Monday, 27 April 2026

Catatan Hujung Minggu | 25 - 26 April 2026

Hujung minggu kali ini tidak terlalu sibuk, tapi ada jugalah buat urusan di sana sini. Pagi hari Sabtu, saya dan Encik Suami ke Sungai Petani, Kedah selesaikan urusan di sana. Petangnya dalam perjalanan balik, kami singgah di Alor Setar.

Kami beli rak besi bertingkat heavy duty di Mega Rack Alor Setar. Harganya berbeza ikut ukuran panjang/lebar/tinggi rak dan jenis papan (chipboard atau plywood). Pilihan kami harganya RM291 untuk satu rak. Beli dua rak terus supaya muat susun barang hobi Encik Suami yang semakin bertambah 😇

Lepas tu kami singgah makan nasi ayam di Ahmad Foo Chicken Duck Rice. Ada satu lagi cawangan restoran di Sungai Petani yang lebih elok dan selesa, tapi entah kenapa saya rasa lebih sedap rasa makanan di sini. Jadinya kalau nak makan nasi ayam/itik Ahmad Foo, kami memilih makan di Alor Setar.

Kali ni kami pilih duduk di bahagian luar kedai - ruang di antara dua bangunan. Cuaca sesuai - redup dan tak rasa bahang panas.

Cendol Ahmad Foo Chicken Duck Rice Alor Setar
Cendol kegemaran saya - cendol biasa.

Hari Ahad pukul 11 pagi, hantar Jojo si anak jantan ke Klinik Haiwan DrVET Arau untuk appointment grooming. Sama macam sebelum ni, kami pilih pakej Platinum - mandian, potong kuku, trim bulu tapak kaki, cuci telinga, nyah gris dan Advocate (kutu, hama, cacing & kurap). Kali ini harga dah naik - sebelum ni RM70, sekarang jadi RM85.

Minta check juga luka di badan Jojo sebab malam sebelum tu Jojo balik rumah dengan darah segar di bahagian muka, kepala dan tangan (kaki depan tu kami panggil tangan). Keluar rumah cuma sejam lebih, sempat dia berlawan dengan haiwan apa entah. Kami bersihkan darah dan sapu ubat luka jenis gel yang doktor bagi sebelum ni. Alhamdulillah cuma luka ringan dan Jojo aktif seperti biasa - saya risau kalau dia berlawan dengan ular berbisa.

Lepas hantar Jojo, kami pergi makan dan membeli barang dapur di Kangar. Petangnya pukul 5 datang kembali ke klinik untuk ambil Jojo.

Eh…tau-tau dah habis hujung minggu.








27 comments:

  1. Aaaa.. kita² yg bela kucing ni memang panggil kaki depan tu tangan, kan, hihi. Aduhai, kelakar plak bila teringat. Nampak lembu, kambing, haiwan kaki empat lain, tahu pulak yang depan tu panggil kaki depan. Jojo sihat² ya, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe…kucing kan pegang apa-apa guna kaki depan, berfungsi macam tangan.

      Delete
  2. Ye betul..SA pun panggil tangan....harap- harap Jojo sihat dan xde yang memudaratkan kesihatan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua yang bela kucing gitulah agaknya kan, panggil kaki depan kucing tu tangan 😄

      Delete
  3. Sedapnya cendol minum time panas sejuk la tekak.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Rezeki dia lepas 2-3 tahun hidup sebagai kucing jalanan 😄

      Delete
  5. Pernah makan nasi itik. Jadi ada rasa teringin juga nak cuba di Ahmad Foo.
    Aduh aktif betul Jojo siap suka berlawan! Nasib baik ada tuan yang ambil berat hantar ke klinik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kucing kampung jantan, itu yang aktif 😄

      Delete
  6. Murah la grooming cost belah sana 👍🏻

    Sy pun suka cendol biasa, tak minat yg fancy² sangat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...kan, agaknya gitu citarasa orang dah makin tua 😄

      Delete
  7. Moga sihat aje kucingnya tuu

    Nampak sedap cendol kalau kena makan panas2 ni. Bestt

    ReplyDelete
  8. Cendol kacang favorite saya. Tak ada tambahan lain. Moga Jojo tak ada apa2. Betul masa sekarang cepat betul berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya sebab kita kategori orang lama, dari kecik makan cendol biasa 😄

      Delete
  9. Dah lama juga saya tak grooming anak2 bulu ini. Sebab mereka takut sangat ketemu orang baru. Tp dah harus digrooming memang. . Tak jauh beda hrg groomingnya kak. Cuma saya biasa panggil yg DTG ke rumah. Sebab anak2 bulu saya akan lebih stress kalau dibawa ke tempat yg jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi mudah tu boleh panggil datang rumah, senang terus buat untuk beberapa ekor anak bulu.

      Delete
  10. Ahmad Foo Chicken Duck Rice... macam menarik je.. nantilah kalau visit Wafi nak try. Husband suka makan itik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah cuba, kot kena dengan selera 😀

      Delete
  11. jojo ni gagah perkasa betul.. risau kalau bergaduh dgn haiwan berbisa. harap gaduh ngan kucing lain jela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia ni memang suka betul berlawan, pantang nampak apa-apa bergerak kat sekitar rumah 😄

      Kita pulak duduk area kampung/hutan, memang macam-macam haiwan ada keliling rumah ni.

      Delete
  12. Sedap makan Cendol time cuaca panas ni.....

    ReplyDelete
  13. Bila banyak aktiviti terasa cepat masa berlalu.. Tau tau ja dah habis weekend..

    ReplyDelete
  14. Sekejap aje masa berlalu lagi-lagi kalau weekend. Macam yeay hari ni Jumaat, esok udah Sabtu boleh santai-santai. Sekali eh udah Ahad petang kena menggosok baju pula untuk kerja esok huhuhuhu

    ReplyDelete
  15. Sedap tengok cendol Ujie. Baru² ni pun saya ada pekena cendol, tapi tak berapa kick pula. Untung Jojo. Hujung minggu memang pantas berlalu, kan. Huhu..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****