Friday, 24 April 2026

Aktiviti Sepanjang Menginap di Belum Rainforest Resort, Gerik

Sebelum meneruskan catatan kembara di Bumi Haramain, saya selesaikan dulu catatan percutian di Belum Rainforest Resort.

Berikut merupakan aktiviti yang kita boleh lakukan sepanjang menginap di sini :

⏵ EKSPLORASI SEKITAR KAWASAN PENGINAPAN
Belum Rainforest Resort, Gerik
Kawasan resort luas dengan bentuk muka bumi berbukit. Terasa penat jugalah tapi seronok dapat memerhati dan menikmati keindahan lanskap di sini.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Jalan-jalan menikmati keindahan tasik dengan air berwarna kehijauan.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Aktiviti kegemaran saya - memotret flora.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Perhatikan juga di atas pokok ya 😁


⏵ MORNING WALK
Belum Rainforest Resort, Gerik
Jalan-jalan menikmati suasana pagi di sini.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Pemandangan sekitar pukul 7.10 pagi.


⏵ AKTIVITI LAIN YANG TIDAK BERBAYAR
Belum Rainforest Resort, Gerik
Lawatan ke Rumah Temenggor. Rumah ini terletak berhampiran Hornbill Restaurant. Bolehlah masuk untuk menyaksikan rupa rumah kampung dan selitan sejarah laluan Timut-Barat.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Mini gimnasium di ruang terbuka. Lokasinya di rooftop penginapan Chengal.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Bersebelahan dengan ruang legar terdapat kaunter yang menempatkan Recreational Centre, welcome drink dan jualan makanan ringan/makanan segera. Di sini juga tersedia dua buah meja dengan beberapa permainan seperti papan catur.

Welcome drink yang sedap! Kali pertama merasa minuman ni ketika kami baru tiba untuk mendaftar masuk.

Belajar main catur dengan Encik Suami sambil menikmati minuman, tapi yang mengajar pun dah lama tak main - dah tak ingat sangat 😆

Terdapat satu lagi Game Centre yang terletak di bangunan penginapan Chengal - berhampiran tangga menuju ke restoran. Selain itu ada juga Reading Area dan kita boleh lakukan aktiviti mencerap bintang (stargazing) di rooftop penginapan Chengal.

Belum Rainforest Resort, Gerik
Paling menarik - rainforest infinity pool.

Saya tak pandai berenang, masuk kolam renang cuma untuk bermain air dan duduk di hujung kolam sambil menikmati panorama alam.


⏵ AKTIVITI BERBAYAR
Kadar caj aktiviti bermula dari RM15/seorang.

Klik foto untuk paparan lebih jelas.

Tujuan kami ke sini hanya untuk bersantai dan berehat dalam suasana alam semula jadi, tak bercadang nak buat aktiviti merentas hutan selama berjam-jam yang memerlukan banyak tenaga. Saya cuma berhasrat nak buat aktiviti Night Trekking, tapi nampaknya tak ada rezeki - laluan hutan untuk Night Trekking masih dalam proses penyelenggaraan.

Sebagai ganti, kami buat aktiviti Elephant Spotting. Aktiviti ini dibuat pada waktu malam. Kami berdua bersama dua orang pelancong tempatan menaiki sebuah van pelancong yang dipandu melalui jalan utama dan masuk ke beberapa laluan kecil.

Sekali lagi, bukan rezeki kami - kumpulan kami gagal menemukan kelibat gajah. Rasa sedikit kecewa tapi memang dah sedia maklum aktiviti Elephant Spotting tak semestinya akan dapat nampak gajah. Bila difikir semula, takut juga kan kalau betul-betul jumpa gajah liar depan mata. 

Najis gajah di Lebuhraya Timur Barat
Foto najis gajah yang kami temui pada siang hari, masa ni saya dan Encik Suami keluar dari resort - memandu ke arah Jeli kemudian berpatah balik. Nak patah balik kenalah masuk laluan kecil yang ada di tepi jalan, jumpalah dengan longgokan najis ni. Fuh, mujur tak jumpa tuan punya najis 😅

Dalam kawasan resort, terdapat sebuah jeti tempat bermulanya aktiviti air. Pilihan aktiviti air - bamboo rafting, stand up paddle board dan kayak. Teringin pula nak cuba berkayak di Tasik Temenggor, jadi masa hari pertama tiba tu kami terus buat tempahan slot kayak untuk pagi hari kedua. InsyaAllah catatan aktiviti berkayak dalam entri khusus.

Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan jika berkunjung ke Belum Rainforest Resort ni. Perlu rancang awal kerana aktiviti seperti fishing trip dan jungle trekking tu kita kena bawa keperluan sendiri. Juga lebih bagus jika kita buat tempahan awal aktiviti tersebut bagi memastikan semuanya berjalan lancar.







24 comments:

  1. Menarik semua aktiviti yg disediakan di sini. Masuk bucket list dulu la 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawak anak-anak PH seronok ni, banyak aktiviti 😀

      Delete
  2. menarik semua aktiviti yg dikongsikan. bamboo rafting tu saya sukaaa! tapi ada masa yg ditetapkan pula ye, mcm tak best pulak.

    harap dpt pergi sini jugak one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teringin naik bamboo rafting tapi tak yakin nak berdiri atas tu 😄

      Ha ah, ikut masa ditetapkan tu je. Leceh sikit la, akak aritu nak buat awal pagi tak boleh.

      Delete
  3. Cantik semua pemandangan yang dikongsikan. Terapi mata untuk KSarie. Menariknya ada banyak aktiviti. Masuk dalam bucketlist. Semoga ada rezeki ke sini 1 hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah moga ke sini jugak, nanti boleh terapi mata dan jiwa 😊

      Delete
  4. Banyak aktiviti yang disediakan.. sesuai ni untuk mereka yang sukakan outdoor activity.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, seronok bagi yang sukakan outdoor activity dan alam semula jadi. Kalau yang tak suka tu mungkin akan rasa bosan dok sini 😅

      Delete
  5. Seronoknya aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ada percuma ada berbayar. Saya mungkin aktiviti yang tidak mencabar sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun pilih yang sederhana je tu, datang memang niat nak lepak santai 😁

      Delete
  6. Wah mcm² ada.. mmg x sempat nal rs bosan la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kecuali orang yang tak suka tempat gini dan tak minat outdoor activity 😄

      Delete
  7. Best dekat sini, suasana semulajadi dan pemandanga yg cantik. Pernah dulu bercuti di sini dengan keluarga mentua, sunyi dan sejuk malam².

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya sunyi, gelap sekitar. Cuma tak berapa sejuk masa saya ke sini, musim panas kurang hujan aritu.

      Delete
  8. Bestnya aktiviti macam ni. Boleh menikmati keindahan alam semulajadi.

    ReplyDelete
  9. Best mesti nyaman sejuk je kan kak.... tapi bagi dana yang bukan pencinta hutan memang payah la nak sampai. Mesti seronok kan kak , sebab semua lengkap kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..iya, tau Dana mesti tak gemar tempat gini.

      Delete
  10. SA ada tunjuk aktiviti Ujie dan suami ni kat Suami SA...dia cakap masuk wishlist la..mana tau bleh jadi kan Kg angkat jugak...

    ReplyDelete
  11. Menarik sangat dan seronok baca trip Ujie ni. Dah lama plan nak ke Belum tapi belum sampai2 lagi. Moga diizinkan satu hari nanti

    ReplyDelete
  12. Saya bayangkan kalau liburan di sini beberapa hari, memang refreshing sangat lah ❤️❤️❤️. Danaunya pun cantiiiik, kehijauan. Sukaaa ada lakukan utk jogging juga.

    Rumah kampung itu, best kan kalau punya juga 😍😍😄. Utk tempat tetirah kalau liburan 🤭.

    Samalah kak, saya pun dulu zaman sekolah diajarkan catur Ama papa. Suka bertanding lawan papa. Skr, dah lupa pun aturan nya 🤣🤣

    Kalau gajah liar sayapun seram 🤭🤭. Kecuali gajah dalam penangkaran memang seruuuu utk diajak main. Kalau di sini di Lampung dan Riau tempatnya

    ReplyDelete
  13. Cantiknya permandangan dan flora tu......

    ReplyDelete
  14. Sesekali menikmati alam macam ni syok juga.. Saya pun teringin nak tengok gajah liar.. Tapi takut.. 😂

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****