Monday, 8 September 2025

35 Tahun dan 23 Tahun

Cuti panjang hujung minggu yang baru berlalu, meninggalkan kenangan indah buat saya :

⏵ MERAIKAN 35 TAHUN PERSAHABATAN

Saya dan kawan-kawan sekolah menengah berkumpul di sebuah banglo tepi pantai di Port Dickson, Negeri Sembilan bagi meraikan 35 tahun persahabatan - kami bertemu dan memulakan kehidupan di asrama pada Disember 1990.

Acara sebenar berlangsung selama dua hari satu malam bermula hari Sabtu, tetapi para AJK acara dan kawan-kawan yang berkesempatan datang sudah pun berkumpul mulai petang Jumaat. Riuh rendah banglo semalam tiga hari dua malam!

Saya dan Encik Suami bertolak dari utara tanah air pada awal pagi hari Jumaat. Lewat petang selesai urusan Encik Suami di Shah Alam, kami menuju ke Bangi - menginap di Hotel Tenera. Kalau balik rumah NS, banyak hal nak kena urus sebelum dapat tidur. Jadinya saya memilih bermalam di hotel supaya dapat berehat secukupnya sebelum bertemu kawan-kawan. Alhamdulillah bilik tidur selesa dan bufet sarapan pun sedap.

Pagi hari Sabtu selepas bersarapan, Encik Suami hantar saya ke Port Dickson. Sepanjang perjalanan saya rasa berdebar dan teruja, Encik Suami pula asyiklah mengusik saya - siap buat suara menjerit teruja. Cisss!

InsyaAllah catatan lanjut acara reunion di entri lain.


⏵ MERAIKAN 23 TAHUN PERKAHWINAN

Hot Stone Bowl Wagyu Beef Steak
Hari Ahad 7 September 2025, genap 23 tahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Aktiviti bersama kawan-kawan berakhir lewat malam hari Sabtu, sebelum melelapkan mata (waktu sudah melepasi 12 tengah malam) sempatlah saya menghantar mesej ucapan buat Encik Suami.

Dalam perjalanan kembali ke rumah Perlis, kami singgah makan di The Place Steak Houze, Alor Setar, Kedah. Makan malam ringkas di tempat yang menarik, servis bagus dan makanan sedap - sudah cukup bagi meraikan hari istimewa kami.

*

Alhamdulillah kami selamat sampai di rumah pada pukul 10 malam. Jojo si anak bulu bising mengiau menyambut kepulangan kami.

Bangun pagi ni terasa letih dan sakit badan kesan perjalanan jauh dan aktiviti bersuka ria bersama kawan-kawan. Letih tapi seronok!

Terima kasih Allah atas kurniaan 35 tahun persahabatan dan 23 tahun perkahwinan yang penuh warna. Semoga persahabatan kami dan perkahwinan ini terus utuh dan diberkati Allah 💙







37 comments:

  1. lamanya bersahabat. semoga hubungan terus baik hingga akhir usia. Happy anniversary juga untuk kak Ujie dan suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama bersahabat, itu tandanya kami dah tua 😄
      Terima kasih Yan.

      Delete
  2. Tahniah Ujie menyambut ulangtahun perkahwinan ke 23. Eh, tak sangka pulak kita sama² ada di Port Dickson hari Sabtu lepas ya, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK.
      Itulah…rupa-rupanya SK pun ada di PD jugak 😀

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    semoga terus bersahabat sampai bila-bila..

    selamat ulang tahun perkahwinan juga, semoga sihat2 selalu bersama suami.. aamin

    ReplyDelete
  4. lamanya friendship kak ujie n friends! semoga persahabatan kekal hingga ke syurga
    selamat ulangtahun perkahwinan jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari zaman remaja sampai jadi acik-acik, memang lama 😄
      Terima kasih Mazni.

      Delete
  5. Seronoknya dapat berkumpul setiap tahun ada acara macam ni. Persahabatan yang lama tu. Alhamdulillah...Syukur juga untuk ulang tahun perkahwinan yang ke 23. Semoga terus bahagia bersama sampai syurga. Aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiga tahun sekali Fiza. Susah sikit nak bagi komitmen kalau setiap tahun buat. Alhamdulillah…terima kasih Fiza.

      Delete
  6. Hehe suami buat apa masa Puan Ujie bersama-sama sahabat?
    Alhamdulillah seronok minggu itu selain bersukaria jumpa sahabat kemudian sambut ulangtahun perkahwinan dengan makanan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suami buat hal dia sendiri ke sana sini - jumpa kawan dan siap pergi tambah aksesori kereta!

      Syukur Alhamdulillah atas kurniaan-Nya.

      Delete
  7. Bestnya reunion!
    Happy anniversary juga utk PU & suami. Semoga berkekalan hingga ke syurga hendaknya aamin

    ReplyDelete
  8. Eppi annibersari ke 23
    Semoga kekal bahagia selamanya

    ReplyDelete
  9. Hepi anniversary❤️
    Seronok kumpul kawan2 lama ni kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih CikNur.
      Seronok sangat, rasa muda kembali 🤭

      Delete
  10. Alhamdulillah dan tahniah buat Ujie dan suami..

    ReplyDelete
  11. Salam kenal tuan rumah... singgah sini and follow sekali.
    Happy Anniversary. moga terus berkekalan hingga ke jannah.

    ReplyDelete
  12. Bestnya akak, dana ni nak buat reunion dgn kwn sekolah rendah ngn sekolah menengah payah betul. Ada je halangan nya aduhla hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat je mana yang ada Dana, tunggu semua entah bila nak buatnya 😄

      Delete
  13. happy anniversary yg ke 23 thn....smoga bahagia till jannah..sedap tgk wagyu tu..dpt plak sblum tu reunion 35thn...

    ReplyDelete
  14. Waaaah kaaaak, dah lamaaaa juga , dan masih bisa reuni 😍😍😍. Tak semua orang bisa tetap connected dengan teman2 masa sekolah. Terkadang dah susah, sebab tinggal berjauhan.

    Happy anniversary juga untuk kakak dan suami 🎉🎉🎉. Semoga semakin langgeng hingga tua, dan diberkati rezeki halal selalu 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sejak ada teknologi WhatsApp, dapatlah kumpul semua kawan lama.

      Terima kasih Fanny.

      Delete
  15. Walaupun penat tapi seronok 😅 dari kad jemputan sampai poster tu, semuanya cantik2 belaka. Pandai siapa yg in-charge promosi majlis ni 😄

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah... semoga persahabatan terus mekar ukhwahnya...

    dan selamat ulang tahun perkahwinan yg ke 23... mudah-mudahan ikatan ini diberkati hingga ke syurga...aminnnn

    ReplyDelete
  17. Kenangan indah menggamit memori, ini lah blog tempat kita letak kenangan indah..kenmbali agar dapat di tatap lagi..

    ReplyDelete
  18. Happy Anniversary. Moga ceria bahagia dan sihat bersama selamanya.

    ReplyDelete
  19. Selamat ulangtahun perkahwinan Ujie dan suami... semoga terus bahagia, murah rejeki, sihat-sihat selalu dan dirahmati Allah.

    ReplyDelete
  20. Meriahnya diary Ujje😍
    Bila baca baru perasan memang sesi persekolahan masa tu bermula Disember kan..sistem semester
    Menteri Pelajaran masa tu & PMX sekarang adalah orang yg sama kan..🤭

    ReplyDelete
  21. Eh ..lupa nak wish..
    Happy wedding anniversary ...
    moga bahagian hingga ke Jannah

    ReplyDelete

*****
Komen kalian, bicara antara kita 😊

Saya juga boleh dihubungi menerusi e-mel | halifa02@gmail.com
*****