Friday 18 November 2011

Pergi Tak Kembali

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Tajuk Lagu: Pergi Tak Kembali
Nyanyian: Rabbani

(sumber: liriklagu.com)

********************************************************
Nasyid ini mengingatkan kita tentang saat kematian yang pasti dilalui oleh setiap insan. Sebagai persediaan, lakukanlah amal baik sebanyak mungkin. Juga didiklah anak / isteri untuk menjadi Muslim sebenar, yang mampu mendoakan kita. Sesungguhnya, selagi kita bernafas...masih belum terlewat untuk memperbetulkan kesilapan semalam!

Saya syorkan untuk korang dengar sendiri lontaran suara hebat Allahyarham Ustaz Asri. KLIK DI SINI untuk mendengar.

13 comments:

  1. Mereka yg pergi meninggalkan kita sebenarnya masih merasakan yg baru lagi mereka meninggal dunia... Sehari di alam kubur itu sebenarnya sgt lama di alam nyata..

    ReplyDelete
  2. sedih bile denga lagu ni..syahdu sangat

    ReplyDelete
  3. yang masih bernafas pelu teruskan hidup =)

    ReplyDelete
  4. Mati itu pasti.. Bila smpai masanya.. Takkan ada istilah tggu wlupn sesaat.. dan kita yg masih hidup??? Teruskan amalan..

    ReplyDelete
  5. Syahdu lagu ni..
    mengingatkan kita tentang kematian...

    ReplyDelete
  6. semoga kito semuo diberi kesempatan untuk beribadat selagi masih bernyawo nih...

    ReplyDelete
  7. yen:
    tak perlu kata apa2.
    saje akak nak suruh korang dengar lagu yang menyentuh hati & ada mesej ni.

    ReplyDelete
  8. fuh..lagu nie sentiasa membuatkan bulu roma saya meremang..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. bila2 masa kita leh pergi..ermmmm

    teringat ustaz asri,suara dia memang sedap..

    ReplyDelete
  10. Salam Ujie..,

    ingatan utk semua yg hidup....

    ReplyDelete
  11. sedih lagu ni..
    huhuhu..

    "takut akan kematian"

    ReplyDelete
  12. huhu...sedih..semoga kita semua sntiasa sempat mencari bekalan ke syurga :)


    *jgn nangis2 bila ct pergi :D

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****