Monday 28 November 2011

ETS: KL - IPOH - KL

Salam Maal Hijrah...
Untuk cuti kali ni saya mengambil peluang ke Ipoh dengan menggunakan perkhidmatan ETS (Electric Train Service). Bukan tak pernah ke sana, cuma kali ini pengalaman dan pemandangan sepanjang laluan adalah berbeza kerana menaiki tren. Untuk info lanjut mengenai ETS, SILA KLIK DI SINI. Oh ya, ETS juga boleh dinaiki dari/ke Seremban. Maaf, entri ni banyak gambar!


1. Keadaan dalam tren...selesa dan luas. Dilengkapi tandas yang moden dan ada jualan makanan.
2. Skrin TV di setiap koc- memaparkan masa dan kelajuan semasa tren (masa ni kira laju..145 km/jam). Juga ada tayangan cerita sebagai hiburan (tapi bosan sebab berulang-ulang beberapa cerita yang sama).
3. Tiket tren- harga dan masa perjalanan berbeza mengikut kelas Silver/Gold/Platinum. Untuk masa perjalanan yang saya ambil ni memang tiada pilihan, kecuali Gold. Masa yang diambil dari KL ke Ipoh - 2 jam 15 minit untuk kelas Gold.


IPOH : BAGAI TEROWONG MASA LALU!

4. Stesen Keretapi Ipoh- mula beroperasi pada tahun 1935. Antara bangunan peninggalan British.
5. Pandangan keseluruhan bangunan Stesen Keretapi Ipoh.
6. Bahagian atas bangunan- ada tingkap besar & kecil. Saya rasa ni bilik hotel...sebelum ni ada hotel beroperasi di bangunan ini.



7. Hotel Setesen (Station Hotel) - nama lama yang masih kekal di bangunan ini.
8. Laluan/koridor di luar Stesen Keretapi Ipoh.
9. Majestic Station Hotel (1935 - 2011) - menamatkan operasi pada Mac 2011 lalu, setelah 76 tahun!



10. Tugu Peringatan yang terletak bertentangan dengan Stesen Keretapi Ipoh.
11. Papan tanda besar 'Ipoh White Coffee' menambahkan aroma lama Ipoh.
12. Dewan Bandaran Ipoh - antara bangunan lama yang menghiasi landskap Ipoh.

(sumber fakta : ukm/monline & rac.gov.my)

***************************************************************

Dengan berjalan kaki, saya dan suami tidak pergi terlalu jauh dari stesen keretapi. Tambahan pula, cuaca agak mendung...bila-bila masa saja hujan akan turun.

Untuk hidangan tengahari - disebabkan meragui tahap halal kafe di stesen keretapi, kami menuju ke Medan Selera Dato Sagor yang terletak di belakang Dewan Bandaran Ipoh dan berhadapan dengan Masjid Negeri Perak. Makanannya tiada masalah bagi saya, cuma kawasan medan selera ini agak tidak bersih. Suatu usaha perlu dilakukan demi kebaikan semua pihak- pelanggan, pengusaha & kerajaan negeri. Maaf jika ada yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ni ya!

Apapun, perjalanan menaiki tren ke Ipoh melalui banyak tasik dan bangunan lama yang menarik perhatian saya. Ipoh sendiri, bangunan-bangunan lamanya bagai membawa saya ke masa lalu! Tidak hairan juga petang tersebut kelihatan beberapa pasang pengantin sibuk dengan sesi fotografi berlatarkan bangunan lama ini.

* ETS ada menawarkan tiket berharga RM16 dengan syarat & terma tertentu. Tiket perlu dibeli awal 2 minggu sebelum masa perjalanan. Boleh rujuk web mereka untuk mendapatkannya.



21 comments:

  1. wah... seronoknye..
    ETS?.. info baru buat saya..

    TQ for sharing..

    ReplyDelete
  2. Nampak selesa jer ETS ni..
    Dah lama tak naik tren..

    ReplyDelete
  3. berapa kak tambang dia. mahal tak?

    ReplyDelete
  4. lia:
    takde la seronok sgt..tapi dpt la pengalaman baru.

    lily:
    mau tak selesa..koc baru! tp mmg selesa pun, luas.

    yayan:
    tambang ikut kelas & jarak. kalau dari kl sentral ke ipoh, paling murah kelas Silver rm25.

    skrg ada promo rm16 sehala..tp kena beli awal 2minggu. utk warga emas ada diskaun..student tak pasti.

    ReplyDelete
  5. salam .
    Selat tahun Baru Dari RastaClassicBiker....
    Salam kenal juga tak lupa...

    Rasta dah 37 tahun lebih rasanya tak naik bas...em...ada perkembangan yang baik ttg cerita dalam bas.....
    thanks....

    Rasta tumpang promote blog rasta yang baru.....post terbaru tentang Dunia classic rasta sudilah kiranya singgah..
    Adakah air Kita selamat..?
    Thanks visit my blog....
    Spana Rasta Dah Jumpe...huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  6. akak ni nama je orang perak..
    tapi stesen keretapi pun tak tahu letak kat mana..:P

    ReplyDelete
  7. seronoknya jalan2..cantik gmbr2 tue..pndi ujie snap pic..

    ReplyDelete
  8. tak pernah merasa naik ETS ni lagi..nak naik sorang tak berani <-- jakun :D

    boleh dapat rm16?murah la..thanks for the info..hihi

    ReplyDelete
  9. rasta:
    ETS ni keretapi..

    diana:
    hahaa..boleh kena lucut status kerakyatan negeri perak ni!

    cik tom:
    tq..snap guna hp je.
    lgpun dah mmg tmpt tu yg menarik.

    wanie:
    rm16 tu promosi..cpt2 rebut peluang. ajak la member sorang, ronda2 tambah ilmu/pengalaman.

    ReplyDelete
  10. siyes sy jeles ni sis..asal tak bawa sy sekali jejalan..hehee

    ReplyDelete
  11. tak pena naik lagi ETS ni..nmpak kampung sngt kan sis??hahaa cian sy^^

    ReplyDelete
  12. Pernah bercadang dgn cara ini utk ke Ipoh., tapi belum terlaksana lagi...

    Kat mana-mana medah selera, kebersihan adaah masalah utama. Kenapa ye... mentaliti..

    ReplyDelete
  13. ws:
    ala..g ipoh je achie..

    bkn nampak kg sgt..tp nampak sgt awak asik naik keta! sesekali kena try naik tren..ada kelainan tau.

    mie:
    saya ni pun tunaikan hajat yg dah lama.

    medan selera..hampir jd medan hilang selera!

    ReplyDelete
  14. tak pernah naik lagi ETS nie tapi nampak cantik jer dalam dia..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. xpernah naik lagi..

    nmpk selesa..

    :D

    ReplyDelete
  16. azlan & juliet:
    kalau ada masa, bolehla try..amik yg promo rm16.

    ReplyDelete
  17. rjinnye akak cri info..hihi...xpernah naik lagi lorrrr..jles2

    ReplyDelete
  18. i love Ipoh...ipoh mali talak sombong ma...

    ReplyDelete
  19. ctk:
    cari info utk diri sndiri & utk share dgn korang..

    tp:
    kamu pasti org ipoh!

    ReplyDelete
  20. Salam Ujie..,

    wahh...bestnya.... lama dah saya nak mencuba ETS ni tapi masih belum kesampaian , tak tau lah berap harga tiketnya dari S`ban ke Ipoh...suatu masa dulu pernah KTM offer RM 30 sehala...

    nampak menarik dah teruja..

    ReplyDelete
  21. azmnor:
    saya pun dah lama plan..baru ni direalisasikan.
    byk sgt plan..plan s'pore pun tak menjadi lagi ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****