Tuesday, 8 September 2026

Hira Cultural District, Mekah

CATATAN KEMBARA 8 HARI 7 MALAM DI BUMI HARAMAIN
HARI KEEMPAT | JUMAAT, 10 APRIL 2026



Tiada aktiviti khusus pada hari ke-4 kami di Mekah, kecuali bagi para jemaah yang mahu melakukan umrah tambahan mereka dibawa ke tempat miqat di Tanaim oleh pihak Rayhar pada waktu awal pagi.

Kami para jemaah diberi pilihan menyertai aktiviti tambahan - lawatan ke Muzium Wahyu di Hira Cultural District dan makan nasi unta. Aktiviti ini dilakukan pada waktu petang/malam dengan tambahan bayaran, iaitu 100 riyal bagi orang dewasa dan percuma bagi kanak-kanak bawah umur 12 tahun. Pengumuman berkenaan aktiviti tambahan ini dimaklumkan di grup Telegram, sehari sebelumnya. Perlu isi nama, manakala bayaran dibuat semasa di dalam bas.

Pada mulanya, saya tak mahu ikut serta sebab saya berhasrat menunaikan solat fardu berjemaah di Masjidil Haram pada malam terakhir di Mekah. Tetapi selepas itu saya ubah fikiran.

Pukul 4.30 petang, saya dan Encik Suami berjalan kaki dari hotel penginapan kami menuju ke Hotel Olayan Ajyad - lokasi para jemaah berkumpul untuk menaiki bas.

Menyaksikan kemeriahan di kawasan dataran - para penjual membentangkan barang jualan di lantai. Para pembeli sibuk membelek dan memilih. Murah agaknya. Saya nak cepat, tak sempat memerhatikan jualan mereka. Apa yang saya tahu, mereka menjual secara tidak sah. Jika ada penguatkuasa datang, mereka terus bungkus barang jualan dan melarikan diri.

Berlaku kesesakan teruk di jalan raya, bas tak dapat masuk untuk ambil kumpulan kami. Jadinya kami perlu berjalan kaki ke suatu lokasi lain yang terletak di bahagian belakang bangunan hotel. Alhamdulillah akhirnya kami dapat naik bas dan bergerak menuju ke Hira Cultural District pada pukul 5.20 petang. 


HIRA CULTURAL DISTRICT
Hira Cultural District is located at the foot of Mount Hira in Makkah—near the place where the first verses of the Qur’an were revealed. More than just a location of historical significance, the district was created to offer visitors a meaningful way to explore that history today. Through immersive exhibitions, curated museums, and spaces designed for comfort and reflection, the district brings together culture, education, and visitor experience in one destination. - info lanjut di hiradistrict.com
Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Ada dua buah bas yang membawa kumpulan kami. Ini bas yang saya dan Encik Suami naik, tak selesa sebab kotor - berhabuk dan bersepah sampah jajan. Syukurlah perjalanan tak jauh, lebih kurang 20 minit saja.

Sebelum meninggalkan bas, saya ambil foto bas supaya mudahlah nanti nak kenal pasti bas mana satu yang saya naik - persediaan sekiranya terpisah daripada kumpulan.

Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Selesai taklimat ringkas dan sesi fotografi berkumpulan, kami berjalan masuk ke kawasan yang menempatkan bangunan Hira Cultural District.

Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Saya tak pasti sejak bila tempat ini wujud, tetapi nampaknya ia baru dibina. Ketika kumpulan kami tiba di sini, suasana agak meriah. Ramai pengunjung tetapi tidaklah sesak.

Tak banyak foto kenangan yang saya rakam di sini, entah kenapa. Mungkin kerana badan saya kurang sihat pada hari tersebut, jadi malas dan kurang bersemangat.

Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Kami berkumpul di tempat permulaan laluan pendakian ke Gua Hira’, mendengar penerangan dan kisah sirah yang disampaikan oleh para mutawif.

Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Inilah Jabal Nur, di puncaknya terletak Gua Hira’ - di sinilah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril.

Dari kejauhan, saya dapat menyaksikan ramai orang sedang mendaki Jabal Nur. Kalau ada rezeki, suatu masa nanti teringin juga saya cuba mendaki Jabal Nur.

Sementara menunggu giliran kumpulan kami untuk masuk ke Muzium Wahyu, kami dibenarkan berjalan-jalan melihat sekitar Hira Cultural District yang turut menempatkan deretan kafe dan kedai jualan.

Sekitar pukul 6.38 petang, masuk waktu solat Maghrib. Kedengaran azan berkumandang dari masjid yang terletak di salah satu bangunan di sini. Kalau kita biasa sebut surau, tapi di sini masjid merujuk kepada semua tempat solat tak kira besar atau kecil ruangnya.

Hira Cultural District, Mekah, Arab Saudi
Ruang solat perempuan terletak di tingkat bawah (ground floor) dan juga di tingkat atas (1st floor) dengan ruang lebih luas. Tandas dan tempat berwuduk hanya ada di tingkat bawah sahaja.

Kalau di Malaysia biasanya ada selipar untuk kita ke tandas dan berwuduk, tetapi di sini tidak disediakan. Masing-masing memakai kasut/sandal sendiri. Saya pula pakai kasut (walking shoes), kononnya supaya selesa untuk aktiviti luar begini tetapi rupa-rupanya kurang sesuai bila perlu singgah solat di surau/masjid.

Ruang solat di bawah dah penuh, jadinya saya naik tingkat atas. Di situ ada seorang penjaga perempuan yang mengatur dan mengarahkan para jemaah terus masuk saf hadapan dan berdiri rapat. Bagus begini kan, tidaklah saf lompong sana sini.

Selesai menunaikan solat secara berjemaah, kami berkumpul di kawasan hadapan Muzium Wahyu bagi menunggu giliran masuk.







39 comments:

  1. Nampak sayup dan tinggi Gua Hira'.
    Begitulah kesungguhan baginda Nabi Muhammad SAW mendaki gua untuk beruzlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu sukar masa tu kan, kita sekarang ni dah dibuatkan laluan pun belum tentu mudah nak mendaki gunung berbatu.

      Delete
  2. Ramai pulak tu yang jual secara tak sah. Kalau penguatkuasa datang mesti huru hara dorang mengemas barang.

    Walaupun kurang sihat, semangat jugalah nak datang sini kan. Dapat pengalaman. Semoga ada rezeki datang lagi dan mendaki Jabal Nur.

    Bagusnya ada yang menjaga supaya saf tu rapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa isi nama, masih sihat. Hari nak pergi tu baru rasa tak sihat. Teruskan jugaklah sebab masih larat. Bila lagi nak berada di kaki Jabal Nur kan..

      Iya, kalau yang tak ikut kata, terus jadi garang suara dia 😄

      Delete
  3. Sedap nama Hira' Cultural District. Sayup-sayup mata memandang Gua Hira' yang tinggi itu ye. Bila agaknya dapat datang ke sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ada rezeki KSarie segera ke sini.

      Delete
  4. Menjual kat lantai je dorg kat sana. Bestnya kalau dapat peluang ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam bangunan ramai je yang menjual secara sah. Ni jualan tak sah, bentang je kain kat mana-mana 😁

      Delete
  5. Semoga Allah jemput saya juga ke sana nanti...in shaa Allah

    ReplyDelete
  6. Banyak perubahan di kaki Gua Hira'. Rasa syahdu je bila ke sini, teringat Baginda Nabi beruzlah dan terima wahyu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung juga PH dapat tengok keadaan awal. Sekarang ni dah jadi terlalu komersil. Ada pros & cons lah.

      Delete
  7. Baru ni dapat juga solat di Masjid ni. Cantik, cuma hairan kenapa agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah pengunjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti tempat lelaki macam mana. Kami tempat perempuan, ada dua tingkat. Di bawah tu memang kecil, saya naik atas lebih luas.

      Delete
  8. Alhamdulillah. Seronoknya dpt jadi tetamuNya.Doakan kami pun dijemput juga 1 hari nnt ye.Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah…moga Allah permudahkan niat baik kita semua.

      Delete
  9. Banyak perubahan berlaku setiap tahun kan
    Beza sungguh zaman ciknur kesana 2016 masa tu tgh membangun kirikanan bangunan tinggi
    Gua hira tmpt yg paling nak naik
    Walau orgkta apa gagahh naik ke atas jga alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikNur berjaya naik ya? Wah…Alhamdulillah!
      Kami join trip singkat, tak sempat nak buat macam-macam.

      Delete
  10. Alhamdulillah, seronoknya baca perkongsian Ujie. Pengalaman yang sangat berharga dapat melawat Hira Cultural District & Muzium Wahyu. Cantik sungguh pemandangan Jabal Nur dari bawah. Terima kasih kongsi info tambang dan panduan laluan di sana, berguna sangat untuk jemaah lain nanti. Semoga ada rezeki kami pulak dapat sampai ke Hira Cultural District dan jejakkan kaki ke sana suatu hari nanti, insya-Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu termasuk makan nasi unta. Kalau pergi sendiri ke tempat ni saja, rasanya kos tak setinggi itu.

      Delete
  11. Kene ada kekuatan nak mendaki tu jugak ye kak... kalau kebetulan tak sihat payah jugak tu kan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak mudah nak mendaki. Tambahan pulak panas terik sini lain macam.

      Kumpulan kami memang tak ada yang mendaki. Datang sekejap je untuk masuk muzium. Kalau nak mendaki kena uruskan sendiri.

      Delete
  12. Uncle ada experience tengok peniaga lari lintang pukang bila penguat kuasa datang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengah berurusniaga, macam mana agaknya ya 🤔

      Delete
  13. Alhamdulillah, pengalaman dan perkongsian yang sangat menarik Kak Ujie. Nampak selesa dan tersusun kawasan Hira Cultural District ni. Semoga ada rezeki saya pula dapat sampai ke sini suatu hari nanti, insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah memang selesa dan tersusun. Kemudahan lengkap untuk pengunjung.

      InsyaAllah..aamin.

      Delete
  14. Nampak jauh lah kan kalau nak naik Jabal Nur tu.
    Adik ada pergi masa dah habis haji. Dia pergi malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi, memang jauh dan tak mudah.
      Biasa jemaah naik malam, siang perit panas terik.

      Delete
  15. Salah satu yg saya kutang suka saat di tanah suci memang mana2 tempat wudhu tak disediakan sendal basahan. Sementara saya tak bawa juga. Kalau bersih tak apa, ini lantainya kebanyakan kotor. Dan berbau. 😔

    Next kalau kesana lagi, saya memang mesti bawa sendiri.

    Tak tahu juga ttg museum Wahyu ini. Tapi pas baca fee nya, mahal juga ya kak. Sebab dekat je tempatnya kan. Apalagi bus pun kotor.

    Soalnya pas saya umroh, ada acara tambahan berbayar, ke Thaif, harganya juga 100 riyal 😅. Tapi Thaif lebih jauh. Anggab lah inflasi yaa 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun akak sudah berusaha baca sana sini sebagai persediaan, tapi terlepas pandang berkenaan tempat wuduk. Dan tak pernah dengar orang cerita.

      Bila dah alami sendiri, tahulah lepas ni pergi mesti bawa selipar basahan sendiri atau pakai sandal yang boleh basah.

      Muzium Wahyu bayaran sebenar tak mahal. Harga kami bayar ni termasuk kos bas dan makan nasi unta. Jujurnya, memang terasa agak mahal bayaran yang dikenakan 😅

      Delete
  16. nampak macam ramaiiii je yang tengah mendaki tu...

    tempat baru ya
    bagus juga mereka sediakan tempat sebegini
    boleh jadi persinggahan buat mereka yg tak dapat nak mendaki ke gua hira'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ramai yang sedang mendaki. Masa ni lewat petang, dah kurang terik matahari.

      Kalau tak silap, Anies dah naik atas kan?

      Delete
  17. Saya pun, moga dapat naik Jabal Nur satu hari nanti. Rindunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah…aamin. Moga kunjungan sekali lagi kita dikurniakan kesempatan sampai ke Gua Hira’.

      Delete
  18. semoga satu hari nnt ada rezeki saya untuk sampai ke sana..
    seronok baca.. rasa mbayangkan sy sampai ke sana dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mun sudi baca.
      InsyaAllah moga Mun dan suami dapat segera sampai.

      Delete
  19. Allahuakbar mudahan ada rezeki sampai mekah lagi. Ni dah Macam2 perubahan mesti lagi best

    ReplyDelete
  20. Oh rupanya sama, aktiviti tambahan rupanya, pergi muzium dan makan nasi unta itu. Saya terlambat nak baca entri Ujie yang ini. Pemandangan tengok Jabal Nur di siang hari tu, priceless. Tinggi, kan... Saya yang naik sampai atas dengan kakak pun, berpeluh-peluh, balik hotel, pengsan keletihan.

    ReplyDelete
  21. saya pernah tengok penjual tu lari lintang pukang bila polis datang. terkejut saya kenapa tiba2 lari ni hahaha
    pergi gua hira ni pun under aktiviti tambahan. sebab kami tak makan nasi unta, bayar 35 riyal jela utk lawatan ke gua hira ni.

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****