Sunday, 30 November 2025

Catatan Hujung Minggu | 30 November 2025

Catatan hari Ahad, 30 November 2025.

Hujan tanpa henti selama berhari-hari di tempat saya sudah pun berhenti sejak hari Jumaat lalu. Tengah hari semalam (hari Sabtu), buat kali pertama matahari muncul kembali setelah menghilang selama lapan hari. Alhamdulillah!

Hari ini saya dan Encik Suami ke bandar Kangar dan Arau. Macam biasa, kami akan keluar awal pagi supaya sempat kembali ke rumah menjelang waktu Zohor.

Pagi pertama dengan sinaran matahari dan langit cerah.

Kopi Arau
Sarapan pagi di Arau Kopi yang terletak kira-kira 20 km dari rumah.

Selepas bersarapan di Arau, kami ke Kangar pula. Sepanjang perjalanan saya menyaksikan banyak tempat yang masih belum surut air banjir. Deretan kenderaan di parkir di bahu jalan kerana rumah-rumah penduduk di tepi-tepi jalan masih digenangi air.

Kawasan sawah padi yang ditenggelami air.

Jalan di hadapan deretan kedai yang masih digenangi air.

Antara rumah penduduk yang ditenggelami air. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Genangan air banjir mengubah pemandangan di sini.

Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Singgah sebentar di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Saya panggil ‘masjid gula-gula’ sebab kubahnya seperti manisan di atas biskut kecil - biskut zaman dulu, entah apa namanya. Cantik reka bentuk masjid ini, bahagian dalam dewan solat juga nampak gah. Kawasan sekelilingnya juga menarik dengan pemandangan sawah padi. Masjid ini antara masjid yang kerap saya kunjungi untuk tumpang solat atau ke tandas.

Kangar Jaya Mall
Kemudian kami ke Kangar Jaya - pusat perniagaan yang menjadi tumpuan terbaharu di Perlis. Di sini terdapat banyak kedai terkemuka - antaranya Starbucks, The Coffee Bean & Tea Leaf dan Texas Chicken.

Terkini, Kangar Jaya Mall (foto di atas dan di bawah) pula dijangka akan memulakan operasi sekitar Disember ini. Ia bakal menjadi mercu tanda terbaharu di negeri ini.

Kangar Jaya Mall
Kangar Jaya Mall bakal menjadi pusat beli-belah terbesar di negeri Perlis.

Ia juga bakal mencatat sejarah dengan mengembalikan operasi pawagam setelah 25 tahun Perlis tanpa pawagam. Menariknya, ia akan beroperasi mengikut Garis Panduan Pawagam yang ditetapkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Kali pertama dan terakhir saya ke pawagam ketika zaman remaja, iaitu lebih 25 tahun lalu. Mungkinkah kali ini saya akan kembali menjejak kaki di pawagam?

Sekolah Kebangsaan Seri Perlis
Dari Kangar Jaya kami ke lokasi seterusnya. Sedang elok parkir kenderaan, saya nampak bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Perlis nun di seberang jalan. Terus teringat, kalau tak silap sahabat blogger Nur a.k.a. Tot pernah bersekolah di sini. Dalam kejadian ribut pada bulan Ogos lalu, bumbung sekolah ini diterbangkan angin kencang.

Hannan Medispa Perlis
Saya ke sini - Hannan Medispa Perlis untuk mencuba rawatan kulit kepala. Pertama kali saya buat scan kulit kepala, hasilnya mendapati kulit kepala saya jenis berminyak dan sensitif. Consultation dan rawatan selesai dalam tempoh lebih kurang 1 jam 30 minit.

Wansyah Kitchen
Dah tengah hari, perut dah lapar. Kami menjamu selera di Wansyah Kitchen.

Sebelum balik rumah, kami singgah kedai runcit beli sedikit keperluan dapur. Beginilah cerita hujung minggu saya. Saya catat agak terperinci sebagai kenangan sepanjang menetap di negeri ini.







37 comments:

  1. Aik? Selalunya gambar banjir nampak macam bencana... tapi gambar banjir kat sini nampak cantik pulak...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah hujan dah berhenti. Dua hari lepas cuaca elok panas. Cantiknya permandangan pagi di Perlis. Syukur banyak tempat dah surut tu.
    Ohh kubah tu macam biskut aiskrim tu. Unik pulak begitu. Perlis dah ada mall besar. Sakanlah orang datang sini nanti ada pawagam sekali.
    Sedapnya menu makan tengah hari Kak Ujie tu. Masak lemak dengan ikan goreng dan sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terus panas terik sampai harini. Tapi masih ada tempat masih belum surut air.

      Ooh...biskut aiskrim namanya 😄

      Delete
    2. Banjir termenung orang kata kan. Harap cepatlah surut tu. Mungkin sebab atas dia tu macam aiskrim kon, itu yang orang panggil biskut aiskrim. Tu tempat sayalah, tempat lain tak tahu orang panggil apa.

      Delete
  3. saya suka tengok panorama kejauhan macam tu, perasaan menjadi bagian dari alam yang luas tu.. banyak kawasan yang masih digenangi air termenung.. moga dikurniakan kesabaran kepada mangsa banjir dan dipermudah semua urusan mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, sampai harini pun masih ada yang digenangi air. Sedih tengok.

      Delete
  4. Syukur alhamdulillah hujan dah berhenti...wah Ujie buat rawatan kulit kepala...mesti best ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sebab boleh scan kulit kepala, dapat tau jenis kulit dan masalah kita. Cuma rawatannya saya rasa kurang berbaloi dengan nilai yang dibayar.

      Delete
  5. Cantik gambar pertama tu kak, lagi la ada pemandangan gunung tu. Tapi setiap gambar banjir akak tu nampak cantik je... harapnya padi yang digenangi air tu akan cepat surut la ye. Ke takde apa jadi pada padi2 tu ye kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar banjir tu jadi cantik sebab langit cerah dan ada reflection pada air 😄

      Padi jadi rosak bila digenangi air banjir. Kesian para pesawah yang terlibat.

      Delete
  6. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat 🤲🏻
    Di Gombak pun matahari kembali bersinar sejak Sabtu lepas. Nikmat sungguh rasanya bila nampak matahari kan? Terasa hilang susah hati, kembali bersemangat kan. Alhamdulillah ala kulki hal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..
      Hehe iya, bila hari-hari hujan suasana gelap, badan jadi lemau.

      Delete
  7. masih digenangi air
    tp yg ada pencawang tu rs serammmm
    tkt renjatan letrik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...harapnya pihak TNB dah buat pemantauan kat situ.

      Delete
  8. Alhamdulillah, matahari dh x malu-malu lagi... comel la pulak nama timangan bg masjid tu.. hihihi

    Kesiannya tgk rumah yg masih ditenggelami air tu.. apalah daya kita ni nk membantu.. mmg mata je berat memandang skrg... kita doakan mereka tabah menghadapi ujian Allah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namanya panjang sangat, kita bagilah nama ringkas 😀

      Ya, tak boleh nak buat apa dengan banjir. InsyaAllah aamin..

      Delete
  9. Teruk jugak banjir kat sana baru2 ni kan. Lipis dah start panas hari Sabtu sampai la hari ni terik dah. Dah berlalu musim sejuk beberapa hari je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang teruk Cie, bah besar terburuk sejak 15 tahun lalu.

      Delete
  10. Moga dipermudah kan semua urusan mereka yang terkesan dengan banjir. Kuantan pun dah nampak matahari tapi cuaca masih rasa sejuk, Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamin..
      Betul laa...matahari terik tapi cuaca pagi sini sejuk dan berkabus.

      Delete
  11. Penuh lauk atas bubur itu.
    Tidak surut lagi air hujan.
    Wah ada pusat beli-belah terbesar!
    Hidup semula Kangar.
    Sayapun sebenarnya suka kalau tulisan terperinci apa dilakukan seharian macam diari. Boleh baca balik pada kemudian hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampai sekarang masih ada tempat belum surut, masih ada yang duduk di PPS.

      Kan..boleh menggamit kenangan.

      Delete
  12. Sekolah saya, sekolah saya! Terima kasih Ujie, share gambar. 😍🥰 Sudah ada jejantas rupanya. Dulu, tukang kebun a.k.a. Pak Dan, yang tolong lintaskan kami ke seberang, sambil bawa papan tanda STOP. 😁 Rindunya dengan Perlis. Musykil camanalah garis panduan menonton wayang di Perlis tu nanti. Nanti share ya, Ujie, kalau Ujie pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...sama-sama Tot 😀
      Oh..dulu tak ada jejantas tu.

      InsyaAllah kalau pergi saya pasti share pengalaman kat sini. Lagi pulak dah lama tak masuk pawagam, rupa pawagam pun tak tahu 😄

      Delete
  13. sarapan bubur berlauk tu sedap nmpk

    ReplyDelete
  14. Minggu yang sama Achik & rakan-rakan sekerja hampir musibah kerana terpaksa meredah banjir balik ke Kedah ...JJCM kat Perlis best...banyak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Achik & kawan-kawan selamat. Menakutkan jugak terpaksa redah banjir. Berdebar!

      Delete
  15. haah lah wlupun digenangi air banjir tapi hasil foto kak ujie semua nampak cantik! kami di selatan Perak pun kebanjiran juga & start ptg smlm hujan kembali lagi hingga tgh hari khamis ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii Ana! Lama menghilang.

      Hehe...cuaca elok, gambar jadi cerah cantik.

      Ada baca berita katanya 6 negeri alami hujan berterusan. Perlis panas terik.

      Delete
  16. Oh, tak lama dah ada mall la kat sana seiring pertambahan penduduk Perlis, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami antara yang menambah jumlah penduduk sini 😄

      Delete
  17. 25 THN tanpa pawagam, saya langsung ingat Aceh. THN 1990an Aceh msh ada bioskop, tapi saat pemberlakuan daerah darurat militer, dihapus. Dan sejak menjadi propinsi syariah Islam, memang dihapus sampai skr. Di Perlis pakai syariat Islam juga kah kak?

    Belum pernah ke Perlis, nantilah suatu saat nak juga eksplor kotanya.

    Sekarang nih, saya happy jika matahari bersinar. Hujan selalu, buat baju jadi susah kering . Terpaksa masuk mesin dryer kalau hujan begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Perlis tiada pawagam sebab katanya pada masa tersebut kurang permintaan. Bisnes pawagam tak dapat sambutan, jadi tutup operasi. Perlis negeri paling kecil di Malaysia, penduduknya tidak ramai.

      Insya Allah moga ada kesempatan Fanny explore negeri kecil ini. Negeri yang sederhana, tidak maju seperti negeri lain tapi sangat tenang.

      Delete
  18. kesiannya tengok rumah tu... habis rosak semua harta benda. semoga sekarang dah surut lah banjirnya..

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****