Kafe Ngopi yang terletak di bandar Kangar ini merupakan tempat mengopi yang agak selalu saya kunjungi sejak berhijrah ke Perlis. Lokasinya di Jalan Kapitol berhampiran bangunan bekas pawagam Kapitol yang kini bertukar menjadi pasaraya Borong Din AS.
Ngopi terletak di deretan bangunan lama.
Konsep kafe ini layan diri - buat pesanan di kaunter dan ambil sendiri hidangan. Ngopi hanya menawarkan hidangan ringan iaitu pelbagai jenis sandwich dan pastri. Sesuailah dengan konsep mengopi.
Sejak mengopi di Ngopi barulah saya kenal pelbagai jenis nama roti - ciabatta, foccacia, croissant, french baquette dan panini. Mula-mula dulu keliru juga nak pilih jenis roti mana satu untuk memesan sandwich sebab saya cuma kenal croissant. Sekarang mereka dah tulis jenis roti pada susunan roti dalam rak kaca begini, mudahlah kita nak mengenal pasti jenis roti yang dipilih.
![]() |
| Sumber foto dari Google Maps. |
Menu pilihan sandwich dan pastri.
Kafe dengan sentuhan gaya rustic menjadikan suasana lebih santai dan selesa.
Kami ke sini pada waktu tengah hari Ahad lalu, ketika ini tak ramai pelanggan. Sebenarnya hampir setiap kali kami datang (pada hari hujung minggu), kafe ini di penuhi dengan pelanggan. Meriah dengan suara orang berborak.
Tetapi pada hari hujung minggu tertentu, saya dapati kebanyakan kafe atau restoran terkenal di Perlis agak lengang atau kurang sesak berbanding biasa. Masa tersebut biasanya pada hujung minggu - sebelum masuk gaji, sebelum dan juga selepas cuti hujung minggu panjang (cuti hujung minggu bersambung cuti umum).
Kami duduk di meja bahagian belakang kafe, dari kedudukan saya ni boleh nampak barista menyediakan minuman. Dah siap makanan dan minuman yang dipesan, mereka akan panggil nama kita untuk ambil hidangan.
Hidangan kami berdua - dua jenis minuman, dua jenis sandwich dan sejenis pastri. Harga minuman - Americano / RM8 dan Mocha / RM11 dan harga Chocolate Roll / RM6.
Mocha - minuman coklat panas dengan rasa kopi. Sedap sesuai dengan cita rasa saya.
Ciabatta Smoky Beef / RM13. Dah makan sebahagian, barulah teringat nak ambil foto.
Foccacia Smoked Chicken Breast / RM13.
Saya lebih suka jenis roti foccacia berbanding ciabatta - permukaan luar rangup, lembut di dalam dan tak begitu kering. Rasa Foccacia Smoked Chicken Breast ini juga lebih menepati selera saya.
Kalau kalian ke Kangar, bolehlah cuba mengopi di sini. Tempatnya santai, harga berpatutan dan servis mesra pelanggan. Tapi kalau waktu ramai pelanggan, mungkin agak lama juga nak menunggu minuman siap.
Carian Google Maps - Ngopi@Kangar
***************************
NGOPI
No. 24, Jalan Kapitol,
Pusat Bandar Kangar, Kangar,
Perlis.
Waktu operasi :
Sabtu hingga Khamis | 9 pagi - 11 malam
Jumaat | 3 petang - 11 malam










When people always says Perlis cuma ada 8 orang, I suddenly imagine target market cafe ni very small. Haha.. It's just my silly head talking. nice cafe btw.. Kalau pegi kangar, mesti visit ni. Coffee dia nampak sedap. ! Thanks for sharing.
ReplyDeleteMasa zaman Covid haritu 8 orang, sekarang dah bertambah sejak kami suami isteri berhijrah ke sini 😂
DeleteRecommended 👍
Zhi silalah try ya 😀
wah..mewahnya pelbagai jenis roti.. saya kenal roti ..roti yang itu je lah haha naif sungguh. perlis negeri kecil tapi pesona dan tarikan uniknya lebih besar dari saiz negerinya
ReplyDeleteKita orang Malaysia memang semua panggil roti, tak ada jenis-jenis 😄
DeleteTerima kasih puji negeri tempat tinggal saya sekarang. Perlis memang unik dan menarik!
wahhhh menariknya kak, pelbagai jenis roti yang jarang jumpa... bila dah jadi sandwish pun menarik... cantik betul kedainya kak. Cantik kopi mocha love tu
ReplyDeleteBaru tahu ada macam-macam jenis roti, tekstur berbeza 😄
DeleteCiabatta Smoky Beef looks really tempting..makan plak ditemani Mocha panas...perghhhhh heaven sungguh...
ReplyDeleteSuasana kafe pulak sangat santai, memang bertambah syok 😀
DeleteMenarik sungguh cafe dia, Ujie. Bila tengok foccacia, teringat blogger Mulan. Banyak pilihan roti dan pastries. 😋
ReplyDeleteHaaa...yelah, baru teringat Mulan ada buat foccacia!
DeletePerlis banyak port makan sedap-sedap kan...
ReplyDeleteSyyy...Ujie dah rasa ke cucur udang kat Kampung Warna-warnj...saya masih teringat,-ingat ni..sekeping singgit tapi penuh udang..Uji kena cuba😍🤭
Waaah..nanti saya cari! Saya mmang peminat cuq udang style utara - kuah kacang.
DeleteSuka kedai vibes macam ni. Menu pun menarik je. Yang penting boleh mengopi.
ReplyDeleteDuduk ngopi sini terus rasa mood tenang, santai 😀
DeleteMenarik, boleh lepak santai dekat sini sambil mengopi...
ReplyDeletePH balik Kedah, lajak ke Kangar boleh ngopi sini 😀
DeleteCafe dengan aneka jenis roti begini yg saya suka. Bisa2 saya datang tiap hari untuk mencoba semua jenis rotinya 😍😍😍. So far saya juga suka foccacia. Tp masih tertarik sangat mencoba jenis roti yg saya blm coba
ReplyDeleteIya, akak pun rasa nak cuba jenis roti lain pulak.
DeleteKafe ni jauh jugak dari rumah, sekitar 25km. Kalau dekat memang selalu akak pergi ni 😁
Nama roti dalam bahasa Perancis tak silap sayakan? Hehe sayapun tidak kenal kecuali croissant. Setiap roti tekstur berbeza.
ReplyDeleteTak pasti pulak. Yang saya pasti tu nama jenis roti dari Eropah.
DeleteHehe...kan, setakat croissant tu tahulah 😄
cantiknya suasana dalam kedai. makanan pun nampak menarik.
ReplyDeletebaca roti Foccacia, teringat kak mulan pernah buat roti ni. tapi hias cantik2,hehe
Masuk blog Mulan, macam-macam nama makanan asing kita boleh belajar 😀
DeleteTeringin nk ke perlis🤭🤭entahhh bilaa agaknya sampai
ReplyDeleteBalik Perak, sambunglah ke Perlis cikNur 😀
DeleteWahh memang awesome cafe nya, macam2 jenis roti ada. Thanks for sharing Ujie. Hubby ada sebut nak ke Perlis boleh lah try.
ReplyDeleteYou're welcome 😊
DeleteWah...selamat datang ke Perlis!
Cantiknya hiasan pokok daun coklat berjurai tu.
ReplyDeleteSuasana jadi tambah santai, macam makan di ruang terbuka ada pokok besar 😀
DeleteMenarik sangat ni... insyallah balik kampung wajib singgah sini :D
ReplyDelete