Hujung minggu lalu, saya dan Encik Suami ke Gerik, Perak. Dalam perjalanan, kami singgah makan tengah hari di sebuah kafe yang terletak di Sik, Kedah.
Saya terpandang kafe Sudut Kopi ini semasa kami sedang mencari kedai makan. Lokasinya tak jauh dari jalan besar, memang mudah dilihat.
Ruang dalam kafe. Saya suka suasana santai di sini.
Sudut Kopi - Coffee & Eatery. Bukan hanya ada kopi dan hidangan ringan, kita juga boleh menikmati pilihan hidangan mi, nasi dan pasta.
![]() |
Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Antara menu yang terdapat di Sudut Kopi.
Konsep layan diri - pesan dan bayar makanan di kaunter. Makanan akan dihantar ke meja, minuman pula kita perlu ambil sendiri di kaunter bila pager berbunyi.
Aneka kek dan pastri yang membuat saya keliru nak memilih. Semua nampak sedap 😋
Yang ini pun menggoda juga.
Peringatan mesra dengan cara kreatif 😀
Tak menunggu lama, satu demi satu hidangan kami tiba. Minuman kami turut dihantar ke meja, tak perlu bangun ambil di kaunter. Agaknya sebab masa ni tak ramai pelanggan, sempatlah mereka melayan hantar minuman.
Mini pavlova / RM3.
Nasi daging blackpepper / RM14.
Mi kari / RM8.
Minuman pilihan saya - Enggang Kopi Ais / RM11. Menurut petugas di kaunter, Enggang Kopi adalah Spanish Latte. Minuman pilihan Encik Suami - Americano Ais / RM9.
Alhamdulillah…semua makanan dan minuman kami sedap sesuai dengan cita rasa. Sebelum beredar, kami beli dua potong kek untuk makan bila sampai di Gerik. Encik Suami tak gemar makan manisan, jadinya kek yang dibeli saya makan sendiri.
*
Esok harinya semasa dalam perjalanan balik dari Gerik, sekali lagi kami singgah makan di Sudut Kopi. Dah kata sedap kan, haruslah kita ulang datang 😀
Kali ini saya mencuba spaghetti salted egg chicken crispy / RM16. Satu lagi hidangan - mi kari, sama seperti semalam.
Hot Pecan Praline Latte / RM12 pilihan saya. Encik Suami masih setia dengan Americano.
Alhamdulillah sedap! Seronok rasanya bila jumpa tempat makan yang memenuhi cita rasa. Dari segi layanan pula, sangat mesra dan pantas. Tapi sayang, kafe ini terletak jauh di Sik. Entah bila saya akan kembali menikmati hidangan di Sudut Kopi ini.
***************************
SUDUT KOPI
No. 1, Lot 11418, Kg. Batu Lima,
08200 Sik,
Kedah.
Waktu operasi :
Setiap hari | 11 pagi - 9 malam
Jumaat | 3 petang - 11 malam
Nasib baik jauh..kalau dekat SA pun nak terjah...
ReplyDeleteSpaghetti salted egg chicken crispy ni paling menambat mata. Deco cantik, simple, tenang, kemas jadi selesa sangat untuk makan. Alhamdulillah sedap. Moga kami sampai Sik nanti.
ReplyDelete