Monday, 10 November 2025

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi

Beberapa tahun lalu, saya dan Encik Suami pernah makan di FLOW Smoke & Brew yang terletak di Kg. Chubadak, Kuala Lumpur - entrinya DI SINI.

Kemudian menerusi perkongsian sahabat blogger Ily pada bulan lepas, barulah saya tahu FLOW Smoke & Brew sudah pun membuka cawangan di Bandar Baru Bangi, Selangor. Menarik!

Kebetulan minggu lepas kami menginap selama tiga malam di Tenera Hotel, Bandar Baru Bangi - bolehlah mencuba makan di FLOW BANGI Smoke & Brew yang terletak di Bangi Gateway. Dekat je. Kami ke sini pada waktu senja, selepas Encik Suami balik kerja. 

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Senang nak kenal pasti restoran ini - di hadapan kedai ada alat salai dan susunan kayu api di rak. Ia bukan sekadar hiasan tapi digunakan untuk memasak daging dengan cara salai. Jadi, hasilnya memang tak mengecewakan - daging lembut dan berjus.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Rupa bahagian dalam restoran. Dekorasi menarik dan suasana yang cukup selesa untuk kita menikmati hidangan.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Pesanan makanan dibuat dengan cara imbas kod QR. Saya screenshot sebahagian menu sebagai rujukan. Buku menu turut disediakan, bolehlah membelek dengan lebih puas mata berbanding membelek menu pada skrin.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Smoked Lamb Ribs
Macam biasa, kami pilih menu berbeza supaya boleh berkongsi merasa makanan berlainan. Pilihan saya Smoked Lamb Ribs / RM54.90 dan Encik Suami pula memilih Smoked Beef Back Ribs / RM99.90 (tiada foto). Menariknya di sini, pelanggan juga diberi pilihan side dish sama ada mahu mashed potato, steakhouse fries atau waffle fries.

Mana satu lebih sedap? Kami sepakat - Smoked Lamb Ribs lebih sedap, lebih lembut. Recommended!

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Minuman saya - soda lemon asamboi / RM10.90.

Hari esoknya, sekali lagi kami ke sini untuk makan malam. Kali ini kami memesan tiga jenis makanan - mushroom soup, steakhouse fries dan nasi goreng kambing.

FLOW BANGI Smoke & Brew, Bandar Baru Bangi
Mushroom soup rasa sedap, cuma ia terlalu pekat. Saya kurang suka tekstur begini. Steakhouse fries dengan tiga jenis sos pencicah tu memang sedap. Nasi goreng kambing (tiada foto) pun sedap sesuai dengan cita rasa kami.

Alhamdulillah…senang hati dapat makan sedap di tempat yang selesa begini. Cuma mungkin perlu ditambah baik cara servis oleh pelayan - ianya hal-hal kecil yang memberi nilai tambah pada sesebuah perniagaan.

***********************************

FLOW BANGI Smoke & Brew
D-7-G, Bangi Gateway,
Seksyen 15, Bandar Baru Bangi,
Selangor.

Waktu operasi :
Selasa - Jumaat | 4 petang - 11 malam
Sabtu  | 12 tengah hari - 11 malam
Ahad | 12 tengah hari - 10 malam
Tutup | Isnin

Lihat menu penuh -> DI SINI






31 comments:

  1. Mushroom soup memang nampak sangat pekat.
    Tak apalah, yang penting boleh diterima tekak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, masih boleh makan cuma jadi cepat muak 😄

      Delete
  2. Sup kalu pekat memang kurang samaaa la ciknur ni
    Soda lemon asam boi nmpkkk sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita dah biasa makan sederhana pekat, bila pekat sangat jadi rasa tak kena pulak kan.

      Delete
  3. Tak suka jugak sup terlalu pekat. Nampak sedap semua tu. Ruang makan selesa & cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua sedap kecuali sup kurang kena dengan selera.

      Delete
  4. Kalau daging salai, mesti ambil masa lama untuk masak. Tapi rasa smoky tu memang sedap. Wah... harga bapakkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, ambil masa 12-15 jam. Pernah tanya masa kami makan di FLOW KL. Tu pasal harga dia tinggi, tapi berbaloi sebab betul-betul lembut dan berjus.

      Delete
  5. Dekat sgt dgn rumah ayah mertua ni... Boleh terjah sekali sekala huhuu

    ReplyDelete
  6. Sedapnya menu² pilihan, datang dua kali untuk mencuba menu yang berbeza. Menarik dan cantik tempatnya tu, jika ke Bangi boleh singgah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak datang lain kali, tak tau bila lagi ada ke Bangi. Dah datang dua kali, puas hati 😀

      Delete
  7. Mushroom soup tu nampak sedap dengan warna agak gelap tak macam biasa. Cuma agak pekat ya. Menu semua sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap terasa cendawannya, cuma terlalu pekat jadi cepat muak.

      Delete
  8. Aduh, rugi takde foto makanan RM99 tu hihi... Gurau² je tau PU 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. 😂 saya malas nak bangun. Ambil gambar makanan yang ada depan sendiri jelah.

      Delete
  9. oh duduk belah luar ke, patut selalu tak perasan.
    boleh masuk dalam list ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mula tu ingat kat belah dalam, rupa-rupanya kat luar. Oklah rasa lebih lapang.

      Delete
  10. uittt boleh masuk dalam list ni.. kekadang klu ke bangi x tau nak makan kat mana

    ReplyDelete
  11. Nampak pun dah sedap...apa lagi kalau dapat makan...hihihi
    Kalau makan macam ni memang ngam dengan minuman bersoda & berlemon tu

    ReplyDelete
  12. Soup tu nampak cantik je texture dia... Uncle tak suka kalau cair sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak suka kalau cair sangat, sederhana pekat yang sedap.

      Delete
  13. Kalau saya suka belek buku menu, puas sedikit tengok.
    Wow 2 kali berturut-turut pergi! Alhamdulillah makanan sedap tapi betul perkhidmatan kepada pelangganpun penting untuk pastikan mereka datang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kedai ni ada sediakan buku menu juga, senang nak belek menu.
      Saya kalau dah suka, memang akan datang berkali sebab nak cuba menu lain 😀

      Delete
  14. Kalau kat Bangi Getaway boleh carilah nanti. Ehhhh Ujie memang tinggal area ni dah ke?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taklah Ezna, saya menetap di Perlis. Ni ikut suami kerja 😀

      Delete
  15. Ada cawangan di Bangi ni bolehlah cuba. Macam menarik tempat dan menunya. Harga pun standard resto/cafe. Rasa selesa makan di ruang makan begini dan food plating pun menarik, instagrammable. Tak suka juga jenis mushroom soup pekat sangat. Suka tak pekat, tak cair gitu.

    ReplyDelete
  16. Suami baru ajak SA makandan lepak kat sini..boleh la pi ni Ujie dah review..

    ReplyDelete
  17. Mushroom soup kalo pekat sangat, cepat bikin muak. Saya pun lebih suka yg teksturnya jangan terlalu pekat.

    Tapi kalau smoked beef, memang sedaaap lah 🤤🤤. Daging jadi lebih juicy kalau dimasak asap begini

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****