CATATAN TRIP KE CHINA - WILAYAH YUNNAN & JIANGSU | 10 - 14 APRIL 2025
Sambungan catatan terdahulu —> Menginap Dua Malam di Liyang Marriot Hotel, Liyang
Hari pertama ketika kami tiba di Liyang, sudah pun lewat malam. Hari kedua merupakan hari yang padat, dari pagi hingga ke petang kami melawat kilang - inilah tujuan kedatangan kami ke sini.
SARAPAN PAGI DI LANZHOU BEEF NOODLES | Kami memulakan pagi dengan bersarapan di Lanzhou Beef Noodles, kedai makan halal yang terletak berhampiran hotel penginapan kami.
Ini kali kedua kami makan di sini. Catatan terdahulu berkenaan kedai makan ini dalam entri Terbang ke Nanjing dengan China Eastern Airlines dan Makan Malam di Lanzhou Beef Noodles, Liyang
Paparan menu di kedai ini hanya dalam aksara Cina, kami pula datang berdua saja tanpa kawan Cina. Bagaimana nak pesan makanan? Kami tunjuk saja foto (di skrin telefon saya) mi tarik yang kami makan malam tadi π
Kalau ada buku menu boleh juga main tunjuk nak makan apa, tapi kedai ini tak menyediakan buku menu. Saya cuba juga gunakan Google Translate, tapi hasil terjemahan tidak begitu diyakini.
![]() |
| Mi tarik. |
Walaupun kedai ini hanya seorang saja yang bekerja (waktu siang diuruskan oleh si suami) dan perlu menghasilkan mi tarik (uli dan tarik doh) setiap kali terima pesanan pelanggan, tapi tempoh masa menunggu tak begitu lama.
Kagum saya tengok pergerakan tangannya laju melakukan kerja-kerja di dapur sambil sesekali berhenti seketika bagi mengambil pesanan dan menguruskan pembayaran.
![]() |
| Chinese burger. |
Selain mi tarik, kami turut memesan Chinese burger - kami tunjuk poster kecil yang terpapar di sudut dinding kedai π
Nampak ringkas je Chinese burger ni, tapi rasanya sedap! Sama seperti mi tarik yang nampak ringkas macam tak ada isi sangat, tapi rasanya sedap.
SARAPAN RINGKAS DI LIYANG MARRIOT HOTEL | Penginapan kami termasuk bufet sarapan, tapi sudah tentu tak banyak pilihan makanan halal untuk kami nikmati. Makanya, kami terus saja bersarapan di kedai makan halal.
Selesai makan di kedai, kami kembali ke hotel dan menyertai kawan-kawan lain yang baru saja nak bersarapan. Sambil tu bolehlah melihat suasana bufet sarapan di hotel, juga memerhati kalau ada makanan yang diyakini halal.
Saya ambil jus oren, juga salad dan potongan buah. Duduk makan sekejap sambil berborak dengan yang lain.
HIDANGAN TEH CINA | Negara China terkenal dengan pelbagai jenis teh dan budaya minum teh. Semasa lawatan kilang, kami dihidangkan dengan minuman teh. Memang sesuai sangatlah kerana udara di Liyang agak sejuk.
Saya tak pasti jenis teh yang dihidangkan. Hasil terjemahan pada bekas teh ini menyatakan ianya produk Tianmu Lake Dengming Tea Tree Planting Family Farm Co. Ltd - syarikat pengeluar teh di Liyang. Kemudian barulah saya tahu Liyang juga dikenali sebagai 'Tea Village'.
Daun teh kelihatan segar berwarna hijau. Mula-mula daun teh berkumpul di bahagian atas minuman, selepas beberapa ketika daun teh turun ke dasar gelas.
Mungkin kerana saya dah biasa minum Ahmad Tea Green Tea tanpa tambahan gula, jadinya saya tiada masalah untuk menikmati teh sebegini. Tiada rasa yang tak menyenangkan. Cuma ada sedikit rasa pahit jika teh sudah terendam lama. Selepas beberapa ketika, mereka akan buang minuman kita untuk diganti dengan daun teh baharu.
KENDERAAN UNIK DI LIYANG | Semasa dalam kenderaan, barulah saya dapat memerhatikan rupa bandar Liyang. Sebuah bandar yang nampaknya teratur dan bersih, juga bebas kesesakan kenderaan mahu pun manusia. Menurut pemandu yang membawa kami, kawasan ini merupakan bandar baharu - penduduknya tidak begitu ramai.
Saya nampak beberapa jenis kenderaan unik (yang tidak biasa dilihat) berada di jalan raya :
Kenderaan roda tiga dengan pelbagai rupa, ada yang besar seperti lori.
Kenderaan roda tiga seperti sebuah motor.
Dan ini paling unik dan canggih - autonomous vehicle (AV) iaitu kenderaan tanpa pemandu! Kenderaan penghantar barang ini bergerak tanpa ada manusia di dalamnya. Masya Allah hebat sungguh akal fikiran manusia kurniaan Allah.
ANGIN KENCANG | Walau cuma seketika saya di Liyang, saya dapat menyaksikan keadaan angin kencang di sini sehingga menerbangkan benda yang ada di luar bangunan. Saya sendiri terasa seperti mahu melayang apabila angin bertiup kencang, pada hal saya bukanlah kategori orang yang kurus.
Kebetulan pada masa tersebut kerajaan China ada mengeluarkan amaran angin kencang di utara China (bukan di Liyang), juga nasihat supaya individu dengan berat kurang 50 kg tidak keluar rumah. Sekali dengar macam lucu kan? Tapi bila dah rasa sendiri situasi angin kencang, saya jadi lebih faham kenapa nasihat tersebut dikeluarkan.









Nasib baik ada ambil gambar makanan yang sudah dicuba untuk pesan lagi.
ReplyDeleteHehe memang lucu ada larangan mereka yang bawah 50 kg tidak boleh keluar rumah. Kena tahu berat berapa.
Hehe itulah, lucu bunyinya tapi memang perlu nasihat gitu. Nanti ada pulak orang cedera sebab melayang π
Deleteteh cina memang pure sangat kan rasa teh nya.. comel pula kereta tu Ujie..
ReplyDeleteComel kan, roda tiga macam mainan π
DeleteKuat betul angin tu ye... Org dewasa pun ada berat 50kg kan...
ReplyDeleteMujurlah kita ni suka ambil gambar makanan kan PU, berguna juga hihi
Iya, saya pernah berat kurang 50 kg. Masa tu umur dah 30 π
DeleteHaha...betul!
Kenapa kenderaan roda tiga tu takde kat sini kan? Jimat duit beli tayar!
ReplyDeleteEhh betul jugak kan. Jimat kos sebiji tayar π
DeleteKenderaan tanpa pemamdu tu unik tapi macam tak biasa sebab tak ada kat Malaysia kan....
ReplyDeleteCanggih kan!
DeleteI love ❤️ tea. Lovely photos. I enjoyed this tour and unique vehicles. Warm greetings from Montreal, Canadaπ π¨π¦
ReplyDeleteThank you Linda π
Deletecomel kenderaan kat saya tu kak...
ReplyDeleteHehe...itu yang tertarik akak tengok.
DeleteSenang ada kedai halal berdekatan tempat penginapan. Tak perlu mencari jalan jauh-jauh. Patutnya dorang dah boleh mulakan letak sekali english kan, barulah international. Setiap kali kalau pelancong datang mesti ada masalah untuk pesan makanan.
ReplyDeleteUnik betul burger dia. Leper semacam.
Sedap dapat menikmati teh segar. Kalau dah biasa minum tanpa gula, tak jadi masalah untuk kita.
Comelnya je beberapa kenderaan tu.
Katanya penganjur sengaja cari hotel yang berdekatan dengan kedai makan halal bila tau kami Muslim. Alhamdulillah!
DeleteRasanya kawasan ni tak ramai pelancong luar, jadi peniaga pun tak fikir ada keperluan menu bahasa Inggeris.
Orang China tu risau kami tak boleh minum teh yang diberi, siap offer minuman lain π
Masya-Allah, kenderaan tanpa pemandu. Hebatnya. Luas pemandangan bila berada di negara orang. Mesti angin kuat sangat tu, sampai orang berat kurang 50kg pun dinasihatkan tak keluar rumah. Takut pula.
ReplyDeleteChinese burger tu nampak sedap.
Saya rasa kagum sangat masa mula-mula tahu kenderaan tu boleh bergerak di jalan raya tanpa pemandu.
DeleteMemang menakutkan, bayangkanlah orang pun boleh melayang!
sedapnya chinese burger tu. nasib baiklah ada ambil gambar makanan hari sebelumnya, nak harapkan google translate kadang2 tak accurate sangat.
ReplyDeletecutenya bentuk kenderaan kat sana. kereta AV tu paling mindblown!
Betul, memang tak tepat pun. Kadang jadi pelik hasil terjemahannya.
DeleteKan...kagum!
Lanzhou beef noodles tu sedapnyaaaa.....SA suka mee tarik macam tu...sedap..puas makan
ReplyDeleteKalau yg AV dan kendaraan roda 3 macam motor, itu banyak di Medan dan Aceh π€£π€£. Kec AV baru ada di Tangerang city sebagai public transport. Hanya saja jalannya lambat, jadi kurang menarik orang2 ππ€.
ReplyDeleteSayang pula tak ada buku menunya ya kak. nasib baik kakak dah simpan fotonya ππ