Thursday, 17 May 2012

Allah Gantikan Yang Lebih Baik

Ini kisah seorang perempuan,
Bertunang dengan lelaki idaman,
Saling suka saling sefahaman,
Ingin menuju mahligai perkahwinan.

Mulanya semua berlalu indah,
Hinggalah si perempuan ingin berubah,
Sering ke usrah dan tudung bertukar labuh,
Diri mendapat kesedaran dan ingin mengubah arah.

Perubahan baik dianggap buruk oleh si tunang,
Jarang bersua dan menolak untuk 'dating',
Semuanya bagai membakar hati si tunang,
Sehingga bertindak memutuskan tali pertunangan.

Redha si perempuan hingga tiada tangisan,
Demi mencari Allah dia kehilangan insan kesayangan,
Tunduk mengalah pada si tunang bukanlah pilihan,
Biar hati pedih jalan Allah tetap menjadi tujuan.

Janji Allah tak pernah salah,
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
Carilah Allah...nanti akan diberi-Nya pasangan yang baik,
Seorang ustaz yang kurang dikenalinya datang merisik.

Solat istikharah mengiringi keputusan si perempuan,
Akhirnya ustaz menjadi tunangan,
Majlis perkahwinan segera dijalankan,
Kini bahagia bersama anak-anak kesayangan.

********************************************************

Kisah benar ini dipaparkan sebagai motivasi kepada semua. Ada pengajaran dan kekuatan yang diperolehi  bagi yang mahu berfikir. Antaranya:
  • Terima takdir putus tunang / putus cinta. Sesuai dengan firman Allah,  “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.  
  • Terus teguh dan tegas di jalan Allah, kerana tiada kompromi kepada sesiapa pun dalam soal agama. 
  • Allah akan memberi pasangan yang sama/sesuai dengan diri kita. Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita terlebih dulu perlu menjadi baik pada pandangan Allah.

22 comments:

  1. Allah akan memberi pasangan yang sama/sesuai dengan diri kita. Untuk mendapatkan pasangan yang baik, kita terlebih dulu perlu menjadi baik pada pandangan Allah.

    Sy ada pandangan sy sendiri mengenai point yg Ujie bagi tu. Allah itu Maha Adil. Seorang Ustaz boleh digandingkan dgn seorang pelacur. Kenapa tidak? Asalkan, "kita terlebih dulu perlu menjadi baik pada pandangan Allah" yakni pelacur itu ada niat utk kembali kepada Allah dan selagi Ustaz itu bersungguh mencintai Allah dgn membimbing pelacur itu kembai kepadaNya. Secara tak langsung, umat Islam akan lebih bersatu dan mengukuhkan kedudukan Islam itu sendiri dalam dunia di akhir2 zaman nie.

    Saya yakin, akan ada org yg akan saling bimbing membimbing. Bukan yg sibuk mencari kesucian seseorang demi maruah!!!!!

    Masya-Allah. Allah itu Maha Hebat. Sy menemui jawapan pd persoalan sy selama ini.

    ReplyDelete
  2. pernah tgk depan mata kisah2 yg seumpama dgn ini misalnya akak housemate saya masa menyewa kat serdang jaya dulu...dia naik moto pun asing2..tk naik sekali dgn BF..tak penah la dating2 ni..rajin ngaji...pakai stoking..pakai tudung bawal tapi labuh...rajin teraweh...byk pengaruh baik dia dalam hidup saya...then BF dia mintak clash sbb tak tahan dgn cara dia yg byk pantang larang...alhamdulillah, teman2 serumah semua sayang dia..depan kami lah dia menangis semahu2 nya...ye la dia pun ada perasaan walo setabah mana pun dia..tp sekarang dia dpt yg lebih baik dan bahagia..suka dengar berita gembira ttg dia sbb dia lah antara kawan terbaik n lemah lembut..

    ReplyDelete
  3. Pasangan kita umpama cermin diri kita... SUbhanallah.

    ReplyDelete
  4. PAA:
    bagus pemikiran/pandangan fara!
    Betullah tu..pd pandangan kita ustaz & bekas pelacur mestilah jodoh yg tak sepadan. Tapi berbeza pd pandangan Allah.

    Janji Allah semua benar. cuma kita perlu fikirkan..

    ReplyDelete
  5. TIHARA:
    bagusnya dpt berkawan dgn org camtu, ada kesan baik utk kita. cerita yg baik utk dikongsi..

    NIZA:
    tepat.
    tapi dari masa ke semasa masih boleh berubah menjadi pasangan yg lebih baik.

    ReplyDelete
  6. weyhh ujie..sama ye thn kita kawen..ada persamaan..kenapa tah sebak sangat bila taip komen ni sebab dapt rasa perasaan menantikan si kecil tu dalam hidup ini...hurmm ape laa saya ni :)

    ReplyDelete
  7. jodoh telah tertulis seawal didalam kandunga ibu lagi.. tp tak pasti berapa bulan... apa jua yg berlaku pasti ade hikmahnya...

    ReplyDelete
  8. prmpn yg baik utk lelaki yg baik..suka baca entry ni..

    ps: boleh x lain kali ciktom nak share kisah di blog jugak??akan backlink dr ujie..

    ReplyDelete
  9. wordless..meremang bulu roma yana baca..

    ReplyDelete
  10. TIHARA:
    takdir menemukan kita..sama2 berkongsi rasa..
    Moga ia jd penguat..kan..

    MASYA:
    jodoh..persoalan yg misteri.

    CIK TOM:
    silakan..kisah yg membawa kebaikan patut dikongsi.

    ReplyDelete
  11. kak ujie..
    nape kak ujie slalu wt post yg same ngn bnde yg jdik kt sye.. =(
    huhu

    ReplyDelete
  12. Ujie::

    saya mmg suka ayatni:
    “Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” Surah Al-Baqarah ayat 216.

    Memang menginsafkan, saat kita kecewa...

    ReplyDelete
  13. setiap apa yang berlaku ada hikmah nye....
    apa yang allah ambik..
    dia akan ganti kan dengan yang lebih baik dari yang Dia ambik...

    ReplyDelete
  14. ya Allah .. manisnya yang Allah gantikan .. berjuang demi Allah ... demi agama islam ..

    ReplyDelete
  15. ruginya lelaki yg tidak turut sama berubah tu...Allah lebih tahu apa yg terbaik untuk kita...

    ReplyDelete
  16. hehehehe betul tu
    semuanya sudah tertulis, jadi mohan lah pada ALLAH agar dapat pasangan yg baik2.

    *kadang kala JODOH ni susah nak duga

    ReplyDelete
  17. disetiap kejadian Allah jadikan ada hikmahnya..teringin nak jadi yang baik2 belaka..amin3

    slmt mlm kak

    ReplyDelete
  18. CK:
    alahai..kebetulan sungguh la!
    tapi bkn CK sorang je alami, apa yg akak tulis adalah perkara yg mmg biasa jadi.

    AA:
    memang ayat ni ibarat kata2 hikmat yg mampu melegakan hati yg kecewa/sedih.

    ReplyDelete
  19. betul2..semua yg terjdi ada hikmahnya..jgn lah kita meyalahkan takdir..kena redha dgn setiap apa yg berlaku.

    ReplyDelete
  20. jodoh ni rahsia Allah.. memang tak boleh di duga :)

    ReplyDelete
  21. nice.. huhuhu..
    sedihnyakan..
    tapi ada yg lebih baik yg dah dijanjikan..

    ReplyDelete
  22. puitis dan sarat dgn pengajaran.

    ReplyDelete

Komen kalian...bicara antara kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...