⏵ PENENTUAN WAKTU SOLAT DALAM PENERBANGAN DENGAN HALAL TRIP
Saya tahu berkenaan Halal Trip sewaktu membuat carian persediaan trip ke Jepun. Ketika itu, buat kali pertama saya perlu menunaikan solat Subuh sewaktu dalam penerbangan.
Bagaimana kita nak tahu waktu solat Subuh ketika pesawat berada di udara? Cara paling asas adalah dengan memerhatikan ketika terbitnya fajar sadiq iaitu cahaya putih terang menyebar secara melintang di ufuk timur. [Bacaan lanjut di laman web muftiwp.gov.my]
Tetapi dengan teknologi masa kini, kita boleh rujuk laman Halal Trip bagi mengetahui waktu solat dengan lebih mudah.
Buka laman web https://www.halaltrip.com/prayertimes/inflight/ atau boleh juga gunakan aplikasi Halal Trip. Masukkan maklumat penerbangan dan klik calculate.
Paparan maklumat penerbangan dan waktu solat.
Berdasarkan pengiraan, waktu solat Subuh bermula pada pukul 4.37 pagi (waktu Malaysia).
![]() |
| Klik foto untuk paparan lebih jelas. |
Arah kiblat turut disertakan, boleh jadi panduan sekiranya terdapat ruang solat di sudut pesawat. Sila ambil maklum juga nota kaki berkenaan jam rujukan kita dan berkenaan ketepatan pengiraan waktu solat.
⏵ BERWUDUK DALAM TANDAS PESAWAT
Kalau waktu solat di awal penerbangan, lebih mudah kita siap-siap berwuduk di lapangan terbang sebelum naik pesawat. Tapi kalau sebaliknya, terpaksalah kita berwuduk dalam tandas pesawat.
Cabaran utama ketika nak berwuduk di dalam tandas pesawat - wuduk perlu dilakukan dengan segera dan tanpa kesan basah di tandas.
Syukurlah kedudukan kerusi saya tak jauh dari tandas, mudah saya perhatikan bila tandas kosong. Saya juga siap-siap pakai tudung jenis mudah buka dan sarung semula. Begitu juga pakaian, pakai lengan baju yang mudah disingsing. Buka stokin sebelum ke tandas dan tukar selipar. Pendek kata, buatlah persediaan supaya proses wuduk dalam tandas pesawat jadi mudah dan pantas.
Saya berwuduk dengan menggunakan botol spray saiz kecil. Lakukan wuduk pada anggota yang wajib saja (muka, tangan, kepala dan kaki) dan cukup buat 1 kali. Pastikan selepas spray anggota wuduk, airnya mengalir barulah kita ratakan air tersebut kecuali bahagian kepala (tak perlu air mengalir).
Sebelum keluar, pastikan tandas dalam keadaan kering demi keselesaan pengguna seterusnya.
⏵ PANDUAN SOLAT DALAM PESAWAT
Sama seperti solat biasa, cuma dilakukan dalam keadaan duduk. Bab pemakaian pula, saya bawa dan pakai sarung lengan supaya aurat lengan tak terbuka ketika melakukan pergerakan solat.
Panduan solat dalam pesawat - dalam keadaan duduk di kerusi pesawat.
Kalau rasa tak yakin atau bimbing terkeliru, eloklah buat amali solat dalam pesawat ini sebelum kita terbang. Semoga dengan segala persediaan rapi, kita dapat menunaikan solat dalam keadaan tenang dan mudah.
Sebarang kemusykilan, eloklah bertanya terus kepada mereka yang arif dan berkelayakan. Saya sekadar berkongsi menurut kefahaman dan apa yang saya yakini.





Terima kasih kak Ujie share panduan ni. Senang juga bila ada appsnya, mudah kita nak tahu masuk waktu solat.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteThanks for sharing Ujie.
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteWah! Baguslah... senang nak rujuk
ReplyDeleteBila dah tahu awal, mudah nak jaga masa.
Deletetq for sharing
ReplyDeleteSama-sama
DeleteThanks for sharing PU... semoga kita tak leka utk tunaikan solat walau di mana pun berada dan dlm apa keadaan sekali pun
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteInsyaAllah 💪
terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat.. mudah dengan adanya teknologi zaman ni ..
ReplyDeleteSama-sama.
DeleteBetul!
Bagus sangat perkongsian Kak ujie ni. Dalam flight tak dapat nak check waktu solat tempatan bila phone kita dalam flight mode. Saya pernah tertidur dalam flight lepas tu bila terbangun terus solat Subuh sbb tengok jam. Bila bukak penutup tingkap tu baru tau matahari dah terang-benderang kat luar 😅
ReplyDeleteBagus ni, bangun tidur je terus ingat solat 😀
Deletebaru tahu ada apps tu. thanks share!
ReplyDeleteberwuduk dalam tandas flight memang mencabar sebab sempitt
Betul! Dahlah sempit, nak kena buat segera, tapi tak boleh basah 😄
DeleteTerima kasih atas perkongsian Ujie...
ReplyDeleteSama-sama SA
DeleteSaya langsung install apk nya kak. Memang berguna sangaaat kalo sedang bepergian. Selama ini kalo terpaksa sholat dalam pesawat , saya lakukan tayamum, Krn kuatir tak bisa wudhu dengan kondisi toilet tetap kering. Tapi nak coba cari juga spray yg bisa saya gunakan untuk wudhu lah.
ReplyDeleteIya..ada option tayamum juga. Kita ikut situasi semasa.
DeleteMudah ya sekarang ada aplikasi bagitahu waktu solat. Kalau dahulu kena tengok luar dan kena yakin dah masuk. Lagilah waktu itu kiblat tak tahu mana. Jadi solat di kerusi tidak ikut kiblat.
ReplyDeleteSaya tak ikut arah kiblat juga ni walau dah tahu, sebab duduk di kerusi tetap tak dapat hadap kiblat.
DeleteTQ infonya..👍
ReplyDeleteSama-sama
DeleteSaya pernah merasa solat dalam kapal terbang, masa pergi umrah. Masa tu senang, sebab pilot buat pengumuman, cakap sudah masuk waktu solat. Saya ambil wuduk guna spray juga, di tempat duduk saja, sebab duduk business class, macam privasi sikit. Lagi pun dalam flight tengah gelap. Info yang sangat bagus, Ujie, tentang laman halaltrip tu. 👍
ReplyDeleteYelah kan, kalau flight umrah lebih mudah sebab ada pengumuman.
DeleteRezeki tu, duduk business class lebih privasi dan mudah berwuduk.
Perkongsian yang berilmiah. Ya saya juga pernah solat atas flight.
ReplyDelete