunaikan solat, adakah sah puasa orang tersebut? 

TUTUP PENYERTAAN:
Bila-bila masa sahaja sebab ni hanya kuiz.

SELAMAT MENJAWAB!

12 comments:

  1. (1) makruh
    (2) tak perlu diganti..tapi nak tolong ganti pun boleh..
    (3) sah puasanya

    kot..hehehe..

    ReplyDelete
  2. SOALAN:
    1) makhruh sbb ini boleh mendatangkn keinginan pada yg bpuasa
    2) ahli keluarga boleh tolong gantikn atau bayar fidyah
    3) sah puasanya tetapi solat itu wajib. dosa untuk meninggalkn solat ttap dpt walaupon dya berpuasa..

    ReplyDelete
  3. saya nak jawab soalan nombor 2 je.. hehe

    tahun lepas saya ada tanya ustazah, sebab masa tu saya ada terbaca pasal ni dekat majalah solusi..

    urm, kurang ingat lah apa ustazah kata..

    tapi yang penting kita kena membayarkan fidiyah untuk puasa si mati itu..

    sebab salah satu ruhsoh puasa ialah ketika orang sakit itu tidak ada harapan untuk sembuh hendaklah membayar fidiyah sebanyak secupak bahan makanan yang diberikan kepada orang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan.

    kalau saya salah tolong betulkan ye kak ujie ^_^

    ReplyDelete
  4. nak jawab..berdasarkan pengetahuan sy yg x seberapa ni

    1)tayang gambar xpe kot.x membatalkan puasa pun.tapi macam x hormat la.kita kan kena hormat org yg berpuasa.makan pun kena sorok2

    2)waris kena tolong qado @ bayar fidiyah bergantung kpd berapa hari si mati tinggal puasa

    3) Wallahua'lam..hanya Allah yang mengetahui.solat kan tiang agama.x sempurna sesuatu perkara yg kita buat kalau x solat kan..

    ReplyDelete
  5. JAWAPAN:

    1.Orang yg menayang makanan di hadapan orang berpuasa adalah berdosa jika niatnya sengaja ingin membuatkan si berpuasa itu tadi tergoda, lantas si puasa itu tadi turut terpecah puasanya.

    2.Kita perlu membayar fidyah ataupun bersedekah dan niatkan untuk si mati,sekiranya si mati dalam hayatnya tidak menggantikan puasanya

    3. TIDAK SAH PUASANYA
    Orang yang meninggalkan solat jika ia meninggalkannya kerana mengingkari atau menolak kewajipan tersebut, ia murtad dari agama dengan sepakat (ijmak) para ulamak. Orang yang murtad tidak sah ibadahnya termasuk puasa.

    ReplyDelete
  6. salam kenal n follow sini :D
    n try jawab yer..

    1)makruh
    2)perlu ganti
    3)sah puasanya

    jom singgah sini
    http://lobaksusue.blogspot.com/2012/07/lebih-ramai-lebih-meriah-dunia-blogging.html

    ReplyDelete
  7. nak mencuba jawab...

    1)hukum tayang makann atau gambar makanan ialah makruh.

    2)kalau meninggal sebab keuzuran yakni sakit yg tiada kesembuhan, waris tak wajib qada dan bayar fidyah.kalau sebaliknya waris blh pilih qada atau bayar fidyah ikt jumlah hari yang ditinggal.

    3)sah puasa tersebut.

    Wallahualam...

    ReplyDelete
  8. nak cuba jwb..hukhuk

    1. Makruh tayang makanan tu sbb blh wat org puasa terliur.

    2.Bayar fidyah kat fakir miskin ikut sukatan cupak beras berdasarkan hari y ditinggal ( tak berapa pasti..hukhuk )

    3. Sah puasa tp dpt dosa tak solat

    hukhuk..ira mencuba berdasarkan pengetahuan y ada..heee..

    :)

    ReplyDelete
  9. cuba jawab ya

    1- Setakat tayang gambar takde apanya
    2- kena bayar fidiyah
    3- puasa nya sah (tapi sebenarnya antara dia dengan tuhan)

    ReplyDelete
  10. 1- makruh
    2- kena ganti dan bayarkan fidyah
    3- sah puasa..wallahualam..

    ReplyDelete
  11. waaaa...tak sempat nak join...

    ReplyDelete
  12. ramainya saingan..hehe..rmai y dah jwb sblm ira tp sipi2 je..alhamdulillah rezeki ira :)

    terima kasih k.ujie!

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****