Beberapa tahun lalu, saya dan Encik Suami pernah makan di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kg. Chubadak, Kuala Lumpur - entrinya DI SINI.
Kemudian menerusi perkongsian sahabat blogger Ily pada bulan lepas, barulah saya tahu FLOW Smoke & Brew sudah pun membuka cawangan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menarik!
Kebetulan minggu lepas kami menginap selama tiga malam di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi - bolehlah mencuba makan di FLOW BANGI Smoke & Brew yang terletak di Bangi Gateway. Dekat je. Kami ke sini pada waktu senja, selepas Encik Suami balik kerja.
Senang nak kenal pasti restoran ini - di hadapan kedai ada alat salai dan susunan kayu api di rak. Ia bukan sekadar hiasan tapi digunakan untuk memasak daging dengan cara salai. Jadi, hasilnya memang tak mengecewakan - daging lembut dan berjus.
Rupa bahagian dalam restoran. Dekorasi menarik dan suasana yang cukup selesa untuk kita menikmati hidangan.
Pesanan makanan dibuat dengan cara imbas kod QR. Saya screenshot sebahagian menu sebagai rujukan. Buku menu turut disediakan, bolehlah membelek dengan lebih puas mata berbanding membelek menu pada skrin.
![]() |
| Smoked Lamb Ribs |
Macam biasa, kami pilih menu berbeza supaya boleh berkongsi merasa makanan berlainan. Pilihan saya Smoked Lamb Ribs / RM54.90 dan Encik Suami pula memilih Smoked Beef Back Ribs / RM99.90 (tiada foto). Menariknya di sini, pelanggan juga diberi pilihan side dish sama ada mahu mashed potato, steakhouse fries atau waffle fries.
Mana satu lebih sedap? Kami sepakat - Smoked Lamb Ribs lebih sedap, lebih lembut. Recommended!
Minuman saya - soda lemon asamboi / RM10.90.
Hari esoknya, sekali lagi kami ke sini untuk makan malam. Kali ini kami memesan tiga jenis makanan - mushroom soup, steakhouse fries dan nasi goreng kambing.
Mushroom soup rasa sedap, cuma ia terlalu pekat. Saya kurang suka tekstur begini. Steakhouse fries dengan tiga jenis sos pencicah tu memang sedap. Nasi goreng kambing (tiada foto) pun sedap sesuai dengan cita rasa kami.
Alhamdulillah…senang hati dapat makan sedap di tempat yang selesa begini. Cuma mungkin perlu ditambah baik cara servis oleh pelayan - ianya hal-hal kecil yang memberi nilai tambah pada sesebuah perniagaan.
***********************************
FLOW BANGI Smoke & Brew
D-7-G, Bangi Gateway,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
Selangor.
Waktu operasi :
Selasa - Jumaat | 4 petang - 11 malam
Sabtu | 12 tengah hari - 11 malam
Ahad | 12 tengah hari - 10 malam
Tutup | Isnin
Lihat menu penuh -> DI SINI






Mushroom soup memang nampak sangat pekat.
ReplyDeleteTak apalah, yang penting boleh diterima tekak.
Ya, masih boleh makan cuma jadi cepat muak 😄
DeleteSup kalu pekat memang kurang samaaa la ciknur ni
ReplyDeleteSoda lemon asam boi nmpkkk sedapp
Kita dah biasa makan sederhana pekat, bila pekat sangat jadi rasa tak kena pulak kan.
DeleteTak suka jugak sup terlalu pekat. Nampak sedap semua tu. Ruang makan selesa & cantik.
ReplyDeleteAlhamdulillah semua sedap kecuali sup kurang kena dengan selera.
DeleteKalau daging salai, mesti ambil masa lama untuk masak. Tapi rasa smoky tu memang sedap. Wah... harga bapakkk...
ReplyDeleteBetul, ambil masa 12-15 jam. Pernah tanya masa kami makan di FLOW KL. Tu pasal harga dia tinggi, tapi berbaloi sebab betul-betul lembut dan berjus.
DeleteDekat sgt dgn rumah ayah mertua ni... Boleh terjah sekali sekala huhuu
ReplyDeleteBolehlah Afif cuba.
DeleteSedapnya menu² pilihan, datang dua kali untuk mencuba menu yang berbeza. Menarik dan cantik tempatnya tu, jika ke Bangi boleh singgah ni.
ReplyDeleteKalau nak datang lain kali, tak tau bila lagi ada ke Bangi. Dah datang dua kali, puas hati 😀
DeleteMushroom soup tu nampak sedap dengan warna agak gelap tak macam biasa. Cuma agak pekat ya. Menu semua sedap ni
ReplyDeleteSedap terasa cendawannya, cuma terlalu pekat jadi cepat muak.
DeleteAduh, rugi takde foto makanan RM99 tu hihi... Gurau² je tau PU 😁
ReplyDelete😂 saya malas nak bangun. Ambil gambar makanan yang ada depan sendiri jelah.
Deleteoh duduk belah luar ke, patut selalu tak perasan.
ReplyDeleteboleh masuk dalam list ni :D
Mula tu ingat kat belah dalam, rupa-rupanya kat luar. Oklah rasa lebih lapang.
Deleteuittt boleh masuk dalam list ni.. kekadang klu ke bangi x tau nak makan kat mana
ReplyDeleteBoleh cuba Mun 👍🏽
DeleteNampak pun dah sedap...apa lagi kalau dapat makan...hihihi
ReplyDeleteKalau makan macam ni memang ngam dengan minuman bersoda & berlemon tu
Boleh hilangkan rasa muak makan daging.
DeleteSoup tu nampak cantik je texture dia... Uncle tak suka kalau cair sangat
ReplyDeleteSaya pun tak suka kalau cair sangat, sederhana pekat yang sedap.
DeleteKalau saya suka belek buku menu, puas sedikit tengok.
ReplyDeleteWow 2 kali berturut-turut pergi! Alhamdulillah makanan sedap tapi betul perkhidmatan kepada pelangganpun penting untuk pastikan mereka datang lagi.
Bagus kedai ni ada sediakan buku menu juga, senang nak belek menu.
DeleteSaya kalau dah suka, memang akan datang berkali sebab nak cuba menu lain 😀
Kalau kat Bangi Getaway boleh carilah nanti. Ehhhh Ujie memang tinggal area ni dah ke?.
ReplyDeleteTaklah Ezna, saya menetap di Perlis. Ni ikut suami kerja 😀
DeleteAda cawangan di Bangi ni bolehlah cuba. Macam menarik tempat dan menunya. Harga pun standard resto/cafe. Rasa selesa makan di ruang makan begini dan food plating pun menarik, instagrammable. Tak suka juga jenis mushroom soup pekat sangat. Suka tak pekat, tak cair gitu.
ReplyDeleteSuami baru ajak SA makandan lepak kat sini..boleh la pi ni Ujie dah review..
ReplyDeleteMushroom soup kalo pekat sangat, cepat bikin muak. Saya pun lebih suka yg teksturnya jangan terlalu pekat.
ReplyDeleteTapi kalau smoked beef, memang sedaaap lah 🤤🤤. Daging jadi lebih juicy kalau dimasak asap begini